Latest Stories


Pengaruh Islam dalam Undang-undang Kedah

1 - Penentuan tarikh

2 - Undang-undang yang disuruh buat oleh raja adalah untuk negeri Islam.

3 - Terdapat peruntukan memberi kuasa kepada syahbandar dan mata-mata menangkap pesalah dan dihukum dengan ta'zir raja.

4 - Orang yang makan di khalayak ramai dalam bulan puasa ditangkap dan diberi makan rumput di hadapan balai atau dipukul atas kadarnya.

5 - Hukum berkaitan jual-beli, timbang-menimbang dan sukat-menyukat hendaklah sama berdasarkan nas "aufu mikyala wal mizana".

6 - Menjelaskan peranan masjid.

7 - Segala hukum bersesuaian dengan Islam dan diberitahu kepada rakyat setahun sekali.

8 - Sebutan tentang 'tanah mati' yang menjadi hak Allah Ta'ala dan seterusnya menjadi hak raja.

9 - Disebut 4 syarat raja-raja iaitu ;

a) Manis mukanya sentiasa bertitah pada segala hamba yang di bawahnya.

b) Titah tiada berubah-ubah

c) Kerja kebajikan disuruh segera kerjakan tiadalah kejahatan.

d) Kerja kejahatan disuruh beri jadikan kebaikan. Tatkala tetaplah 4 perkara ini Allah S.w.t menetapkan masanya raja-raja itu.

10 - Terdapat juga hukum-hukum bagi kesalahan membunuh, qazaf, mencuri, pinjam-meminjam matrimoni, khiar, talak, berniaga yang haram, ikrar, murtad, syarat menjadi saksi dan hukum bersumpah yang selaras dengan hukum Islam.


Pengaruh British

Tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan penjajah Inggeris / British dan campur tangannya di Tanah Melayu adalah bertujuan untuk menguasai ekonomi, politik, pentadbiran dan undang-undang di negara ini. Penjajah Inggeris menduduki Pulau Pinang dalam tahun 1786, Singapura 1819 dan Melaka pada tahun 1824.

Setelah itu, dengan perjanjian bahawa Sultan bersetuju menerima seorang Residen British yang akan menasihati Sultan dalam semua perkara berhubung dengan pemerintahan kecuali dalam hal yang berkaitan dengan agama dan adat orang-orang Melayu, nasihat Residen British ini mestilah diikuti oleh Sultan. Perjanjian pertama yang dilakukan ialahPerjanjian Pangkor pada 1874 di antara Sultan Perak iaitu Raja Abdullah ibni Sultan Ja'afar Mua'azzam Shah dan pembesar-pembesar Melayu di Perak bagi satu pihak dan kuasa British yang diwakili oleh Sir Andrew Clarke bagi pihak yang kedua.

Penjajah Inggeris memasuki negeri Perak mulai 20 Januari 1874, negeri Selangor mulai Ogos 1874, menyatukan kesembilan negeri di dalam satu persekutuan pada tahun 1895 di bawah pemerintahan Yang Di Pertuan Besar dan seorang Residen Inggeris sebagai penasihat di Negeri Sembilan, dan dalam tahun 1888 di negeri Pahang.

Penjajah Inggeris kemudiannya bertindak campur tangan di negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu melalui Perjanjian Bangkok pada 9 Julai 1909.

Melalui perjanjian tersebut, Kerajaan Siam memindahkan segala hak kekuasaannya ke atas keempat-empat buah negeri itu kepada Inggeris, sementara Pattani diserahkan kepada Siam. Dalam tahun 1914 negeri Johor pula menerima Penasihat Inggeris. Dengan yang demikian sempurnalah sudah seluruh Tanah Melayu, selain Pattani, dijajahi oleh Inggeris.

Menurut pakar undang-undang, penjajah Inggeris mengenepikan undang-undang Islam dan adat Melayu dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris di Tanah Melayu (yang telah dijajah itu) adalah dengan dua cara, iaitu pertamanya dengan mengadakan undang-undang yang memerlukan undang-undang Inggeris itu diikuti dan yang keduanya dengan mengadakan mahkamah diketuai oleh hakim-hakim yang dapat mentadbir dan ada kalanya memasukkan undang-undang Inggeris.

Rujukan:

1 - Ke arah Islamisasi Undang-undang di Malaysia - Prof Amiritus Ahmad Ibrahim & Prof Madya Dr Mahmud Saedon Awang Othman

2 - Perkembangan Undang-undang Islam di Kedah - Wan Ab Rahman Khudzri Wan Abdullah & Mohd Afandi Salleh

3 - Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu

Categories: