Sekarang ni banyak syarikat yang menawarkan marketing plan yang kononnya yang jauh lebih senang dan cepat menguntungkan. Malah ada diantaranya yang menyatakan tak perlu menaja, tak perlu beli produk dan sebagainya.
Join saja, pilih package, bayar, kemudian dapat post-dated cheque 2 keping yg boleh ditunaikan dalam masa 1 dan 2 bulan berikutnya. Nampak sangat mudah kan? Tiap-tiap bulan kerjanya cuma cashkan cheque sahaja. Kononnya kita beli produk, tapi tak ambil. company tolong jualkan produk kita pada customer mereka. Wah...bukan main lagik!
Bijak sungguh perniagaan begini. Sudah pastilah sangat senang menarik orang-orang tua, orang-orang kampung yang cetek ilmu, atau maaf kata, orang-orang melayu yang sangat kemaruk nak kaya tapi kalau boleh nak cara yang paaaaling mudah! Nah... dalam tak sedar terjebak dalam kegiatan money game (dulu orang panggil Skim Cepat Kaya). tapi kalau saya cakap begitu, pastilah mereka-mereka ini akan kata "Eh.. tak.. ni bukan money game. ni company kukuh. kita guna sistem jualan semula. akta ni ada dalam AJL punya terms bla.. bla.. bla..".
Sahabat... sebelum ini orang-orang yang menyertai program-program seperti EM-Pay, ABFund, Buluhmas, Jasmeen , Noradz Travel, Eastana Farm dan sebagainya juga mengatakan program mereka sah, legal, syarikat kukuh dan sebagainya sehinggalah ianya di banned oleh Bank Negara. Bila dah kena banned barulah menyengeh dekat orang bawah "Nak buat macamana... ni la risiko dia. bukan ko jer, aku pun kena..." Persoalannya, adakah anda mahu tunggu pada masa dan ketika itu baru sedar?
Adakah itu risiko yang anda sanggup ambil? Ah! kalau kena banned, bukan kita sahaja yang rugi, company pun rugi. Benarkah? Anda tahu kah samada company ada berapa akaun? Anda tahu tak sekiranya company awal-awal lagi dah salurkan sebahagian keuntungan atas nama syarikat lain? Anda sedar tak mengapa company secara perlahan-lahan cuba mengubah dasar perniagaan kepada yang lebih bersifat fizikal? Ingat, kita memperkenalkan sesuatu bisnes atau perniagaan kepada orang bukan sekadar menjaja syarikat, marketing plan dan sebagainya tetapi turut menjaja muka, nama baik dan maruah diri kita sendiri.
Jika kita memperkenalkan program yang berasaskan MoneyGame a.k.a Skim Cepat Kaya kepada sahabat ataupun saudara kita dan kemudiannya syarikat tersebut tutup, bungkus, lingkup, lari atau sebagainya, memadai kah dengan hanya berkata "Nak buat macamana... aku pun kena tipu juga...". Kemudian dua tiga hari selepas itu, promote skim lain pula. Begitu mudah kah?
Berapa ramai yang tertipu tetapi bila syarikat kena banned, asset dibekukan, so kita pun merasakan kita tak boleh buat apa-apa. Kita rasa company tu pun susah sebab semua assetnya dah dibekukan. Benarkah begitu keadaannya? Kalau sebelum ini duit yang anda semua laburkan dia telah parking atau laburkan dibawah nama company lain pula nak kata apa?
Anda melopong, company kononnya kena banned, asset company kononnya dibekukan, tetapi pengasasnya kaya raya dengan sebahagian besar duit kita yang tertipu. kerana itulah company-company begini selepas setahun mereka akan cuba diversify perniagaan mereka kepada fizikal business seperti mewujudkan franchais, perhotelan, cafe dan sebagainya. Adakah anda tahu dan adakah anda boleh pastikan samada cabang-cabang business tersebut menggunakan nama dan akaun syarikat yang sama? Hehehehe.
Diorang ni guna concept rocket nak terbang ke angkasa lepas. kepala pergi, ekor lepas. Sampai satu stage lagi, kepala pergi badan lepas. At the end, diorang tetap kaya raya dengan 'perniagaan sah' yang pada mulanya tak dapat dilakukan akibat ketiadaan modal. Tapi akhirnya boleh direalisasikan dengan modal-modal yang diberikan oleh kita-kita semua yang nak sangat kaya cepat ni.
Orang yang buat Money Game ni bukan orang-orang bodoh saudara. Mereka kebanyakannyan terdiri dari orang yang pakar dalam bidang perundangan, mahir dalam akta AJL dan sangat arif dalam pelan pemasaran berangkai. Jadi sangat mudah mereka mengelirukan dan memutar-belitkan fakta bagi memperlihatkan apa yang mereka buat kelihatan sah dah legal. Saya berikan satu contoh dibawah:
Company A merupakan pengeksport kambing gurun dari Turki untuk pasaran dalam dan luar negara (atas kertas la. Yang sebenarnya, kita pun tak tahu. Maklumlah... kawan yang promote). Dia memperkenalkan satu sistem yang kononnya digelar Smart Partnership (ni apa-apa nama pun boleh asalkan bunyinya sedap. Contohnya joinventure, smart franchais, sell back dan sebagainya). Jadi kalau anda nak join, anda boleh beli kambing gurun ini dengan harga borong sebanyak RM500 seekor dan syarikat akan menjualkannya dengan harga RM900 seekor dalam masa 2 bulan. Tapi disebabkan company memang sudah ada customer tetap diseluruh malaysia so company yakin memang boleh jual punya so company bagi siap-siap cek post-dated sebanyak 2 keping bernilai RM450 setiap satunya. Sekeping korang hanya boleh tunaikan bulan hadapan, dan sekeping lagi hanya boleh ditunaikan 2 bulan lagi.
Kenapa dua bulan kena tunggu? Oooo sebab itu kambing kami import, kena quaranteen dulu taknak bagi ada penyakit, lepas tuh beru dipindahkan ke kandang dan diberi makanan secukupnya kasi gemuk. So proses ni yang mengambil masa selama 2 bulan ni. Tapi anda tak perlu risau,kita ada contract dan agreement. Bila u sign sahaja, kitorang akan terus bagi u post dated cheque. Beerti you hanya bayar RM500, terus dapat RM900.. semua kerja-kerja, company akan uruskan. kalau u nak beli 10 ekor terus, RM5000 dan u akan dapat post dated cheque RM9000. Kalau u perkenalkan kawan sistem Smart partnership ni,pihak syarikat akan memberikan komisyen 5% daripada pembelian downline anda bla.. bla.. bla...
Baca betul-betul senario yang saya berikan diatas dan perbandingkanlah dengan sistem perniagaan atau pelaburan atau apa sahaja konsep perniagaan yang anda ceburi sekarang sekiranya ada. Walaupun produknya berbeza-beza, tapi modus operandinya sama. Sekali pandang nampak tiada masalahkan? Sekali dengar nampak ianya logik, boleh diterima akal, dan mesti ramai yang mengatakan ini satu jalan buat duit yang sangat mudah dan menguntungkan. Sebenarnya konsep ini telah digunapakai oleh pengusaha-pengusaha skim cepat kaya semenjak 10 tahun dulu lagi.
Cuma masa tu tiada lah promosi melalui laman web, website replika dan sebagainya ni. Ianya tidak semestinya kambing. tapi saya ambil contoh kambing gurun bagi menunjukkan kepada anda yang Money game ni boleh merupa pelbagai bentuk. Jangan kata kamping gurun, Mangkuk tanah liat untuk makanan ayam telur pun boleh buat satu bentuk konsep perniagaan begini. Nampak tak sistem yang diperkenalkan oleh company A tersebut. Sekali pandang langsung takde masalah kan? Sama seperti kita beli kambing harga RM500 kemudian jual dengan harga RM900. Cuma bezanya semuanya company A ni akan uruskan untuk kita. So apa masalahnya? Sah apa perniagaan macam ni....??! Hehehehe. Fikir balik!!
Dibawah ni beberapa tips untuk menilai program atau skim perniagaan yang anda ceburi dan sertai itu sah, money game atau tidak. Dan "Syarikat pernah keluar surat khabar" bukanlah satu aspek daripadanya! Dah banyak company yang masuk paper, malah siap ada iklan kat tv (lihat contoh MW yang popular satu masa dulu) rupanya beroperasi disebalik skim cepat kaya.
1) Jika menkaji apa-apa marketing plan, jangan terlalu ghairah dengan keuntungan lumayan yang dijanjikan kepada pihak agent semata-mata sebaliknya cuba kaji dimana keuntungan pihak syarikat daripada marketing plan tersebut. Jika terlalu banyak insentif kepada agent abih macamana pula syarikat boleh dapat keuntungan? darimana pula datangnya wang berkenaan? (Tolong la jangan jawab dari penjualan produk tadi company boleh buat untung sebab kalau betul company dah ada pelanggan tetap untuk menjualkan produk-produk mereka apa perlunya lagi agent? Baik company jual sendiri dan mereka boleh dapat keuntungan 100% tanpa perlu mengagihkan sebahagian besar kepada agent)
2) Kaji kenapa di awal perlaksanaan program-program sebegini kenapa syarikat hanya mensyaratkan agent untuk menyertai 1 lot atau 1 akaun sahaja. Kemudian apabila rangkaian agent sudah berkembang baru pelan-pelan lain seperti family package, gold package dan bermacam lagi gelaran diberikan kepada mereka yang ingin membeli banyak lot sekaligus untuk keuntungan yang lebih cepat dan maksimum kononnya? nak tahu kerana apa?
Kerana dari awal-awal lagi company tahu dengan marketing plan ini mereka akan overpaid pada agent. Walaupun sistem pembayaran bonus telah di drag (heret) kepada 2 bulan dengan post-dated cheque tadi (jadi semasa pembayaran bonus pada bulan pertama mereka ada sebahagian lagi wang pelaburan dalam pool untuk menampung pay-out bulan berikutnya yang mana pada bulan berikutnya sudah pasti wang pool akan bertambah dengan kemasukan agent baru dan pembelian semula agent lama.
Dengan ini company sentiasa dalam keadaan hanya menggunakan sebahagian dari duit terkumpul untuk tujuan payout dan sebahagian lagi sentiasa ada sebagai backup) tetapi jika tiada agent baru yang menyertai skim berkenaan dibawah rangkaian agent tersebut beerti company takkan ada duit pool untuk dibayar kepada agent utk bulan kedua. Jadi untuk melimitkan risiko dalam tempoh melihat trend ini, jadi company limitkan 1 lot untuk seorang.
(Biar banyak agent dulu. Biar network berkembang dulu. Jadi ianya akan lebih senang dimanipulasikan). Then bila rangkaian agent sudah makin berkembang, orang dah mula yakin, baru sorang boleh beli lebih kerana company dah ada duit pool yang besar dan kadar kemasukan atgent baru bertambah dari masa ke semasa.
3) Jika anda mendapat iklan promosi dari rakan-rakan anda berkenaan satu skim yang boleh buat keuntungan tanpa menaja dan sebagainya, tanya kepada diri anda, "Jika dah tak perlu menaja, apa kejadahnya yang dia beria-ria promote kat aku suruh aku join ni?"
4) Jika mereka kata "Money game takde produk, sedangkan kita ada produk..". Tanya balik diri kita sendiri benarkah? Kita boleh yakinkan orang dengan cerita-cerita yang diajarkan oleh upline atau oleh pengasas skim berkenaan. Tapi biasanya jauh disudut hati kita kita boleh tahu yang sebenarnya ini 100% money game yang tak memerlukan produk langsung. Produk hanya digunakan sebagai topeng/wayang bagi memudahkan kita nak menerangkan kepada prospek dan downline berkenaan marketing plan skim yang kita jalankan.
Hakikatnya, upline kita tak pernah beli dan guna produk tersebut.... kita sendiri tak pernah beli dan guna produk tersebut... malah kita sendiri tak pernah expect untuk downline atau prospek kita beli dan guna produk tersebut... dari mula memang kita nak suruh dia join, letak duit sekian-sekian, kemudian dapat untung. pas tuh dia plak nanti akan cari orang buat perkara yg sama.
Kalau ini yang berlaku kepada kita, Jangan kata kalau kita mampu tipu tuhan, tapi jika diri kita sendiri pun kita tak boleh tipu, maka tak payah lah... yang kita nak tipu ni kebanyakannya orang susah... sebangsa dengan kita... kadang-kadang tu bukan siapa-siapa tetapi saudara-mara dan sahabat handai kita sendiri. Tak kesian ke?
5) Jika ditanya berkenaan isu LEGAL, kebiasaannya mereka akan mengambil petikan dari akta AJL seperti;
Mengikut PERATURAN-PERATURAN JUALAN LANGSUNG (SKIM DAN PERJALANAN) 2001, bahagian PERJANJIAN, No.2(c) menjelaskan:
“atas permintaan peserta itu, orang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta itu dalam masa enam bulan yang dahulu pada suatu harga yang tidak kurang daripada sembilan puluh peratus amaun yang dibayar”
Tetapi bila ditanya company ni ada lesen AJL tak? Dia pun cakap "Ooo.. company kita actually tak termaktub bawah akta AJL sebab kita lebih kepada trading bla... bla.. bla..." Pulok doh!
6) Setiap company yang menjalankan money game atau skim cepat kaya ini, mereka dari awal lagi telah mempunyai dan merancang 'jalan keluar' mereka (exit plan). Mereka telah merancang terlebih dahulu yang plan ini akan berjalan untuk berapa lama, dan bilakan masanya untuk mereka memberhentikan operasi dan sebagainya. kerana itu pengasas-pengasas skim begini biasanya dah meletakkan expired date untuk perniagaan yang mereka jalankan. Tiada yang pernah bertahan lebih dari 2 tahun. Kebiasaannya mati selepas 1 tahun lebih sahaja. Ini bukan semata-mata kerana akhirnya ia pasti akan di benteras oleh pihak bank negara atau kerajaan, tetapi mereka sendiri yang memang nak tutup bisnes mereka. kenapa? Kerana trend pasaran pasti akan menurun.
Marketing plan yang dulunya hangat, akan beransur-ansur menyejuk. Kadar kemasukan agent baru akan menurun. Jika 20% daripada agent berhenti dan tidak meneruskan pelaburan, re-purchased, re-consumption atau apa sahaja gelaran yang diberikan, beerti dalam tempoh 1 bulan sahaja company akan 'overpaid' kepada agent. Tambahan pula jika waktu tersebut turn-over capital telah meningkat keangka belasan atau puluhan jutaan ringgit. Bayangkan sebenarnya berapa kerugian yang terpaksa ditampung untuk membayar kesemua imbuhan sekiranya kesemua agent mengambil keputusan untuk berhenti.
Jadi sebelum perkara ini terjadi, mereka akan stop dan lari dengan baki 50% duit pool yang ada (kan sekeping cheque lagi hanya boleh diapprovedkan selepas 2 bulan..? So paham-paham jer la. Walaupun anda berjaya menunaikan cek yang pertama... tapi adakah anda cukup yakin yang cek kedua anda tersebut 'Sempat' untuk anda tunaikan?) Adakah anda mempunyai exit plan?
Tujuan saya menulis pasal Money game atau Skim cepat kaya ini bukanlah kerana saya cemburu atau iri hati dengan pendapatan mereka-mereka ini. Tapi saya sebenarnya simpati kepada yang betul-betul susah dan terdesak yang mana mereka kononnya merasakan hanya inilah penyelesaian kepada masalah kewangan mereka tetapi akhirnya hilang kisah dari susah nak senang, langsung jadi bertambah melarat sebab kena tipu. Tambah simpati bila yang ditipu dan yang biasanya terjebak dengan skim-skim begini bukanlah orang lain, sebaliknya bangsa melayu yang lazimnya seagaama dengan saya. Dan tambah menyedihkan bila ada yang menyertainya apabila ia disogok-sogokkan dengan hadiah perjalanan umrah, haji dan sebagainya.
Saya yakin dari 100 orang yang menyertai skim perniagaan sebegini, 10 orang daripadanya dah tahu ianya berisiko tetapi hanya mencuba. Tetapi bagaimana dengan 90 orang lagi yang betul-betul yakin dan percaya bulat-bulan kepada orang yg memperkenalkan skim ini kepada mereka? Bagaimana pula kalau dah kita sedar sistem perniagaan ini tak sah dan cara perolehan wangnya juga tidak sah, abis bagaimana pula dengan ibadat haji dan umrah yang dibiayai dengan wang ini tadi? Biasalah... yang dibelakangnya yang buat plan pun bukannya orang islam. "Aiiya.. ini manyak bagut maa.. pasti mereka suka punyerr".
Samalah keadaannya bila salah seorang teman saya berbangsa cina mengatakan; "Ini halal maa.. daging ayam!". Sebab bagi mereka melayu (islam) cuma tak makan babi. Melayu makan ayam. Mereka tak tahu yang ayam pun kalau tak disembelih, adalah haram. Mereka tak tahu walaupun ayam, dan walau ia disembelih sekalipun tetapi kalau tak mengikut syarat sah sembelihan ianya tetap haram.
Walau bagaimana pun dalam mengulas isu money game ini, saya tak nak ulas dari konteks agama sebab saya kurang arif. Mungkin boleh rujuk dengan orang yang lebih arif seperti Ustaz Zaharuddin atau yang lain-lainnya. Di sini saya cuma mengulas dari sudut aqlinya sahaja.
Harapan saya, kepada yang terasa dirinya sekarang berada dalam permainan money game ini, baiklah berhenti sekarang sebelum terlajak lebih jauh lagi. Rugi duit mungkin tidak sekiranya anda dah lama menyertai dan anda rasakan sudah balik modal. Tetapi sekurang-kurangnya anda tidak akan jadi mangsa sumpah seranah, maki hamun dan caci maki orang bawahan anda sekiranya terjadi apa-apa selepas ini. Nama, air muka dan maruah diri bukanlah boleh dinilai dengan wang ringgit...

Categories:
Pendapat