Oh my name it is nothin', my age it means less.
The blog I am writing, is not made in jest.
I's taught and brought up, with knowledge I abide.
But, is the knowledge I'm tellin'... has God on its side?
Oh the history tell it, they tell it so well.
The Malays kept repeating the same things, you can tell.
And the Malays kept doing, the same thing till they die.
And they honestly think, they have God on their side.
The obsession of money, their hearts bleed with greed.
They will always find the reasons, to feed their selfish needs.
But this ugliness in them, they will never could hide.
Somehow they must've think, they have God on their side.
Ah! Dylan... some just hate him, some really like him. Ah! Score A... score screwed-up. Why? Ada ke patut bebudak IPTA sebok saban hari menjajap benda ni untuk di jual ntah kat sapa-sapa yang masing-masing boleh cari, lepas tu try hasut dan pujuk prospek bagai nak rak... sedangkan, bukanlah bebudak U yang boleh buat bzns sebegini. Those kids are so innocent - tak kan la kecik-kecik lagi dah sebok belajar nak ngencing orang lain? Biar la dapat ijazah dulu dan tahu baik-buruk kehidupan, pastu kencing la sesuka hati pada sapa-sapa yang korang nak lepas tu, bergantung kepada berapa level kehitaman dalam benak masing-masing. Lagi pulak, duit sapa yang digunakan untuk join bzns ni? Duit pinjaman PTPN ke? Guna duit kerajaan? (Aku tahu la Jason Kok tak kesah duit untung bzns dia datang dari mana).
Bebudak yang dihantar belajar di atas subsidi kerajaan yang membangunkan prasarana universiti dan kolej di Malaysia ni? Kerajaan yang bayar gaji lecturer dan support staff institusi tertiari sebegini? Duit aku dan korang yang bayar cukai la jadinya kan? Iye ke? Kalau iye, aku haramkan part seciput yang aku contribute... aku tak rela. What the fart? Emak-bapak suruh belajar, pegi kuliah, ambik exam, supaya boleh dapat degree, 1st class with honours - tapi kalau sebok cari prospek macam lintah-darat MLM setiap hari, bila masanya bebudak tu nak study? Ada lepak kedai mamak sampai 3 pagi? Ada miss atau tido dalam dewan kuliah tak? Kalau dapat ijazah bawah daripada 3rd grade, cukup-cukup makan aje disebabkan sebok buat bzns ni... aku tak halalkan contribution aku pada dana kerajaan yang kasi korang anak Melayu, subsidi dan quota untuk belajar kat U. Dan aku bayar cukai pendapatan setiap tahun... annual personal income-tax yang aku bayar adalah melebihi apa yang dibayar oleh lebih daripada 90% penduduk Malaysia secara individu. I tak rela you. Aku mahukan bebudak Melayu yang disubsidikan oleh dana kerajaan di universiti tu jadi orang terpelajar dan berwibawa dan bukan jadi mat rempit penyangak jalanan, buat wheelie macam monkey di hujung minggu. Jadi, kenapa saban hari bebudak ni sebok nak jadi lintah-darat MLM? What gives you the right boy? Do you think God is on your side?
Score A ni MLM ke idok yeop? Aku dah banyak lagi keluar statement, ianya hanyalah "Skim Piramid Berproduk Maya" yang mana bzns ini jual portal online tuition.... bla bla bla. Jenis produk paling best untuk dijual. Tak perlu kilang, tak perlu stor barang, tak perlu lori, tak perlu gajikan salesman. Modal seciput, pasang server sebijik, jual benda (maya) yang sama berulang kali, RM596++ per package... longkah meh! Itu la pasal Bill Gates, Steve Ballmer, Larry Ellison, Mark Zuckerberg tu semua kaya-raya bagai nak rak - software and website beb - tak payah nak pegi beli barang kat hardware store, pasar, supermarket atau wholesaler. You get me? Kalau la blog Aididleaks dapat duit setiap kali orang datang baca... You know, blog aku ni ada satu aje, baru 3 bulan online, tapi dah dapat 740,000+ pageviews. Kalau dapek duik la, ari-ari aku kigho duik macam Jason Kok jang oi.
OK, ada sapa-sapa yang tak tahu apa-apa pasal Score A neh? Ah! Korang google aje la sendiri, dan pegi kat mana-mana website replika yang ada. Setiap yang jadi ahli ada website masing-masing, sampaikan kalau ko tanya "Score A" kat Uncle Google, ko akan dapat return sebanyak 75 juta pages. Gilababs... pegi la try. Dan jangan pulak nak kritik yang artikel aku ni hanya nak cari pasal sahaja... yes bro, aku memang hanya nak cari pasal dan cari kesalahan MLM setiap satu, inside-out. Kalau ko nak baca cerita feel-good hebat pasal MLM begitu-begini, get the hell out of my blog... dan cari blog lain yang cerita berdegar-degar pasal agenda nak pau duit downline selagi banyak yang boleh di pau. Jangan la tak sudah-sudah cakap blog aku ni semua negatif - memang la semua negatif dol. Dah memang semua MLM itu pada aku negatif, negatif la blog aku ni al-ceritanya. Tapi negatif sekali pun, ada komedi dan badut kan? Kan? Blog ini memang wujud hanya untuk cari salah perniagaan MLM... sebab secara dasarnya, pada Aidid Mu'addib, MLM itu parasite, dan hanya mengayakan dua-tiga ketul dajjal wang-ringgit tetapi akan melingkupkan kebanyakan ahli dalam umat Melayu kat negara ni. Dan aku pulak orang Melayu - silap langkah la itu mala'un MLM sume beb. Aku memang one-sided dan aku memang belasah selagi mahu - apa yang musykilnya bro? Berapa kali aku nak cakep mende neh? Aiyo ma... yenadey!
Jadi, aku takmo perpanjangkan artikel ni, ulang benda yang sama... very tedious, very boring. And I was told by a reader, I am NOT a boring guy. Eh! Ye ke beb? Takde la wife aku keluar statement sebegitu sekali setakat ni? Sebenarnya, ada gak kengkadang ayat terpancut dari mulut dia... "abang ni boring laaa" (especially, masa aku tak nak bawak dia pegi shopping, atau masa aku tak nak layan bila dia start nak ......). Anyway, I don't want to start today... you know... being boring.
minah yang lurus-bendol kat Malaysia ni adalah, benda ni adalah syariah-compliance - ada 2 orang terpelajar yang mengesahkan benda ni bulan Februari 2010. Kat atas tu sijilnya (Sijil Pengesahan). Dan aku dah baca jugak (kalau aku tak terlelap laaa... sebab baca manual nya memang boring ya amat) Penilaian Kepatuhan Syariah score A yang 114 mukasurat tu (Penilaian Kepatuhan Syariah - PPS). Banyak perkara yang diutarakan dan dibincangkan dalam laporan tersebut, dan ianya bukan omong kosong - it's an important document. Dan kalau ada yang nak baca, silakan. Salah satu perkara yang dibincangkan adalah ketelusan dan larangan menipu dalam pemasaran perniagaan ini - of course, memang la tak leh menipu dan kelentong. Baik dalam apa saja perniagaan dan pekerjaan, dan baik dalam apa sahaja agama dalam dunia ni (kecuali agama yang diamalkan olh Alistair Crowley dan kuncu-kuncunya yang perasan dan barua tak tentu hala). Korang tengok balik gambar sijil kat atas tadi, rata-rata promosi Score A akan keluarkan gambar sijil tu untuk mengatakan plan pemasaran Score A patuh syariah. Cuba baca apa yang tertulis kat bawah gambar yang aku gariskan merah tu. Itu menipu namanya tu dey! Dua orang ahli panel yang buat pengesahan tersebut adalah BUKAN daripada Majlis Fatwa atau JAKIM. Setiap ahli panel itu buat pengesahan kepatuhan syariah tersebut melakukannya sebagai orang perseorangan sahaja, dan ianya "non-binding" dan mereka juga "datang-buat-kerja-dan-keluar"... korang faham tak neh? Itu pun jadi modal pada mala'un yang buat Score A ni... dia orang ni suka cakap Kenshido ada Panel Syariah. Sejak bila Jason Kok nak bayar gaji tak tentu hala pada ustaz-ustaz dalam panel syariah yang tak wujud? Mana ada panel syariah yang memantau skim piramid Jason Kok ni 24/7. Engku Ahmad Fadzil dan Azizi Che Seman digajikan untuk menilai dan merangka kepatuhan syariah plan pemasaran Score A daripada bulan Sept 2009 hingga Februari 2010... itu sahaja. Selepas itu lantak la apa nak jadi - they're not involved anymore. That's why Score A ni dah jadi Score lahabau isn't it? Itu benda menipu yang dilarang-keras dalam manual tu yang tak diambik endah oleh sapa-sapa pun dah. Seperti besa yang berlaku pada mana-mana mala'un yang buat skim piramid - I am not surprised. And anyway... Jason Kok has God on his side.
For the record, I have no problem with the product being sold. It's an education-related product, which if it's up to me, and if I have the money like Carlos Slim Helu, I'll just buy the whole damn company and put everything in the education portal for free for every Malaysian kids to use. Of course, since I'm just a lowly rubber tapper, I really don't have that kind of fulus. The government has lots of money... but what the hey, they've got to pay the politicians their salaries and palaces to upkeep... and I just don't want to talk about hypothetical crap. The product itself is useful for kids, but most likely not for all kids... some kids you just can't change. You can't transform a future candidate mat rempit, into a future well-learned scholar. Or can you? With Score A? Seriously?
Hey... this tuition thingy is that important ha? I, myself had never been to any special tuition class since I was in standard one, apart from what the teachers provided in school when I was in standard 5, before the penilaian, many many years ago. I also never had tuition when I was in secondary school or even at the university... oh, no wonder I failed my exams a few times then ha? All in all, I came out okay from the ordeal I supposed. I just read books and went to classes... most times than not (sapa-sapa yang tahu cite aku kat U, shut-up). Do you all think answering past-year questions via the internet will make our kids today smarter in answering exam papers, and scoring A in all those major exams? I guess that's a YES! With Score A, I'm sure the kids will be excellent exam answering machines... yeehaaa! They can laze around in their own room, under the roof of their own home, no direct sunlight that could darken their skin, no dirt and sweat that will smudge their cloths and no contact with other kids... good meh! Win-win situation. By the way, I also didn't go to kindergarten when I was 6 years old, except for the first week. I wasn't interested in learning one alphabet letter per week I guess. I'd been reading newspaper by then. And my mother said, "suko ati ko la".
Again, the educational stuff is not the issue. You can teach children in many different ways, but please stop saying Score A is the saviour of mankind for one last time baby. That's just plain crap from the donkey's ass. But that assertion arises nonetheless because those hacks need to promote the system to all available bodies that they could catch - even parents who has a 2 year old, or university kids that still wet their beds once a while - because the main issue of Score A has always been... it's a damn bloody "business", man! Score A is always been about the money, and how much of it can be collected by someone, in the shortest possible time, by getting downlines after downlines after downlines (which was against the recommendation of the said PPS, I think), before some of those specific people move away to Vancouver or Hong Kong... or penjara Kajang (well, that is according to my hypothesis). So, how do you get as much money as you can get from the biz? Do it MLM way la dey! With the PPS certificate bandied around, most think they have God on their side anyway.
Sori... aku ni dah meleret la ni cakap omputeh, macam la kulit aku idak sawo-matang. Nanti dapat lagi la email mintak aku tulis artikel blog dalam bahasa ibunda... sori bro, sis. Apa pun, meleret-leret cite benda lain pun tak bagus jugak - sebab aku ni takde hasrat nak diskus benda ni secara terperinci atas-bawah-kanan-kiri sampai buat korang boring... kang terlelap pulak depan PC/laptop/Mac. Kalau nak cari pasal, memang boleh banyak aku diskus pasal mala'un pengamal Score A yang tak pernah baca manual kepatuhan syariah tu - yang berlagak sama aje macam lanun MLM dan skim piramid yang berkeliaran cari prospek untuk dijadikan kuli-batak masing-masing. Itu yang kelalar pasal MLM dan skim piramid ni... kalau nak bzns yang sebenar, mesti la cari pelanggan manyak-manyak. Tapi ini tidak. Kuli-batak yang sama dungu dengan si upline yang nak dicari manyak-manyak. Kejadah simple gitu pun tak leh nampak? The system is in need of repair man... not today, not tomorrow, but 30 years ago. Like Saudi Arabia did. OK... break kejap.
imagenta.kreatif said...
kau ni memang Tyler Durden malaysia..
ach van diel said...
Gentlemen, welcome to Aididleaks.
The 1st rule of Aididleaks is, you do not talk about Aidid.
2nd rule of Aididleaks is, you DO NOT talk about Aidid.
3rd rule of Aididleaks is, someone trolls in, going nuts, bust out, he is over.
4th rule, only two comments to an entry.
5th rule, one exposure at a time, fellas.
6th rule, NO trolls, NO thefts.
7th rule, the exposure will go on as long as Aidid have to.
And the eighth and final rule, if this is your first time at Aididleaks, you have to comment.
Komentar aku:
Guys... that a bit much, ain't it? But yeah, I love that Fight Club movie... it has lots of hidden messages and bloody dang funny in it's own way (remember the clip they slipped for a split seconds into that movie - hahaha!). Anyway, let's talk about Tyler Durden. Karektor Brad Pitt tu adalah seorang yang charismatic, tapi dia juga nihilistic, primitivist dan anarchist - u follow? Dia benci masyarakat majmuk, materialisme, pengumpulan harta, kapitalisme dan social order - sehingga dia ada rancangan tersendiri untuk memusnahkan tamadun manusia (katanya). Kerana perangainya yang anti-social dan jugak suka buat palat, dia kerja malam di mana dia dapat sabotaj syarikat komersial dan konsumer... contohnya, dia kerja sebagai waiter, dan dia kencing dalam sup... literally. Dia juga ada buat bzns sendiri, jual sabun mandi home-made yang berkualiti tinggi dan mahal... di mana sabun tu diproses dan dihasilkan di rumahnya daripada lemak manusia, yang dia curi daripada tong sampah klinik liposuction (hahaha!) dan dijual semula pada pelanggan yang (metaphorically) membekalkan lemak tersebut pada asalnya. Lemak daripada manusia itu jugak kemudiannya digunakan untuk menghasilkan bom secara besar-besaran untuk "Project Mayhem" - itu kiranya klimaks untuk movie tu, di mana Fight Club merancang untuk memusnahkan beberapa bangunan yang menyimpan maklumat kad kredit dan social security, or some other important infos. But, anyway... Tyler Durden is actually the split-personality of the narrator (the nameless protaganist of the movie)... so, that makes it the hero is also the villain. He's just a freaky psycho, so to speak...
Welcome back. Tak abis-abis mahu tunjuk BMW 2nd hand, tunjuk thumbs-up, hasut orang lain join bawah dia... tapi, sebok cakap bzns nya ada kepatuhan syariah - what a contradiction meh! Berlambak orang Melayu buat kerja begini, dan berlambak jugak orang Melayu yang boleh cair dengan promosi sebegini - survey aje la kat facebook. Mangkok-hayon short-distance-thinking gilababs! BMW untuk sapa sebenarnya? Sapa yang duduk dipuncak piramid la bro! Dah memang dari azali orang Melayu memang banyak lurus-bendol. Kefahaman matematik dan statistik jangan diharap untuk sesetengah orang tu, tapi sebok sungguh nak jadi jutawan. Korang rasa ada jutawan dalam dunia ni yang tak pandai maths ke? Ntah, mungkin ada... kalau dia anak Bill Gates. Penyelaras syariah Kenshido tu dah sound awal-awal lagik... oops! Sapa yang baca bendanya pun? Aku dan sapa yang buat flyer kat atas ni yang ada baca sampai abis kut? Kebanyakan yang menjajap Score A bukan kesah pasal niat, akad, ketelusan dan banyak isu lain yang diutarakan dalam laporan penilaian kepatuhan syariah... yang dia kesah, money money money maaaa! Heathens!
I thought the whole dang thing was about education... nape hasut dan promote orang join biz ni, macam perangai orang yang berlambak buat skim piramid kat internet tu beb? That's kinda fishy, isn't it? So, nasihat saya kepada orang Islam: "Jangan Hubungi Saya!".
The thing is... kenapa sebok-sebok nak ada kepatuhan syariah, bila mana ianya adalah "a moot point" (benda yang takde makna) untuk sesetengah orang yang buat kerja MLM. Cari downline bebanyak, dan pastikan ko antara yang terawal join - itu rahsianya nak jadi jutawan. Mende yang misterinya sangat? How meh? Kena pandai ayat, hasut, pujuk dan basuh prospek... that's the gist of any MLM biz. Then, you can get rich fast!
Ada sebahagian daripada statement aku kat atas tu aku tarik balik. Masa tu aku masih naive tentang Score A - aku ingat sebab adanya kepatuhan syariah yang dilakukan oleh 2 orang yang terpelajar tu, ianya dah dapat "licence to kill". I was wrong... Ada perkara yang tidak disentuh dalam laporan PPS tersebut, dan sejak perkembangan terbaru di Amerika tentang kantoinya syarikat Amway (Penyangak MLM Numero Uno), maka isu tersebut perlu dirungkaikan semula berdasarkan fakta-fakta undang-undang dari segi akibat dan hasil akhir industri MLM yang terkini. Kalau nak fahami argument aku secara menyeluruh selepas ini, korang kena rujuk balik entry aku sebelum seperti di bawah:
Apakebendenye Skim Piramid Tu Yeop?
Matematik Asas Dalam MLM & Skim Piramid
Korang boleh google definisi "pyramid scheme" dan sila baca apa katanya.
Definition no. 1:
An illegal investment scheme in which investors are promised impossibly high returns on their investments. These are scams in which money from later investors is used to pay earlier investors. The creators of the scheme get most of the profits while those who come later are left with nothing because there are eventually an insufficient number of new investors to pay the existing ones. These scams inevitably collapse because they require exponential growth in the number of participants at each step, which is impossible.
Definition 2: daripada Aidid Mu'addib
Skim piramid itu adalah suatu model perniagaan yg "non-sustainable" (terjemahannya "tidak berterusan" tapi tak cukup terjemahan lagi tu... perniagaan yg tak telus dan terus, gitu), dan ianya menjanjikan pulangan keuntungan bila mana lebih ramai ahli menyertai perniagaan tersebut sebagai seorang penjual (reseller/affiliate/members/dll) dan bukannya keuntungan itu datang semata-mata daripada penjualan produk atau perkhidmatan kepada orang ramai. Ciri utama skim piramid adalah adanya penajaan dan pencarian ahli baru, yg mana ahli baru pula jadi penaja kpd ahli baru yg lain dan terdapat duplikasi syarat ini kepada setiap yang join. Jadi, bila ada upline dan downline yg mempunyai syarat penyertaan seperti itu, ahli bzns model tersebut akan meningkat secara ekponensial dan akhirnya akan "crash", bungkus tergolek-dog, bila mana tiada lagi mala'un yg low IQ atau samdol yg tak pass matematik moden tadi dapat dicari untuk jadi downline. Bila tiada downline lagi, maka downline yang terakhir akan mengamuk kerana dia hilang duit (yang dah bagi kat upline)... sedang dia termangu-mangu menunggu durian yang tak runtuh-runtuh. Macam durian keramat gitu... tak mau jatuh.
Definition 3:
Sometimes, I do feel ashamed of our society, and all the supposedly great things the muslims like to claim about themselves and about the religion they professed in. Hey come on, I'm a muslim and I do my damnedest to do everything I can to follow and do everything that needs to be done to be one, but why do I have to go to US FTC to get a proper definition of "pyramid-scheme" and "MLM"? You tell me that.
Kalau rajin baca ulasan Uzar di sini - MLM Menurut Shariah. Saya (saya?) tertarik dengan komen di penghujung artikel: "Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam."
Tapi di Amerika, dia orang takde isu fatwa ke, isu halal-haram agama ke, isu khilaf ke... semuanya isu matematik, statistik dan kesan majmuk pada masyarakat - dan isu saman-menyaman. Very simple rule - If you screw-up, and if I can prove it in the court of law, you better pay me a whole lotta money! Itu yang berlaku pada Amway/Quixtar baru-baru ni... akhirnya ia mengalah dengan pertuduhan bahawa organisasinya terlibat dalam skim piramid. Itu baru saman sekumpulan bekas ahli Amway di Texas terhadap syarikat tersebut. Lagi banyak saman akan muncul selepas ini daripada kumpulan bekas ahli dan negeri-negeri lain di Amerika, itu sudah pasti (Oh ya, Amway ada long-list of class-action lawsuit sejak tahun 70-an lagi - dan hampir semua kes, settled-out-of-court juta-juta USD, dan terus senyap). Apa isu paling dasar permasalahan Amway? Banyak tuduhan scam dan price-fixing yang Amway lakukan, tapi aku tak berniat nak kasi isu ni complicated, jadi aku simplify sedaya mungkin. Salah satu komponen sistem perniagaannya (walaupun jual barang) terdapat isu pencarian downline, tajaan atas tajaan, dan duplikasi syarat tersebut ad infinitum... sedangkan, infiniti yang diwar-warkan itu tidak akan berlaku langsung kerana ianya adalah mustahil secara matematik dan terbukti daripada pengalaman pengguna sejagat di Amerika untuk lebih daripada 40 tahun. Sebaliknya tercatat >99% ahli kerugian tanpa dapat satu sen, sementara keluarga DeVos dan kuncu-kuncu terdekatnya sudah berjaya mengumpul berbillion USD. Ah, maleh aku nak cite pasal Amway lagik... korang patah balik entry minggu lepas. Tapi kenapa pulak aku timbulkan isu ni kat entry pasal Score A? Sebabnya, semua MLM selepas tahun 1979 beroperasi dengan model yang sama dengan Amway, dan itulah "legal defense" yang paling kerap digunakan apabila ada kritikan tentang industri MLM. Tapi parasite terbesar dalam MLM, iaitu Amway sekarang dah kantoi... so now, what say you?
Satu kemusykilan yang timbul daripada isu halal-haram-harus terhadap MLM dan fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM atau majlis fatwa kebangsaan sebelum ini (seperti di atas), semasa muzakarah ni dilakukan, ada tak pakar ekonomi, akauntan tersohor yang muslim, pakar statistik dan pakat matematik diundang untuk kasi input? I wonder. Please, I don't mean to disrespect majlis fatwa in this case, but the issue is huge in it's scope, and the implication to society is even more. You see, you all can read this issue according to people in Arab Saudi here - Kenyataan Mufti Besar Arab Saudi Tentang MLM - very straight-to-the-point. Shaykh 'Abdul-'Azeez Ibn 'Abdullaah Aal ash-Shaykh, Mufti Besar negara Arab Saudi: Sejenis perniagaan yang berdasarkan skim piramid - atau yang selalu dipanggil sebagai "multi-level marketing" - adalah HARAM. Objektif sebenar sistem perniagaan tersebut adalah untuk mendapatkan komisen yang diperolehi dengan menaja ahli baru ke dalam sesebuah syarikat, dan bukannya untuk mendapat keuntungan daripada penjualan produk itu sendiri.
OK... ada hamba Allah yang prihatin telah meminta kepada pihak JAKIM penerangan lanjut tentang isu MLM serta isu hukum HARUS tersebut, ini jawapan JAKIM:
Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa secara amnya hukum Multi Level Marketing (MLM) adalah harus. MLM itu harus hukumnya sekiranya:
- Transaksi iaitu akad antara penjual dan pembeli dilakukan atas kerelaan dua-dua belah pihak iaitu atas dasar suka sama suka dan tiada paksaan.
- Barang yang diperdagang atau dijualbeli suci, bermanfaat dan sahih sehingga tiada unsur kesamaran atau penipuan.
- Harga barangan yang diperjualbeli adalah wajar dan tidak membebankan.
Tetapi ada beberapa sebab yang akan membatal dan mengubah hukum harus tersebut kepada haram:
- Hasil pendapatan bukan dari hasil penjualan barang.
- Barangan yang ditawarkan tidak berkualiti dan benar-benar berguna atau mempunyai kajian saintifik.
- Ahli menyertai MLM kerana keinginan terhadap pendapatan yang dijanjikan bukan produknya.
- Harga tinggi daripada biasa.
Belian peribadi minimum (target) sebagai syarat komisyen.
Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan harganya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193. (ini lebih kepada perniagaan internet seperti Login Facebook Dapat RM 100, TunaiSegera, RM20Segera, MySpaceMoney, DAPATWANG dan sebagainya).
- Jual beli melibatkan barangan yang diharamkan dalam Islam.
- Terdapat juga unsur mirip “shafqatayn fi shafqah”, atau bay’atayn fi bay’ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu). Contohnya “aku jual barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandat kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan”.
(Jawapan dari pihak JAKIM berhubung Hukum MLM).
OK, that's more clearer, but why is the Majlis Fatwa website is still not updated even to this very day? Sehinggakan berlambak lanun MLM yang menggunakan alasan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan kata sistem perniagaan MLM itu HARUS kat website tu, jadi marilah kita ikut perangai yahudi untuk cari duit sebanyak mungkin dengan mencari sebanyak-banyaknya kuli-batak untuk dijadikan downline selagi mahu dan selagi ada hayat dalam badan? You get what I'm saying? Orang Melayu ni rata-rata kalau tak dicakap spesifik bahawa LoginFB100hengget atau kerbausms tu skim piramid, dia buat dunno aje. Majlis Fatwa takde cakep puuuunnn... dia mahu keharaman sesuatu perniagaan tu spesifik kepada setiap satu MLM dan skim piramid yang ada di dunia ni, sebab dah zaman-berzaman kebanyakan orang Melayu ada kepala lutut aje yang digunakan untuk berfikir. Kalau tak diberitahu, aku lepas tanggung-jawab kat dosa-pahala, katanya - macam isu Score A kat atas tadi tu ha - siap claim 2 orang ustaz tu akan bertanggung-jawab kat akhirat. Omboih bang! Sedapnya mulut ko! Bangang ke apa?
OK... finally, meh kita diskus isu entry kita pasal Score A. Macam aku dah cakap sebelum ini, ianya bukan isu tuition yang berguna pada murid sekolah, ianya bukan isu tentang sapa yang empunya syarikat dan ianya bukan isu riba' yang berbilang punca... walaupun seperti yang aku dah diskus pada entry sebelum ini pasal riba' dan duit shubahah dalam MLM - Yang Haram Itu Haram, Yang Shubahah?, banyak tempat kat dalam plan pemasaran tu boleh kita diskus. Apa kata kita terima sahaja saranan dan penerangan PPS oleh Panel Syariah Kenshido "in good faith" - sebab ahli panel telah melakukan saranan terbaik mungkin untuk plan pemasaran Score A ini. Dan aku dapat selamatkan korang daripada artikel 20,000 perkataan yang sesetengah orang jangan harap nak baca... sebab kalau baca lama-lama boleh kasi kepala lututnya migraine.
Bayangkan malam ni kat Aloq Setaq, ada penerangan atau kursus keusahawanan oleh pihak Kenshido tentang Score A di Ball-room Holiday Villa akan diadakan, dan 100 orang warga Kedah hadir dengan semangat berkobar-kobar, untuk ditunjuk-ajar oleh sifu dari KL, tentang cara-cara nak jadi jutawan a la Kenshido. Jadi si sifu tunjuk slide kat atas ni... dan dia cakap kalau korang berjaya dapatkan downline sebanyak sekian-sekian, dan ko join pakej paling hebat (e-Entrepreneur) awal-awal lagik, dia janjikan peserta tu semua masing-masing boleh dapat pendapatan RM820,800 sebulan wei! Siap ada bonus kiri-kanan-atas-bawah, dan abis taklimat, orang Aloq Setaq yang hadir tu semua balik rumah dengan mimpi indah untuk jadi jutawan. Jadi, masing-masing cari duit, keluarkan simpanan yang ada, bergolok-bergadai nak cari modal untuk join pakej e-Entrepreneur dengan harga RM5,548... atau yang tamak gilbabs tu pulak, terus ambik pakej e-Max dengan harga RM10,800... woohoo! Longkah nanti meh!
Tapi, Kenshido dah dapat siap-siap duit ahli masa dia berdaftar (dan terus masuk bank, simpan takut kena curik), sedangkan ahli tu semua kena cari pelanggan untuk jual portal Score A tu kat pelanggan yang ada anak bersekolah dan kena cari ahli di bawah dia untuk di taja (dan yang akan diajar supaya buat duplikasi cari downline ad infinitum) - dan dalam apa sahaja bentuk MLM dalam dunia ni, syarikat akan cuba mendapatkan ahli untuk join skim seramai mungkin, dengan janji keuntungan sky-high, lepas tu brainwash sipolan bagai nak rak, kasi ahli yang join ingat sampai bila-bila bahawa, kalau korang tak dapat RM820,800 sebulan ni... ko tu yang mangkuk-hayon dan tak dapat menghayati kaedah pemasaran Kenshido macam si sifu. Is that true bro? Adakah janji Kenshido di atas dapat dikotakan dan setiap orang yang 100 kat atas akan jadi millionaire? Fakta ini adalah diluar kawalan Kenshido dan hanya Allah yang tahu. Jadi, kenapa janji sewenang-wenangnya. Ada saranan dalam PPS tak pasal promosi sebegini? Boleh berlaku tak? Dan kenapa Aidid Mu'addib sebok sungguh menulis dan men-diskus pasal subjek ini, di saat ini, dan korang pulak tengah baca dengan kusyuk macam top-student kat U yang akan ambik exam esok? Tengok carta di bawah.
That chart above shows the marketing system of Kenshido. Believe it or not? Sistem binary yang ada kaki kiri dan kaki kanan, dan setiap kanan dan kiri ada kaki kanan dan kiri, yang mana kanan dan kiri itu jugak ada kaki kanan dan kiri... bla bla bla... yang mana, part kat sini la yang orang Melayu selalu EPIC FAIL! Dia hanya nampak downline kiri-kanan dia sahaja, dan dia takmo fikir, tak kesah walau sedikit, dan tak faham langsung matematik - apa yang akan berlaku pada level 20 kat bawah dia.
Aku try nak kasi penerangan sepaling simple untuk semua orang faham - memang susah tu beb. Banyak benda sebenarnya nak dikupas di sini, tapi aku nak concentrate satu atau dua perkara sahaja, dan aku harapkan perkara yang aku akan kupas adalah perkara yang paling penting dan mempunyai implikasi yang paling besar. Apa yang besar? Haram ke tidak bzns Kenshido neh? Kita orang Islam, dan Kenshido ni menggunakan agama untuk memasarkan bzns ni. Kalau dia cakap ianya MLM, takde kelulusan syariah dan boleh kasi budak dungu jadi smart, takde aku nak kecoh der... tapi ianya menggunakan agama Islam dari awal lagik. In my opinion... BIG mistake!
Faham carta di atas? Setiap ahli yang join, akan dapat menaja orang lain, dan syarat ini jatuh kepada setiap sapa-sapa sahaja yang join. Wow! Kalau ko ambik pakej e-Biz dan taja ahli lain yang ambik e-Biz atau pakej yang lebih besar, ko akan stuck dengan komisen RM70, paling minima. Tapi kalau join pakej e-Entrepreneur dan sponsor orang lain yang jugak ambik e-Entrepreneur - dapat RM800! Yeay! But, the question is... sampai bila? Kalau setiap yang menaja ada downline yang juga menaja, dan seterusnya perkara ini berlaku bagi setiap yang join... ada infiniti tak? Inilah perkara yang jadi bahan saman kepada syarikat Amway, korang tahu tak? Apa yang dikatakan di atas adalah "mathematically impossible". Cuma, kalau korang dah masak dengan alasan pengamal MLM, dia akan cakap akan ada manusia tu dilahirkan setiap hari, jadi prospek pelanggan itu akan ada timbul setiap masa sampai hari kiamat - itu sebab skim dia orang boleh berterusan sampai infiniti. Ada pakar matematik atau pakar ekonomi yang baca blog aku neh? Does that statement hold water? Tell that to Amway's distributors that lost money all these years.
mencapai 4 juta murid sekolah - woohoo! Kok iye, boleh jadi billionaire Jason Kok nanti beb, boleh kasi challenge itu Ananda Krishnan dan Robert Kuok. Katalah, kita pukul-rata setiap ahli yang join score A dapat cari 4 downline masing-masing (ini hypothesis sahaja - senang nak kira) dan perkara ini berterusan sampai jumlah ahli meningkat kepada 4, 16, 64, 256, 1024, 4096, 16384, 65536, 262144, 1048576, 4194304....... 4294967296 - wait, 4 billion orang? Iyo ko jang? Wadefasterohbaybeh! Can you say that is mathematically possible? Meh aku tunjuk dengan gambar kat kanan ni. Kalau sorang cari empat, start dengan Jason Kok kat atas sekali - he's numero uno. Setiap level yang kat bawah adalah 4 kali ganda lebih besar daripada level teratasnya - inilah yang dikenali sebagai siri eksponential berasaskan 4. Nombor yang bahagian kanan adalah jumlah ahli kumulatif untuk peringkatnya dan dicampur dengan semua ahli diatas peringkat tersebut. Aku kena terangkan ke tidak ni pasal siri eksponensial ni? Ada sapa-sapa tak faham berkenaan tuduhan melulu aku yang tak berasas yang aku lemparkan kepada syarikat Kenshido di sini? Kalau terdapat penajaan dalam bzns model sesuatu plan pemasaran, siri itu pasti akan berlaku, cuma ianya lebih tidak teratur (haphazard), tetapi untuk mereka yang memahami matematik, you'll get the picture. So, what's the problem again? The problem is, untuk setiap ahli dapat keuntungan seperti yang dijanjikan oleh Kenshido, >75% ahli diperlukan bagi setiap progression untuk level ke bawah, di mana ada logik ke pada level ke-12... 4 juta rakyat Malaysia join skim piramid berproduk maya yang bukan Maya Karin neh? Logik... OK, kita naik level 13, mesti ada 16 juta orang lebih yang perlu join Kenshido untuk menyuap semua orang kat atas dengan keuntungan - janji tetap janji kan? Sapa suruh janji, dan sapa suruh buat Penilaian Kepatuhan Syariah? Sebab dalam Islam, kalau dah janji kena tepati, dan kalau buat bzns, tak boleh ada penganiayaan dan penipuan - HARAM. Kalau buat macam Amway ikut style alkafirun, takde orang Islam macam aku nak kesah dik. Jadi, jika tiada lagi mala'un yang join Kenshido, maka level terbawah akan rugi dan soalan berikut yang timbul: berapa orang akan rugi sebenarnya?
Itu yang aku selalu tertanya-tanya... adakah fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan perlu menggunakan dalil dan nas yang dihuraikan oleh para ulama', tetapi mengenepikan sains dan matematik? Adakah Islam itu agama yang berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadith sahaja bagi sesetengah orang? I will definitely disagree... because in my opinion and in this I hold dearly close to my heart: Allah mencipta alam ini berdasarkan sains dan matematik, dengan bimbingan dan ilmu daripada Nabi dan Rasul terdahulu... dan bukannya melalui sentimen, tahyul dan apa-apa yang diteorikan tetapi tidak dibuktikan di alam nyata. I don't mean that in a negative way, because I believe Islam is a religion that encompasses every aspect of life, be it science, mathematics, politics, commerce, and faith. True, faith is still the utmost importance because it reflects the state of our being as a human and a creation of the Almighty, and also because the knowledge of men is finite. Nothing is infinite is this universe... only Allah is infinite, and Allah is not of this universe. I know this is not the proper forum to discuss such issues, so I digress.
Itu yang aku selalu tertanya-tanya... adakah fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan perlu menggunakan dalil dan nas yang dihuraikan oleh para ulama', tetapi mengenepikan sains dan matematik? Adakah Islam itu agama yang berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadith sahaja bagi sesetengah orang? I will definitely disagree... because in my opinion and in this I hold dearly close to my heart: Allah mencipta alam ini berdasarkan sains dan matematik, dengan bimbingan dan ilmu daripada Nabi dan Rasul terdahulu... dan bukannya melalui sentimen, tahyul dan apa-apa yang diteorikan tetapi tidak dibuktikan di alam nyata. I don't mean that in a negative way, because I believe Islam is a religion that encompasses every aspect of life, be it science, mathematics, politics, commerce, and faith. True, faith is still the utmost importance because it reflects the state of our being as a human and a creation of the Almighty, and also because the knowledge of men is finite. Nothing is infinite is this universe... only Allah is infinite, and Allah is not of this universe. I know this is not the proper forum to discuss such issues, so I digress.
OK... next chart on your right. Selain daripada komisen daripada tajaan, ada kaedah K-match bonus (K means kaki ka dey? Or Kok?), di mana setiap ahli yang join akan diberi bonus jika dia dapat cari 2 downline, kiri dan kanan... itu yang dipanggil sistem 2-kaki tu. Kalau complete sepasang dapat RM80, dan bila campur dengan komisen penajaan kat atas tadi tu... memang bessshhh! Ikut chart kat sebelah, tengok tu beb - ada 5 level, dan ada siri ekponensial 1, 2, 4, 8, 16... waaaaah! Dan setiap level ke bawah, sipolan U, akan meraih komisen untuk setiap level hingga 5-level-deep... meaning level 1 dapat RM40 daripada sorang downline, level 2 (downline punya downline) dapat Rm20, level 3 dapat RM20, Level 4 dapat RM20, dan level 5 dapat RM10.... betul meh? Aku takde calculator kat depan Mac aku ni dan aku tak suka guna dashboard. Anyway, it's just simple arithmatics. Ada unsur infiniti jugak ke? Jadi, kalau level 6, 7, 8.... ada dapat komisen lagik ke? I dunno, Kenshido tak kasi tahu kat sini. Tapi kan, aku ingat kalau dah ada patuh syariah, takde la perkataan infiniti tu keluar. Rupanya ada jugak. Ingat isu aku tentang infiniti dalam entry Kerbausms? Quoting myself: Memandangkan pengamal skim piramid itu juga rata-rata tak kesah halal-haram rezeki mereka, selalunya mereka juga tak kesah menggunakan istilah-istilah yang diluar daripada batas agama. Orang Islam tahu bahawa menyamakan sesuatu itu kepada sifat Allah adalah syirik, dan jika kita cakap sesuatu seperti sifat infiniti dalam hal-hal keduniaan, kita sudah melakukan satu syirik yang nyata! Dalam ayat al-Ikhlas, terjemahannya "...dan tiada sesiapapun yang serupa denganNya." Jadi, beringatlah wahai manusia yang muslim, Allah itu bersifat "INFINITY AND ETERNITY", dan tiada siapa atau sesuatu yang sama denganNya! Tiada yang infiniti dalam alam ini... tidak jumlah butiran pasir di pantai dan tidak juga jumlah bintang di langit. Masa itu juga tidak akan infiniti. Masa itu adalah kejadian Allah, dan masa itu sendiri ada penghujung, dan tiada infiniti... end of Quote. Musykil meh... and I digress again.
Anyway, udah la ada unsur infiniti dan komisen yang didapati daripada ahli yang 5 level kebawah, di mana isu berbilang akad dalam satu akad memang akan timbul (dah dibincangkan banyak kali dalam blog ni - kalau rajin, semak semula), ada jugak timbul isu tentang hak seseorang yang join dulu untuk dapat habuan daripada downline dia 5-levels deep. Jadi, apa beza plan pemasaran Kenshido dengan plan pemasaran ciptaan alfakirun untuk bermacam-macam bentuk MLM seantero dunia? Musykil lagik aku. Ini isu hadiah daripada usaha upline untuk cari ahli, gitu? Ko cari dua orang downline, ko boleh dapat habuan seterusnya daripada 60 orang kat bawah ko? Seriously? Bukan kategori riba' ke ni? Bukan kategori rasuah/hadiah yang tidak ada hak untuk seseorang itu terima?
Seperti yang ditegaskan oleh Mufti Besar Arab Saudi, komisen ini juga tidak boleh dianggap sebagai hadiah atau bonus. Walaupun jika kita klasifikasikan komisen ini sebagai hadiah, Islam akan meletakkannya sebagai hadiah yang haram (rasuah). Tidak semua hadiah dibenarkan dalam syariah. Sebagai contoh, hadiah daripada yang berhutang kepada yang memberi hutang adalah sejenis riba'. Itulah sebabnya 'Abd Allah B. Salam, sahabat Rasulullah, berkata kepada Abu Bardah:"Engkau berada di negara di mana pengunaan riba' itu meluas. Jadi, jika seseorang itu berhutang dengan kamu dan memberi kamu hadiah, seperti seberkas rumput, sebeban barli, atau selonggok makanan - maka itu adalah riba'." Sesuatu hadiah mengambil sebab di sebalik kenapa ianya diberi. Atas sebab ini, apabila seorang pengutip zakat datang kepada Nabi (S.A.W.) dan berkata: "Ini adalah untuk mu dan inilah apa yang diberikan kepada ku sebagai hadiah." Nabi (S.A.W) membalas terhadap ini dengan bersabda: "Jikalau kamu sedang duduk di rumah dengan ibu dan bapa mu, adakah dia akan datang kepada mu untuk memberikan kamu hadiah itu?"(Sahih Bukhari dan Sahih Muslim). Korang faham apa maksud hadith ni? Kiranya pengutip zakat tu, semasa dia bekerja mengumpul zakat, ada orang bagi dia hadiah wang - tapi Nabi cakap itu wang itu adalah riba'... sebab entiti hadiah bukanlah sebegitu. Hadiah tu adalah sesuatu yang diberi tanpa dipinta, saja-saja orang nak bagi sebab dia suka kat kau, tanpa ulterior motif atau agenda apa-apa... gitu kiranya. Jadi komisen yang diberi oleh syarikat dalam sesuatu skim piramid atau MLM itu hanya di beri di atas sebab keahlian dan pencarian downline. Jadi, tidak kira apa nama yang kita pilih untuknya (komisen, hibah, habuan, saguhati), ianya tidak akan mempengaruhi apa ia sebenarnya dan apakah hukum yang telah dijatuhkan, iaitu riba'.
Udah le yeop... panjang bebenor artikel yang ini. Man dah letih weh! Last sekali, aku nak diskus satu benda yang ringkas... supaya orang Islam kat luar sana yang sebok cari biz Score A ni sedar tentang perkara-perkara lain yang sepatutnya korang dimestikan tahu... nak join biz kena faham dan selidik benda sebegini thoroughly. Jangan tuduh aku yang bukan-bukan lepas ni... Berkenaan isu di bawah ini, ianya hanyalah pandangan dan hypothesis aku sahaja, bukan tuduhan. Kalau nak saman, samanlah. Aku dah beritahu awal-awal kat sini, ianya hanya "observation" aku sahaja.
Score A ada penilaian kepatuhan syariah yang diusahakan oleh Kenshido pada awal skim... sempoi beb. Tapi, yang punya bzns, tu kat atas tu - Group CEO dan el-Presidente. Jadi Score A ditujukan khas untuk orang Islam la kiranya - untuk anak-anak orang Melayu secara spesifik. Sapa sini fikir Jason Kok kesahkan hal kebajikan anak-anak orang Melayu - supaya bebudak Melayu berjaya dalam exam dan seterusnya jadi orang terpelajar di kemudian hari? You answer that yourself... and please ask yourself sincerely please. What was the reason Score A was created? For education or for money? For the Malays in general, or for the pocket of some people? (Banyak soalan aku neh?). Read the description above, Jason Kok adalah "Top Networker" dan "Walking Testimony" of elite networkers... chewwaaah! Outstanding skills: "Dream Builder", "Networker Relationship" dan "System Training"... memang 1st class meh! You all get what I'm saying here. He has 25 years history with the MLM industry, and as you all can see, he really knows what he's doing man! What did he to get Score A off the ground? He get that PPS, then ditched the 2 ustaz... done! He created an atmosphere of need among the Malay population, monetary-wise and education-wise... done! Now, he's reaping the rewards... done! Hallelujah!
I'm not really that sure if I have Allah guiding me in this Score A issue. I hope that is prudence, because I tend to second-guess myself all the time. Can't be too over-confident about one-self, I may make mistakes from time to time. Kalau confident sangat, riak namanya tu beb. OK... now that everyone have seen this certificate, and have read my piece on Score A as above... let's all of us make a pact to say that: If it walks like a duck, quack like a duck - let's call it a duck! May Allah have mercy on us all....
In many dark hour, I've been thinking about this.
That some will never learn, ignorance is blyss.
But I can't think it all for you, you'll have to decide.
Who among us here, have God on their side?
>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<
Perkara berbangkit:
Korang boleh confirmkan aku pasal Straight A Program ni? Rumours yang aku dengar, ianya diasaskan oleh orang yang sama yang buat Score A, tapi mamatnya dah menyampah nengok Jason Kok hari-hari dan dah bengang sungguh sebab ciptaannya digunakan untuk dibuat MLM dan mengayakan puncak piramid, jadi dia keluar dari Kenshido dan asaskan e-tuition ini pulak, dengan harga... jeng! jeng! jeng! RM60 SETAHUN! Lepas tu baru ni, ada dengar cerita yang dia saman Kenshido berkenaan isu Score A tu, untuk mintak ganti-rugi or whatever. OK, these are all rumours that I heard through the grape-vine... Yes or No? Kalau betul dia yang buat Score A... come on man, screw Kenshido to kingdom come! Anyone can share some light here?
SATU LAGIK - 3 JAM LEPAS PAGE SAY NO TO MLM DI FACEBOOK TELAH KENA SABOTAGE UNTUK KALI KEDUA - REALLY LOW-CLASS DUMBASS SESETENGAH ORANG MELAYU NEH! SEPERTI BESA, AKU JUGAK LA YANG PALING BANYAK KEHILANGAN KAT SANA - KERJA AKU SEMUA GONE! FANS SNTM DAH DEKAT 10,000 ORANG - GILABABS SESAT PUNYA ORANG MELAYU PERANGAI MACAM SETAN. BUT, IT'S JUST FACEBOOK BOY. KALAU BERLAKU 100 KALI PUN, AKU AKAN MASIH TERUSKAN KEJE AKU MACAM BESA... NO HARM NO FOUL. TAPI, KALAU ANAK ANGKAT DAJJAL YANG BUAT KEJE LAHANAT YANG MEMUSNAHKAN SEMUA ILMU ANTI-MLM DAN ANTI-SKIM PIRAMID (UNTUK KEGUNAAN DAN PENGETAHUAN BEBUDAK MELAYU) TU ADA SINGGAH DAN BACA BENDA NI KAT BLOG AKU BILA-BILA, INI CAKAP KOSONG AKU KAT KO DIK:
MAY YOU ROT IN HELL!
Sumber : Aidid Mu'addib
Categories:
Terjah