Latest Stories

Salah satu kelemahan yang sering disuarakan berhubung dengan masalah hak hak asasi di Malaysia ialah betapa perlembagaan kita tidak cukup lengkap. Pedembagaan kita dikatakan tidak serba merangkum. Antara yang disebut dalam konteks ini termasuklah apa yang dipanggil sebagai larangan terhadap penderaan, hak untuk hidup dalam persekitaran yang tidak dicemari dan seumpamanya Selain itu Bahagian 2 juga dianggap tidak sempurna kerana ia tidak melindungi peruntukan-peruntukan berkenaan daripada dipinda atau dikurangi kepentingannya oleh Parlimen. 



Pendapat-pendapat ini tidak seratus peratus salah. Bagaimanapun ada contoh-contoh negara yang pedembagaan mereka tidak begitu 'sempurna' atau 'lengkap' tetapi pelaksanaan hak-hak asasi tidak menjadi isu besar. Sesetengah negara tertentu, seperti United Kingdom, malah tidak mempunyai pedembagaan bertulis pun. Ini bermakna bahawa meskipun perlembagaan bertulis yang mengkanunkan peruntukan-peruntukan hak asasi itu penting tetapi yang lebih kritikal dalam menjamin perlindungan dan pelaksanaan hak-hak asasi ialah sikap dan komitmen pihak berkuasa.

Sikap dan komitmen pihak berkuasa ini - Parlimen, polis dan seumpamanya - penting kerana keputusan dan tindakan mereka memberi kesan langsung kepada rakyat biasa. Dari keputusan ke atas permohonan mengadakan rapat umum hinggalah kepada kuasa untuk mengambilalih tanah, kesemuanya memberi kesan langsung kepada hak-hak rakyat, baik sebagai individu mahupun masyarakat. Pelaksanaan Peruntukan Perlembagaan - Antara Ideal dan Kenyataan Sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi kayu ukur kepada undang-undang dan tindakan pihak-pihak berkuasa, peruntukan perlembagaan boleh digunakan untuk mempersoal sarna ada undang-undang lain sah atau sebaliknya.

Bagaimanapun oleh kerana perlembagaan telah mengizinkan Parlimen mengenakan
sekatan atas pelbagai alasan maka pada hakikatnya kebanyakan hak yang diisytiharkan sebagai asasi itu hanya tinggal nama sahaja. Antara contoh yang sering disebutkan ialah hak-hak untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini pelbagai alasan disediakan untuk menyekat hak-hak yang disebut di situ6 menyebabkan ia kelihatan bagaikan memberi sesuatu dengan tangan kanan dan kemudiannya merampas kembali dengan tang an kiri. Seperti yang dinyatakan di atas, inilah masalah peruntukan-peruntukan mengenai kebebasan asasi di Malaysia.

Berdasarkan kepada senario ini tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa peruntukan peruntukan itu pada praktiknya hanya bersifat kosmetik semata-mata. Masalah lain ialah selain hanya dibenarkan untuk warganegara sahaja hak-hak itu hanya boleh dinikmati tertakluk kepada ihsan penguasa. Penerbitan akhbar dan majalah - yang amat penting dalam konteks kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat - tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di dalam Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984. 


Meskipun kawalan dan sekatan di bawah undang-undang ini telah dijustifikasikan dengan pelbagai alasan muluk (dari keharmonian kaum kepada keselamatan negara) apa yang berlaku ialah undangundang berkenaan telah digunakan untuk menyekat dan menyusahkan penerbitanpenerbitan yang kritikal terhadap kerajaan, pemimpin dan dasar-dasar mereka.

Begitu juga keadaannya dengan hak untuk berhimpun dengan aman yang telah diletakkan di bawah kawalan polis yang diberi kuasa untuk mengeluarkan permit di bawah Akta Polis 1967. Undang-undang ini tidak menyebut secarajelas alasan bagi menafikan permohonan permit untuk mengadakan perhimpunan: ini semua terletak


Categories: