Arus kebangkitan Islam yang melanda dunia ketika initelah mendatangkan beberapa kesan terhadap umat Islam. Di antaranyaialah bangkitnya semangat dan perasaan anti Yahudi dan Barat yangmeluap-luap di kalangan umat Islam, bukan sahaja di Malaysia bahkan diseluruh pelusuk dunia. Apa saja tindak-tanduk atau dasar atau katakatakaum Yahudi dan Barat yang nampak seperti menindas, menghina ataumerugikan umat Islam akan ditentang dan dikecam.
Ini mungkin satu perkembangan yang baik. Ini mungkin menandakan bahawaumat Islam sudah mula cinta pada Islam dan tidak rela lagi melihatIslam itu diapa-apakan. Mungkin juga umat Islam sedunia telah mulamemahami akan maksud ayat:
Maksudnya: “Tidak sekali-kali akan redha kaum Yahudi danNasrani itu kepada engkau (ya Muhammad) selagi engkau tidak ikut carahidup mereka.”(surah Al-Baqarah: 120)
Tetapi kita juga dapat perhatikan bahawa semangat ini telahmengakibatkan umat Islam sedunia membuat perkara-perkara yang tidak adadan tidak diajar di dalam Islam. Semangat ini telah mendorong umatIslam berdemonstrasi dan menunjuk perasaan. Silap saja langkah dancakap Yahudi atau Barat maka keluarlah umat Islam dengansepanduk-sepanduk dan slogan-slogan. Berkumandanglah suara-suaramengutuk dan mengecam Yahudi dan Barat. Demonstrasi dimeriahkan puladengan sorak-sorai dan jerit pekik. Suasana gawat.
Bukan sedikit umat Islam yang keluar berdemonstrasi dan menunjukperasaan seperti ini. Bukan setakat puluhan, bukan setakat ratusantetapi menjangkau ribuan dan puluhan ribu. Bukan sahaja yang muda,malah yang tua pun ikut sama. Bukan sahaja yang lelaki, yang perempuanpun tidak mahu ketinggalan. Kadang-kadang demonstrasi ini dibuatsetempat. Kadang-kadang berarak ke hulu ke hilir. Kadang-kadangberusuh-rusuh dan berbaling-baling batu.
Apa yang para ‘demonstrasi’ ini telah lupa ialah, demonstrasi dantunjuk perasaan yang mereka lagang itu bukanlah dari Islam tetapiadalah dari budaya toghut. Islam tidak ada mengajar demonstrasi dalambentuk yang sebegitu. Di sinilah lemahnya kita. Dari satu segi kitamarahkan perbuatan toghut tetapi dari segi yang lain kita pula yangmengamalkan dan mempopularkan apa yang dianjurkan toghut selama ini.
Apa yang ada dalam Islam ialah menunjuk kekuatan supaya musuh gerun dantakut untuk memulakan pergaduhan atau peperangan. Ini jauh berbezadengan demonstrasi atau menunjuk perasaan.
Cuba bayangkan berapa banyak masa dan tenaga umat Islam telah terbuangdengan sia-sia untuk berdemonstrasi. Kalau 10,000 umat Islamberdemonstrasi selama lima jam maka sudah 50,000 jam usaha manusia (manhours) terbuang yang sepatutnya boleh menyiapkan 10,000 meter jalanraya dua hala. Itu sudah 10 kilometer. Cuba kaitkan pula denganusaha-usaha untuk membangunkan dan menguatkan Islam secara zahir danbatin. Berapa banyak yang boleh kita buat dan kita capai dengan tenagadan masa sebanyak itu. Alangkah ruginya kerana semua itu telahdihalakan kepada demonstrasi yang tidak pernah mendatangkan apa-apakebaikan kepada umat Islam atau perjuangan Islam, dan tidak pernah pulamerugikan atau menggugat musuh.
Bukantenaga dan masa sahaja yang telah disia-siakan. Cuba kirakan belanjadan kos berdemonstrasi. Kalau setiap orang yang berdemonstrasi perlubelanja untuk minyak, tambang dan makan minum sebanyak lima ringgitseorang, maka RM50,000 telah lesap begitu sahaja. Ini belum masukbelanja buat sepanduk dan lain-lain.
Berdemonstrasi dan menunjuk perasaan ini hakikatnya ialah mempamerkan kelemahan diri.
Menunjuk perasaan ialah amalan dan jalan keluar bagi pihak yang lemahkerana tidak mampu atau tidak berani menempuh jalan keluar yang lainyang lebih drastik atau yang lebih mencabar. Itu sebabnya isteri akantunjuk perasaan kepada suami dengan merajuk. Anak akan tunjuk perasaankepada ayah dengan membuat kerenah. Murid akan tunjuk perasaan kepadaguru dengan ponteng kelas. Mereka tidak ada kuasa. Oleh itu merekaterpaksa bertindak secara pasif untuk menarik perhatian. Kita tidakpernah dengar suami tunjuk perasaan pada isteri atau ayah tunjukperasaan pada anak ataupun guru tunjuk perasaan pada murid.
Tunjuk perasaan pula hanya akan ada kesannya kalau dihalakan kepadapihak yang bertanggungjawab dan yang ada pertalian kasih sayang dengankita. Itu sebabnya logik bagi isteri menunjuk perasaan kepada suami,anak tunjuk perasaan kepada ayah atau murid menunjuk perasaan kepadaguru.
Seperti kata orang tua-tua, “Merajuk pada yang kasih.” Kalau rakyatmenunjuk perasaan kepada kerajaannya sendiri, ini masih boleh diterimaterutama kalau kerajaan tersebut berjiwa rakyat dan bertanggungjawab.Kesannya mungkin positif. Tetapi menunjuk perasaan kepada musuh adalahterkeluar dari batas perbuatan yang waras.
Apa bijaknya menunjuk perasaan dan menyatakan perasaan tidak puas hatikita kepada musuh yang memang kerjanya pagi petang, siang dan malamialah berazam dan mencari jalan untuk menghancurkan dan memusnahkankita? Apakah musuh akan ambil peduli dan akan memberhentikan usahanya?Tentu tidak! Sekali-kali tidak! Musuh akan bertambah terangsang kalaukita tunjuk perasaan kerana dia tahu jeratnya sudah mengena dantindakannya sudah tepat. Mangsanya sedang menggelupur kesakitan. Diaakan tersenyum sinis dan akan melipatgandakan lagi usahanya.
Islam tidak suruh berdemonstrasi atau menunjuk-nunjuk perasaan kepadamusuh. Islam suruh berstrategi dan bermuslihat. Di kala lemah, Islamsuruh kita ambil sikap evasion dan consolidation. Di kala kuat, ambil sikap “Aslim taslam” – Islamlah, kamu untuk selamat.
Seperkara lagi yang harus kita faham, Islam tidak bermusuh denganYahudi semata-mata kerana ianya Yahudi. Islam tidak bermusuh denganNasrani semata-mata kerana ianya Nasrani. Kita tidak bermusuh denganindividu orang Yahudi atau individu orang Amerika atau individu orangEropah. Apayang kita musuhi ialah sifat-sifat yang ada pada Yahudi dan Nasrani itudan apa yang mereka perjuangkan sebagai satu bangsa dan entiti. Kita musuhi iktiqad dan cara hidup mereka yang hendak mereka paksa ke atas kita.
Kita musuhi nilai mereka. Kita musuhi ideologi mereka. Kita musuhi pemikiranmereka. Kita musuhi budaya mereka. Kita musuhi akhlak mereka dan kitamusuhi sekularisme dan sistem-sistem hidup mereka yang mana semuanyaitu tersimpang jauh dari jalan yang hak dan yang diredhai Allah. Yangmana semuanya itu akan membawa manusia kepada kesengsaraan di dunia dandi akhirat. Kita juga akan memusuhi siapa sahaja yang mempunyaisifat-sifat yang sama dan yang memperjuangkan perkara-perkara yang samawalaupun mereka bukan Yahudi atau Nasrani.
Kalau sifat-sifat Yahudi dan Nasrani itu ada pada diri kita maka lebihlayaklah kita memerangi diri kita sendiri terlebih dahulu. Berapa ramaiorang Islam yang memperjuangkan ideologi musuh. Berapa ramai orangIslam yang membawa aliran fikiran dan falsafah musuh. Berapa ramaiorang Islam yang mengamalkan budaya musuh. Berapa ramai orang Islamyang berakhlak dengan akhlak musuh. Berapa ramai orang Islam yang carahidupnya sama seperti cara hidup musuh, dan berapa ramai orang Islamyang memperjuangkan Islam dengan meniru kaedah perjuangan musuh.
Ini yang harus kita fikirkan bersama. Tidak ada makna kita berjaya menumpaskan musuh kalau kita pula akan mewarisi sifat-sifat dan cara hidup mereka.Sifat-sifat yang batil itulah sebenarnya musuh kita dan musuh Islam,bukan sangat Yahudi dan Nasraninya. Sifat-sifat itulah yang hendak kitabanteras, dan kita akan tentang siapa sahaja yang mendukung danmelagang sifat-sifat tersebut, hatta diri kita sendiri.
Tuhan cipta manusia berbangsa-bangsa supaya kita saling kenal mengenaldi antara satu sama lain. Tuhan tidak jadikan manusia ituberbangsa-bangsa untuk kita bergaduh dan berperang. Dalam masa yangsama, Tuhan menyuruh kita menentang kekufuran, kezaliman dan kebatilan.Oleh itu, kalau perlu ada penentangan di kalangan manusia, ia mestidiasaskan kepada kekufuran, kezaliman dan kebatilan dan bukan kepadasuku bangsa. Sesiapa sahaja yang memperjuangkan kekufuran, kezalimandan kebatilan mesti ditentang tidak kira apa bangsanya, sekalipun diadari kalangan bangsa kita sendiri.
Musuh-musuh Islam terutama Yahudi tahu rahsia di mana kekuatan umatIslam dan di mana kelemahannya. Mereka usahakan untuk mengambil tahusupaya di mana kekuatan itu yang hendak dilemahkan dan juga supayakelemahan umat Islam itu terus dilemahkan. Sepatutnya rahsia inicendikiawan Islam yang faham, tetapi mereka nampaknya sudah tidak fahamdi mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahan mereka. Oleh keranacendikiawan Islam sudah tidak tahu lagi rahsia kekuatan dan kelemahanumat Islam, bolehlah kita katakan mereka-mereka yang dikatakan arifdengan ilmu Islam sudah tak boleh jadi pemimpin kepada umat Islam,dengan demikian terdedahlah umat Islam kepada bahaya,kepada musuh Islamterutama Yahudi.
Bagaimana orang Yahudi melemahkan umat Islam?
Di antaranya sebahagiannya kita sebutkan di sini untuk difaham.
Yang pertama
Orang-orang Yahudi menggalakkan maksiat, dengan digalakkan pergaulanbebas di dalam pelbagai saluran,di dalam pendidikan, di dalamkebudayaan, di dalam ekonomi, supaya keturunan umat Islam terdedahkepada penzinaan, supaya keturunan umat Islam rosak. Bila keturunanumat Islam rosak,hidayah Tuhan tidak dapat. Setidak-tidaknya kalau umatIslam sudah asyik berhiburan, mereka akan lalai dengan tanggungjawabnyakepada Tuhan, seperti cuai sembahyang, seperti tidak memikirkan halaldan haram. Keturunan yang lalai itulah akan menikah kahwin melahirkangenerasi, sambung menyambung yang akan datang dan melahirkan Generasiyang tidak dipimpin oleh Tuhan,maka akhirnya mereka hidup di dalamkelemahan.
Yang Kedua
Begitu juga mereka orang-orang Yahudi mengeluarkan produk-produkmakanan dan minuman.Di dalam makanan dan minuman itu dimasukkanunsur-unsur sihir, serta makan minum yang tidak halal supayajiwa umatIslam yang sudah rosak tak dapat pimpinan Tuhan, hiduplah merekasebagai haiwan. Kalau mereka hidup macam haiwan,senanglah merekamengkotak-katikkan umat Islam. Maka sambung menyambung jugalah generasiumat Islam di dalam kelemahan.
Yang Ketiga:
Begitu juga orang Yahudi merosakkan fikiran umat Islam melaluipendidikan, filem-filem serta bahan-bahan bacaan atau kebudayaan ataumelalui ideologi, supaya merosakkan fikiran dan jiwa umatIslam.Kemudian umat Islam itu tak boleh dididik dan disedarkan dan didalam keadaan itu umat Islam tidak akan kembali kepada Tuhan, dan tidakakan bersatu dan berkasih sayang sesama umat Islam. Kalau merekaberjuang pun tidak mengikut yang dikehendaki oleh Tuhan.
Bila mereka berjuang tidak seperti yang dikehendaki oleh Tuhan, bantuan Tuhan tak datang,tinggallah mereka di dalam kelemahan.
Di waktu itu orang Yahudi mengkotak-katikkan umat Islam yang di dalamkelemahan. Umat Islam hari ini adalah seperti yang kita gambarkantetapi mereka yang bertanggujawab dalam Islam masih tidak sedar juga dimana titik tolak umat Islam ini hendak diberi kekuatan. Mereka masihtercari-cari, masih terjebak dengan ideologi dan fikiran sekular tajaanYahudi. Kalau Tuhan tidak menunjukkan seorang pemimpin untuk memimpinumat Islam,maka di masa yang akan datang umat Islam di seluruh duniaakan lebih lagi malang.
Bila umat Islam lalai dengan Tuhan, lahirlah golongan-golongan, yangmasing-masing ada watak dan sikap bersendirian. Akibatnya satu golongandengan satu golongan yang lain tidak dapat disatukan dan di dalamkeadaan itu musuh-musuh Islam mengambil peluang. Merekamengkotak-katikkan umat Islam yang tidak boleh disatukan, maka akhirnyaumat Islam termasuk di dalam perangkap musuh. Akhirnya kehinaan pundatang, kehinaan itu berpanjangan dari satu generasi ke satu generasisambung menyambung.Walaupun ramai umat Islam di dalam kelemahan macambuih-buih di lautan,watak setiap golongan itu seperti berikut yang akandiceritakan. Di antaranya:
Kalau dia orang politik,jatuh menjatuhkan di antara mereka, fikirannya,kuasa dan jawatan. Mudah untuk mendapat musuh, tetapi mudah juga untukmendapat kawan. Mudah untuk musuh jadi kawan, dan begitu jugasebaliknya amat mudah kawan menjadi musuh. Keadaan itu jadi budaya didalam kehidupan.
Kalau golongan ekonomi fikirannya mencari keuntungan dan kekayaan,sekalipun orang lain mendapat kesusahan dan penindasan asalkan apa yangpenting dapat diperolehi iaitu wang dan kekayaan.
Kalau golongan pendidikan berbangga dengan ilmu pula, dengan ilmunyauntuk mendapat jawatan supaya hidup lumayan. Kemudian megah pun datangdan hidup nafsi-nafsi menjadi budaya, masing-masing hidup cara sendiri.
Kalau golongan artis dan budayawan kerana mencari makan mereka buatfilem tanpa mengira hasil dari filem-filem itu merosakan orang ramai.Yang penting ialah mereka menjadi popular dan dapat glamour, dapat duitsenang makan. Senang dapat rumah besar dan kenderaan mewah, walaupunkegiatan mereka itu merosakkan sehingga akhlak orang ramai bercanggahdengan syariat Islam.
Kalau golongan buruh pula mereka asyik fikirkan kenaikan gaji.Kalaumenuntut dengan majikan mereka sanggup demonstrasi kerana kenaikangaji, tidak fikir zaman inflasi. Yang penting majikan naikkan gaji.
Kalau orang-orang agama pula mereka asyik sibuk dengan motivasi dandakwah, bukan kerana Allah tetapi hendak hidup mewah. Orang biasamenyangka mereka berjuang untuk fisabilillah, tetapi yang sebenarnyamereka berjuang untuk hidup mewah.
Begitu jugalah golongan-golongan lain yang kita tidak sebutkan, merekamasing-masing ada watak dan gaya hidup yang bersendirian. Kita bolehcarilah sendiri tidak payahlah diberitahu disini, kita akan tahusendiri.
Begitulah umat Islam sudah tak fikirkan Tuhan,watak dan sikap tidakboleh disatukan. Masing-masing golongan ada watak dan hidupnya yangtersendiri. Itulah yang berlaku kepada umat Islam di hari ini danhendak dibetulkan semula semua ini kita memerlukan seorang pemimpinyang ada wibawa,yang boleh menyatukan semua golongan itu.
Kita berdoalah agar Tuhan cepat tunjukkan seorang pemimpin yangditunjuk oleh Tuhan, untuk memimpin umat Islam dan mendapat bantuanTuhan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di kalangan umat Islam,supaya kehinaan itu tidak berpanjangan.
Categories:
Cetusan