Mendalam maksudnya tajuk tuh, itulah yang sering diperdebatkan saya dan isteri setiap kali saya cuba membezakan tabiat, gaya hidup dan keadaan orang bandar dengan orang kampung. Dari pengamatan, kebanyakan yang saya tau, kehidupan Orang bandar (OB) , tindakannya berdasarkan persekitaran orang bandar. Yang pasti orang bandar sanagt jauh dari perasaan rendah diri. Pemikirannya sangat terbatas, hanya berkisar sesama masyarakat bandar, kerana itu mereka sukar untuk meletak kepercayaan pada pandangan orang kampung (OK) yang padahal kadang-kadang pandangan itu lebih jauh kehadapan dari O.B. OB sentiasa hendak merasa dihadapan dari yang lain. Berlumba-lumba untuk terkehadapan dari orang lain walaupun sesama OB, disebabkan terlampau hidup mereka terdedah pada persaingan yang O.K tidak pula merasainya. Walaubagaimanapun, setiap O.K ada satu keistimewaan, dimana dia suatu hari bakal pergi ke bandar dan merasa hidup seperti orang bandar sama seperti orang bandar hidup, dan mereka itu bakal menilai kehidupan O.B. Tapi tidak dinafikan ada O.K yang tewas, terikut-ikut pulak hingga menjadi O.B yang lebih tegar dari O.B yang sememangnya O.B… (betulke tu ayatnya.. ).. Hal ini sangat jarang berlaku pada O.B untuk pergi dan tinggal hidup dikampung-kampung dan menjalankan kehidupan sebagaimana O.K berhijrah ke bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Dan agaknya itulah sebab selalunya O.B sangat tak suka kalau O.K yang cuba berlagak menjadi O.B, boleh jadi dalam diri mereka ada satu perasaan cemburu.. kerana pada pengertian saya O.B tak pernah tahu kehidupan di kampung. Perbezaan budaya dengan O.K sangat ketara dan hanya orang yang pernah rasa akan tahu kenikmatan jadi keduanya.
Untuk yang baru nak memahami, kenapa O.B tak menyukai O.K, banyaklah puncanya… contoh kalau bab kahwin.. O.B tegar sangat takut fobia hidup di kampung… tak ada hiburan2.. tak ada karaoke2.. tak ada shopping complex.. dan macam-macam.. dan bagi pihak O.K selalunya, mak bapa didahulukan, selalu yang dibimbangi mak bapa O.K, hanya itulah halangan besar untuk melepaskan anak-anak mereka berkahwin dengan masyarakat bandar. Budayanya sangat ketara… Tapi pada saya, tidak langsung akan menjadi masalah mak bapa O.K sekiranya O.B boleh menghayati kehidupan sepertimana O.K…dan itulah punca utama kenapa mak bapa O.K merasa kekok nak kawin dengan O.B.. dan O.B kekok nak kawin dengn O.K. Usah kita bimbang sangat tentang perbezaan yang tak seberapa itu… anggaplah itu hanya satu seloka yang… kita boleh dapat pengajaran darinya.
Model ini sekadar hiasan… |
Pokok pangkal semuanya bergantung pada lelaki…. kalau lelaki tulah O.K, kita kaum adam inilah yang akan membentuk macamana keluarga yang kita mahu.. dan kitalah yang patut tentukan…rancangkan… tarbiyahkan…corakkan.. Jika lah anda dalam kemelut seperti yang saya ceritakan ini, ketahuilah sebenarnya Allah ingin menguji keimanan anda, kerana disebalik itu, besar pahala yang Allah janjikan berbanding orang yang berkahwin dengan sesama yang dah tahu serba-serbi dan selok belok budaya masing-masing… Berilah peluang O.B untuk bertatih… jangan biarkan mereka berputus asa! Peranan membimbing, mendakwah sekarang terletak dibahumu sepenuhnya. Kalau tak tahu.. jangan malu untuk belajar…
O.B memang selalunya tidak mahu ketinggalan dalam segala trend… hebat pada berfesyennya, bergadgetnya dan segala mak nenek kemajuan yang tak pernah wujud di kampung. Tapi O.B tidak pula terlintas yang mereka masih mundur atau jahil tentang apa yg mereka anuti, orang ini dihanyuut dalam arus kemodenan… Kerana kita ketandusan pemimpin yang adil, kebanyakan pemimpin islam kita ada di bandar telah pun secara jelas mengklasifikasikan agama yang nabi bawa dahulu itu sudah tidak sesuai untuk kehidupan dibandar…tidak sesuai untuk para golongan2 elit.. kerana ketaksuban puak ini pada penglobalisasian. Istilah2 dan kefahaman ekonomi dunia hari inilah yang lebih dikatakan moden berbanding sistem muamalah islam yang nabi sampaikan… istilah seperti cukai telah menggantikan peranan zakat dalam institusi perbendaharaan negara.
Inilah yang dikatakan proses meliberisasikan agama, yang apa yang dikatakan hari ini Islam Liberal. Islam Liberal itu pada hakikatnya zalim kerana iktikad penganutnya yang mahu mengubah ajaran Islam yang telah disempurana mengikut kesesuaian zaman dan pencapaian aqal mereka.. agenda mereka hanyalah keduniaan semata-mata.. kalaulah kita hendak ikut logik pemikiran liberal ni, sembahyang 5 waktu tu juga sepatutnya diharamkan untuk masyarakat zaman ini, kerana mereka mendakwa undang-undang islam, hudud dan qisas 1400 tahun itu juga dikatakan lama dan tak sesuai dengan zaman kita ini… tapi kenapa penganut liberal masih juga ingin bersembahyang! Golongan ini lebih teruk berbanding orang yang mengisytiharkan terangan menolak Islam, golongan Liberal inilah musuh dalam selimut gerakan islam , terminologi Islam Liberal boleh lah disama ertikan munafikun yang dimata masyarakat nampak seperti islam, tapi pemikiran dan ideologi tidak lagi Islam.
Kemuncaknya O.B diceralukan dengan pelbagai ideologi songsang. hiburan-hiburan zaman ini amat subur, malah galak dihiburkan kepada O.B supaya diluputkan dari minda anak-anak O.B tentang perintah agama untuk mengambil berat masa-masa bersolat, apabila satu kelompok tidak bersolat… maka lahirlah kemungkaran yang lain.. lama-lama, perasaan kita untuk menegakkan yang makruf itu hilang… yang ada pada O.B hanya kesedaran sivik.. tanpa ada kaitan dengan dosa dan pahala… demokrasi inilah yang muncul di dunia umat islam hari ini…. orang akan cakap kita ketinggalan kalau tak tahu atau tak ambik pot pasal dunia-dunia hiburan. Besar dan berdosa besar kita mak bapa memandang enteng perkara ini… Kerohanian O.B cukup membimbangkan.
Sungguhpun kebahagian sebenar adalah bila orang tahu apa matlamat dia dihidupkan.. kemajuan yang kita kecapi hanya kebahagiaan yang sedikit yang dicipta agar boleh dicapai oleh akal kita, tapi Allah menjanjikan kebahagian yang tak akan tercapai oleh akal kita ketika kita diperhitungkan nanti, keindah nikmat syurga yang luas tidak tergambar akal fikiran manusia, pernah tak kita terfikir sesuatu bila menonton filem avatar… itu hanya gambaran yang digambarkan manusia… mampukah kita fikir alam yang lebih indah dari alam Avatar itu… itulah syurga Allah.. dengan keindahan sungai-sungainya dari arak dan susu.. dikelilingi wildan-wildan yang menjadi pengiring setiap untuk para isteri yang solehah ketika bermain-main ditaman…dengan bunga-bunga yang bila berterbangan bila disentuh akan betukar menjadi sesuatu yang indah yang tidak pernah terduga akal fikiran kita menjadi penghias dimata penduduk syurga… di pintu manakah agaknya kita akan masyuk ke syurga kita nanti. Pintu orang berjihad? pintu orang berpuasa? Pintu orang bersedekah?
Tak lama pun lagi, silap-silap tak cecah umur 50 setiap kita boleh tahu kebenaran itu. Bayangkan betapa umur kita dipersiakan, tak rasa menyesal sedikitkkah kita membiarkan diri kita berada dalam kejahilan, sedangkan perjalanan kita di alam yang seterusnya tersangatlah jauh dan kekal abadi. Perjalan panjang mestilah bekalan pun perlu banyak.. hendak dibanding kita hidup 50-60 tahun atas dunia ini dengan akhirat yang tiada penghujungnya sungguhlah tak boleh nak banding. Keindahan yang tak pernah tercapai dek akal…. walaupun kita rasa kat dunia ni kita dah boleh meneroka sampai kebulan, tapi kita patut lagi rasa takjub Nabi Muhammad di israk oleh Allah ke sidarat muntaha, langit ke 7 dan disebelahnya bersama syurga bernama Ma’Waa.. dibukakan hijab untuk melihat keindahan syurga dan keazaban neraka sepanjang perjalanan itu..pernahkah tercapai akal kita memikirkan bagaimana nabi dibawa ke sana… bukan naik roket macam kita hari ini.. itulah kenikmatan & kegembiraan yang kita tidak mampu fikirkan dengan akal kita yang terbatas ni..Wallahua’lam bissawab.
Gambar diatas adalah gambaran ideologi dan pengliberarisasian Islam dari Sister in Islam, Malaysia.
P/s: Penulis tidak bermaksud mempersedakan atau merendah2kan orang bandar. Niat penulis adalah menggambarkan kenapa wujudnya satu garisan pemisah antara orang kampung yang tinggal di pedalaman dengan orang bandar yang tinggal dibandar besar seperti Kuala Lumpur.
* O.B – Orang belah-belah pantai barat yang kawasannya sekitar KL (hanya sebahagian sahaja)
* O.K – Orang2 belah pedalaman
Categories:
Perhatian