Arus kebangkitan Islam yang melanda dunia ketika initelah mendatangkan beberapa kesan terhadap umat Islam. Di antaranyaialah bangkitnya semangat dan perasaan anti Yahudi dan Barat yangmeluap-luap di kalangan umat Islam, bukan sahaja di Malaysia bahkan diseluruh pelusuk dunia. Apa saja tindak-tanduk atau dasar atau katakatakaum Yahudi dan Barat yang nampak seperti menindas, menghina ataumerugikan umat Islam akan ditentang dan dikecam.
Ini mungkin satu perkembangan yang baik. Ini mungkin menandakan bahawaumat Islam sudah mula cinta pada Islam dan tidak rela lagi melihatIslam itu diapa-apakan. Mungkin juga umat Islam sedunia telah mulamemahami akan maksud ayat:
Maksudnya: “Tidak sekali-kali akan redha kaum Yahudi danNasrani itu kepada engkau (ya Muhammad) selagi engkau tidak ikut carahidup mereka.”(surah Al-Baqarah: 120)