Latest Stories

Tiga puluh tahun yang silam umum dapat menyaksikan satu pilihan raya umum yang berakhir dengan tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei (1969).

Ketika itu parti-parti pembangkang begitu kuat dan berpengaruh serta terdiri daripada PAS, DAP, PSRM dan sebuah lagi parti yang dinamakan Parti Gerakan Rakyat (Gerakan) yang dipelopori oleh para cendikiawan dan bijak pandai Melayu dari menara gading bersama-sama dengan Dr. Tan Chee Koon dan Dr. Lim Chong Eu.  



Dengan kehebatan mereka, Pulau Pinang bedaya ditawan.  Dalam masa yang amat singkat sekali parti yang baru ditubuhkan bermula sebagai sebuah parti multi-racial, sama seperti parti KeADILan yang ditubuhkan sejak Anwar dipenjara akhirnya Gerakan yang mulanya sebagai pembangkang menyertai BN bertukar menjadi parti untuk satu kaum saja.  Hari ini tak ada satu kerusi Gerakan pun yang menjadi milik Melayu. Melayu yang bersemangat dengan politik berbilang kaum hilang Pulau Mutiara.

Orang lain dapat pulau.  Melayu Pulau Pinang pula menjadi pening.  Mereka cuma dapat kulitnya saja. Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.

Walaupun kebiruan air laut Cina Selatan pada waktu petang tidak begitu indah, namun ianya tenang dan damai.  Warna dan pantulan sang mentari yang kian menyentuh ufuk Barat mencerminkan apa yang sedang berlaku di alam maya. Suasana seperti ini menghanyutkan fikiran akan untuk pergi lebih jauh dan merenung dengan ingatan dan hati tentang akan masa depan bangsa dan tanah air tercinta, di mana rakyatnya kini berada di dalam dilema, di dalam kebimbangan ibarat kata orang tua-tua diluah mati emak, di telan mati bapak. Begitulah keadaan perasaan apabila dikuasai oleh emosi.

Keindahan langit, pantai dan lautan yang terbentang luas semuanya adalah ciptaan Tuhan. 'Subhana Allah', segala puji bagi Allah. Itulah saja yang dapat dilafazkan.  Alhamdulillah.  Syukur ya Allah kerana menghidupkan kita dalam dua dimensi.  Dengan ilmu yang Kau beri kita dapat melalui kehidupan di alam nyata dan di alam ghaib.

Terlebih dahulu marilah kita mengucap berbanyak-banyak syukur ke hadrat Allah SWT kerana negara kita masih aman dan kita masih dalam keadaan yang selamat. Tuhan masih sayangkan kita semua jika dibandingkan dengan saudara-saudara kita di negara jiran Indonesia akibat mahu menjatuhkan pemimpin. Itulah padah yang diterima akibat membiarkan beberapa orang petualang yang menjadi alat kepada kuasa luar dan kuasa dalaman yang dipengaruhi oleh iblis yang akhirnya menghancurkan kemerdekaan, keamanan dan kebahagian hidup satu masyarakat dalam sebuah negara yang berdaulat.

Keindahan alam semulajadi yang cuba diperlihatkan tadi membuktikan rahmat dan kekayaan Allah SWT.

Demi Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dan Pencipta, sesungguhnya segala sesuatu yang berada di langit, di bumi dan di lautan adalah amanah-Nya kepada kita semua. Maka ia menjadi kewajipan kita untuk menjaga amanah yang telah diletakkan ke atas bahu kita. Banyak tulisan mengambarkan alam demi untuk membuka fikiran manusia terhadap kebesaran dan keagungan Tuhan.

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga serta para sahabatnya. Semuga tiada lain darinya yang kita jadikan ikutan semasa mengabdikan diri dengan Tuhan.

Jalan yang akan kita lalui mempunyai banyak ranjau. Insya Allah kita akan melaluinya dengan minda yang terbuka dan perancangan yang kemas.  Kita akan menambah usaha kita dan berserah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kita adalah hamba Allah. Menyalahkan takdir adalah sama dengan menyalahkan Tuhan. Yang baik datang dari Allah, yang tak baik datangnya dari perbuatan kita sendiri.  Jika kita tidak berusaha memperbaiki diri kita dan tidak berusaha sedaya upaya maka diri sendirilah yang harus kita persalahkan. Tambatkan perahu kita dahulu sebelum berserah kepada Allah.

Mari kita cuba bertafakur di tepian pantai sambil menghirup udara laut yang segar dan nyaman. Daun nyiur melambai lambai ditiup angin seolah-olah menyampaikan sesuatu di waktu senjakala, ketika siang akan digantikan dengan malam. Di kesempatan begini, marilah kita memikirkan tentang diri, tentang manusia, tentang alam dan terutama sekali perihal hubungan antara roh dengan Penciptanya. Memang ada kalanya kita perlu menyendiri mengosongkan segala-galanya dari ingatan kehendak dan kemahuan duniawi. Ingatan hanya untuk Allah, Allah Yang Maha Esa, Tuhan yang kita sembah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah SWT.

"Kamu tidak lain hanyalah seorang pemberi ingatan"
  Faathir,ayat 23

Seperti diwahyukan dalam AI-Quranulkarim, Allah SWT telah pun menyempurnakan Din-Nya serta melimpahkan rahmat-Nya dan menamakannya Islam, maka amat mustahil untuk membayangkan bahawa Rasulullah SAW telah diutuskan tanpa ilmu untuk memimpin umatnya hidup bennasyarakat, membentuk ummah yang unik dan tersendiri. Teladan ini telah pun ditunjukkan dan dicatatkan untuk dicontohi oleh umat Islam yang kemudian. Peradaban yang dibawa dan dilaksanakan oleh baginda ialah politik. Mengikut Nabi dan Rasul terakhir politik di laksanakan dengan contoh akhlak yang terpuji.

Jika demikian Allah selalu mengingatkan Rasulullah SAW yang paling dikasihi-Nya sekadar seorang pemberi ingatan. Oleh itu bagaimanakah kita (sebagai penyambung tugas-tugas baginda) tergamak melakukan lebih daripada itu.

Hubungan sesama manusia terutama mereka yang mengaku Islam dalam hal silatulrahim antara umat Muhammad SAW kini nampaknya sudah tidak mempunyai erti apa-apa. la membuat ramai yang merasakan sedih dan pilu kerana tidak mahu mengikut jalan yang satu.

"Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah orang yang pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah"
  Faathir, ayat 5

Bagaimana keadaan seburuk ini boleh berlaku sedangkan hubungan sesama manusia itu sama pentingnya dengan hubungan dengan pencipta-Nya?  Mengapakah mereka yang menyuarakan AI-Quran untuk menyerang sesama Islam boleh melupakannya?

"Dan kami tidak mengutus kamu (Muhammad), melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui"
    Surah Saba, ayat 28

Sewaktu hayatnya, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa bertafakur atau bermeditasi dengan tujuan mencapai tingkat pemikiran yang paling mendalarn bagi memecahkan sesuatu permasalahan adalah merupakan satu ibadat. Walaupun ianya hanya untuk seminit, ganjarannya sama seperti beribadat seratus tahun apa lagi jika kita dapat melakukannya setiap saat dan waktu tidak kira dimana juga kita berada. Yang penting kita sentiasa mengadakan perhubungan yang rapat dengan-Nya, siapa lagi, di mana lagi tempat kita mengadu dan mengharapkan pertolongan.  Hendak mengadu pada manusia mereka sudah terlalu angkuh dan dikuasai ego. Tiada daya dan upaya selain dari Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Agung.

Mana tahu dalam bertafakur dan bermeditasi itu kita dapat bertemu dengan Nabi Allah Hidir a.s. Nabi Musa a.s. pun dahulu pergi jumpa Nabi Hidir a.s. di tepi laut. Nabi Hidir menjelmakan diri. Kita perlu tengok ke laut dan memandang ke langit. Siapa tahu kalau-kalau ada berita dari langit yang dapat membantu menyelesaikan kemelut rakyat Malaysia hari ini.

Biar pun Hidir telah mengingatkan Musa jangan banyak bertanya jika mahu belajar sesuatu mengenai mistik, Musa tetap bertanya. Kenapa Hidir membunuh seorang anak muda dan membocorkan kapal ?  Nak tahu jawapan cuba baca surah AlKahfi.

Bertafakur dan berzikir, membenarkan diri menghilangkan segala-galanya, sehingga semuanya jadi kosong, maka yang ada cuma Tuhan semata-mata.  Bermeditasi secara mendalam adalah penting bagi memperolehi tenaga dalam. Kita perlukan kekuatan dalaman untuk menyelesaikan masalah luaran. Kita perlu kembali kepada-Nya kerana dari Dia kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali. Kita kena reda. Dia boleh ambil apa saja yang dipinjamkan dengan apa saja cara yang dikehendaki-Nya kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Cuba renung dan perhatikan.

Merenung dengan mata hati akan memperlihatkan kepada kita bahawa bagi Allah segala kehebatan alam fizikal yang berada di hadapan kita hanyalah tidak lebih dari serpihan debu yang terumbang-ambing ditiup bayu. Kepada siapa kita hendak mengadu jika tidak pada-Nya yang bersifat Pemurah lagi Amat Pengasihani untuk menyelamatkan setiap makhluk yang telah diciptakan di atas bumi bertuah ini. Masakan Dia baru meletakkan Anwar Ibrahim dalam penjara maka kita mesti menimbulkan huru hara di dalam negara ?

Kita kini berada di dalarn dharurat akidah dan pemikiran umat telah dirosakkan oleh manusia yang mengelarkan diri sebagai pemimpin dan ulama. Mereka menimbulkan pelbagai masalah dan mengambil kesempatan dari kesempitan tapi tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikannya.

Kalau kita mahukan dunia maka kita mesti perolehinya dengan ilmu. Begitu juga dengan akhirat. Itu pesan Nabi. Kalau kedua-duanya itu kita tak cukup, macam mana mahu mengambil alih tampuk pemerintahan negeri. Inilah masalah yang sedang fikirkan. Kalau anda kata tak sayang ulama, itu satu dosa, tak menghormati ulama juga satu pembohongan, tapi mahu bersetuju dan bersekongkol dengan ulama yang mahu merebut kuasa politik untuk kepentingan parti.  Maaf .. jangan kita cari pasal .. jauhkan diri dari mereka!.

Nikmat terbesar yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada makhluknya yang bernama "manusia" ialah akal untuk berfikir, menguji dan mengkaji bagaimana sesuatu masalah itu dapat diselesaikan. Sebaliknya bila mereka menggunakan ilmu dan pemikiran untuk menimbulkan masalah dan menimbulkan kacau bilau, kita sepatutnya tak boleh terima. Kerja buat kacau, timbulkan kecuh yang boleh menyusahkan orang ini adalah kerja syaitan. Tapi sayangnya manusia yang telah diberi petunjuk, di beri AlQuran masih tidak mahu berfikir, tidak mahu lagi menggunakan akal untuk membezakan yang mana satu haq dan yang mana satu batil. Itu tandanya manusia yang angkuh dan sombong, dan manusia yang telah terlupa siapakah diri mereka.

Categories: