Istilah-istilah seperti hak asasi manusia (human rights) atau kebebasan asasi (fundamental liberties) umwnnya merujuk kepada perkara atau hal yang sama; yakni hak hak yang dianggap asas dan penting dalam perkembangan rohani dan jasmani seseorang manusia.
Bagaimanapun oleh kerana manusia hidup di bawah tradisi dan kepercayaan yang berbeza maka timbul kepelbagaian dari segi jenis atau ruang lingkup apa yang dikatakan hak-hak asasi itu. Sebab itu apa yang dianggap asasi di Malaysia mungkin tidak dianggap sedemikian di negara-negara yang lain. Meskipun demikian tidak mustahil sekiranya wujud titik pertemuan dari segi perspektif, jenis atau ruang-lingkup hak-hak yang dikatakan asasi itu. Ini kerana manusia mempunyai titik persamaan dalam beberapa hal; baik yang bersifat keperluan jasmani mahu pun rohani.
Meskipun perbincangan ini cuba melihat ruang lingkup peruntukan-peruntukan mengenai apa yang Perlembagaan Persekutuan Malaysia istilahkan sebagai 'kebebasan asasi', apa yang dipaparkan di sini hanyalah gambaran umum – yang tidak bersifat perincian dan teknikal - mengenai ciri -ciri dan kandungan utama peruntukan-peruntukan berkenaan.
Berhubung dengan masalah pelaksanaannya pula, perbincangan ini juga akan memaparkan apa yang sebenarnya berlaku; setakat mana peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan benar-benar dilaksanakan. Mengenai persoalan Islam dan hak asasi pula, isu ini penting dibincangkan walau pun Islam tidak dijadikan tulang belakang perlembagaan negara. Selain itu ada aspek-aspek yang menyentuh kepentingan dan kesan peruntukan-peruntukan yang berkenaan terhadap umat Islam. Hal ini tidak boleh diabaikan kerana umat Islam adalah penduduk asal dan membentuk komponen penting rakyat negara ini. Setengahnya pihak menghujah' bahawa Islam hams turut menjadi dasar perundangan di Malaysia.
Sementara itu pelaksanaan hak-hak asasi kadangkala kelihatan seperti medan pertembungan antara rakyat dan kerajaan. Tanggapan ini tidak memeranjatkan kerana pihak berkuasa berpotensi membantut atau menafikan hak-hak asasi yang dimiliki oleh rakyat biasa; baik sebagai individu mahupun sebagai kumpulan. Hak-hak Asasi Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Hak-hak asasi di Malaysia terkandung di dalam sembilan peruntukan di bawah Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan di bawah tajuk Kebebasan Asasi. Ia bermula dengan Perkara 5 yang mengkanunkan apa yang dipanggil kebebasan diri dan berakhir dengan Perkara 13 yang melindungi hak terhadap harta.
Hale Asasi DaIam Perlembagaan Malaysia: Ruang Lingkup dan Masalahnya Satu aHran yang jelas dalam tiap-tiap peruntukan di bawah Bahagian 2 itu ialah betapa hak-hak tersebut tidak bersifat mutIak. Semua peruntukan-peruntukan itu tertakluk kepada sekatan yang dikenakan melalui undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen.
Apa yang menjadi masalah di sini ialah tafsiran kepada ungkapan 'undang-undang' itu sendiri. Seperti yang akan dipaparkan kemudian, apa yang dikatakan sebagai undang-undang itu dibataskan kepada apa sahaja undang-undang, bagaimana zalim dan tidak munasabah sekalipun, yang diluluskan oleh Parlimen.
Kesan negatif pendekatan atau tafsiran yang sedemikian ialah betapa pedembagaan meskipun ia adalah undang-undang tertinggi negara - pada hakikatnya tidak lagi menjadi rujukan asas kepada hak-hak yang dikatakan sebagai kebebasan asasi itu. Sebaliknya hak-hak asasi itu pada praktiknya merujuk kepada kehendak Parlimen serta tafsiran mahkamah.
Masalah-masalah ini sebenamya adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada dokumen dan kerangka pedembagaan itu sendiri. Sewaktu membuat syor mengenai peruntukan-peruntukan berkenaan, Suruhanjaya Reid tidak berasa perlu untuk mewujudkan sebuah bab lengkap mengenai hak-hak asasi.
Peruntukan mengenai hak-hak asasi itu hanya dimasukkan setelah beberapa memorandum yang membimbangi mas a depan hak-hak asasi di negara ini dikemukakan kepada Suruhanjaya. Meskipun peruntukan berkenaan dimasukkan, Suruhanjaya tetap berpendapat bahawa kedudukan hak-hak asasi di Tanah Melayu pada waktu itu telah berakar dan kukuh. Jika kita melihat perkembangan selepas merdeka, keyakinan Suruhanjaya itu memang jelas jauh meleset.
Pihak berkuasa, yang sering mendakwa bahawa hak-hak asasi tidak penting berbanding dengan apa yang mereka dakwa hak ke atas pembangunan, umumnya tidak begitu komited dengan pelaksanaan hak-hak berkenaan. Ini sukar dinafikan apabila kita melihat kewujudan undang-undang yang implikasinya menindas atau menafikan peruntukan-peruntukan hak-hak asasi yang terkandung di dalam pedembagaan.
Categories:
Hak