Kalaulah tidak disebabkan acah-acah politik, isu arak di negeri Selangor sebenarnya mudah dan ringkas.
Sepatutnya tidak perlu pun dipanjangkan meleret-leret dalam media. Orang politik pun tidak payah berbalas pantun setiap hari.
Perkaranya mudah sahaja. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengeluarkan pekeliling, melarang umat Islam bekerja di premis menjual arak. Menurut Pegawai Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid, seperti yang dipetik oleh sebuah portal berita, premis perniagaan yang gagal mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan kompaun atau ditarik balik lesen.
Arahan itu sepatutnya berkuat kuasa hari pertama tahun baru 2011. Tetapi, belum pun sempat dilaksanakan, peraturan itu telah dibantah oleh Ronnie Liu. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri itu mahu peraturan tersebut ditarik balik serta-merta.
Maka bermulalah acara berbalas pantun di media. Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Exco DAP itu telah menyinggung perasaan dan sensitiviti orang Islam. “Sepatutnya, Ronnie perlu terlebih dahulu mendapatkan penjelasan daripada kerajaan dan pihak terlibat tanpa mengeluarkan arahan sendiri,” kata Nasrudin seperti yang dipetik media.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyebelahi Exconya. Katanya, arahan tersebut bukan satu bentuk larangan sebaliknya hanya tatacara atau syarat baru yang dihantar MPSJ kepada premis hiburan ketika mahu memperbaharui lesen dan ia tidak mempunyai sebarang kuasa perundangan.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Hasan Ali yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, tumpang sekaki dengan menyatakan tindakan MPSJ mengeluarkan larangan itu adalah wajar.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan, tidak menyebelahi Ronnie. Katanya, seperti yang dipetik media: “Orang Islam sewajarnya tidak dibenarkan bekerja di premis-premis yang jelas menyediakan makanan atau minuman diharamkan oleh Allah SWT.”
Sementara itu pihak yang tidak suka kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, tumpang semangkuk sambil menjadi batu api untuk menghangatkan suasana. Mereka mencanangkan ke seluruh negara bahawa isu arak ini sekali lagi membuktikan PR tidak sependapat, kucar kacir. Tentu sekali isu ini akan lebih hangat sehari dua lagi.
Apakah perlu berdebat dan bertonyeh-tonyeh yang membosankan ini hanya atas perkara yang sudah jelas lagi nyata? Arak, seperti yang ditegaskan dalam al-Quran, memang haram di sisi Islam. Orang Islam tidak boleh mengilang, mengedar, menjual, mempromosi, juga minum benda haram itu. Jadi dengan sendirinya orang Islam tidak boleh bekerja di tempat yang menjual benda haram itu.
Bagi sebuah negara yang sejak sekian lama mengangkat Islam sebagai agama rasmi, tidak ada apa pun yang luar biasa mengenai arahan MPSJ itu. Malah, itu sepatutnya telah dilaksanakan sejak lama dulu, bukan sahaja di kawasan di bawah seliaan MPSJ, malah di seluruh negara.
Kalau kita bertegas dengan undang-undang Islam, isu seperti ini tidak berbangkit langsung. Masalahnya ialah kita tidak tegas – mungkin tidak berani – dalam penguatkuasaan hukum-hukum al-Quran. Sebab itu kita membenarkan arak, atas alasan masyarakat majmuk dan menghormati orang bukan Islam yang ingin mengambil benda haram itu.
Mungkin dapat diterima bahawa arak boleh dijual kepada orang bukan Islam yang gemar meminumnya. Tetapi, semua orang tahu kita sekarang menyediakan arak bukan sahaja untuk penggemar di dalam negara, malah untuk dieksport. Kita mempunyai dua kilang arak terbesar yang produknya dihantar ke seluruh dunia. Apakah kita berani menutup dua kilang tersebut dan bersedia kehilangan hasil cukai darinya?
Sejak sekian lama orang kita terlibat dalam arak, termasuk menjadi agen menjual arak secara besar-besaran. Di Kuala Lumpur banyak pusat hiburan, juga restoran eksklusif milik Melayu menyediakan arak. Ada beribu-ribu orang kita bekerja di premis seperti ini, bersubahat dengan penjualan arak.
Malah, setiap hari kita boleh melihat orang Melayu minum arak – macam minum air tebu! – secara terbuka di tempat awam, tidak ada siapa peduli pun! Adalah seorang dua, termasuk Kartika, yang dihukum atas kesalahan minum arak secara terbuka. Tetapi beribu-ribu yang lain terus meneguk arak tanpa sebarang gangguan. Maklumlah, kita selalu tidak cukup pegawai penguat kuasa agama untuk menangkap orang minum arak. Itulah alasan kita! Lagi pun kita termasuk peminum arak terbesar dunia. Menurut Dr Siti Mariah Mahmud, Anggota Parlimen Pas, Kota Raja pada sidang Parlimen tidak lama dulu, walau pun kita hanya ada 27 juta penduduk, kedudukan kita dalam carta pengambilan arak adalah sepuluh tertinggi di dunia. Rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan USD500 juta, atau lebih kurang RM1.75 bilion setahun untuk minum arak.
Adakah sesiapa yang prihatin mengenai carta ini? Kalau tidak ada yang prihatin, apa yang hendak dihebohkan sangat mengenai arahan MPSJ itu?

Categories:
Luahan