* BERSETUJU benarlah saya dengan kenyataan – sebenarnya keluhan! – Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai penggunaan sepenuhnya media baru oleh pihak pembangkang.
Selasa lalu Menteri Dalam Negeri itu dakwa pembangkang menerusi media baru telah menghasut rakyat ambil bahagian dalam aktiviti menyalahi undang-undang demi keuntungan politik mereka.
Beliau berkata: “Pada hakikatnya berita dipaparkan pembangkang tidak betul. Kerajaan sukar menerangkan keadaan sebenar walaupun pelbagai saluran media sedia ada digunakan, berikutan meluasnya penggunaan media baru oleh pembangkang.”
Kalau menteri sudah tahu penjelasan menerusi media sedia ada – akhbar, radio, TV – tidak berkesan, mengapa tidak beralih kepada media baru? Pembangkang guna media baru, kerajaan pun kena guna media baru. Persepsi umum sekarang, terutama dalam kalangan anak muda, ialah akhbar, radio dan TV yang dimiliki secara langsung atau ‘dikawal selia’ kerajaan, semuanya tidak benar, mengarut, mengampu.
Ada laman web atau blog dikendalikan parti kerajaan, tetapi isinya sama dengan akhbar, radio dan TV milik kerajaan. Orang tidak baca, kalau baca pun mereka tidak percaya. Kerajaan kena ada blog atau portal berita yang dilihat bebas. Tidak payah heboh-heboh hendak buat blog atau web, sebab kalau orang tahu itu milik kerajaan, orang tidak baca juga. Isinya pun jangan nampak sangat bodek kerajaan, kena munasabah dan adil.
Sebenarnya ada banyak web, portal berita dan blog pembangkang yang juga tidak dibaca sebab terlalu mengagungkan pembangkang. Anak muda kita sudah boleh berfikir, tidak boleh digula-gulakan baik oleh pembangkang atau pun kerajaan.
* NAMANYA media baru, tetapi bukan baru sangat di tempat kita. Internet, web, blog lama wujud dan jadi sumber informasi kepada masyarakat siber, terutama remaja. Cuma sesetengah menteri dan pemimpin parti tidak lihat potensi serangan siber. Boleh jadi mereka buta IT, dan tidak ikuti perkembangan ICT. Contoh, sesetengahnya tidak tahu pun apa ‘tetikus’, macam mana hendak menggunakannya?
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 dulu ramai menteri dan pemimpin kerajaan tidak percaya pengundi boleh terpengaruh dengan apa dipaparkan dalam internet.
Mereka yang pada saat itu hanyut dalam keselesaan, percaya keindahan dan hubaya-hubaya disiarkan media arus perdana. Itu bagus, ini okey, atas cantik, bawah molek.
Pendek kata kalau ikut media perdana, semua tanggung beres. Mereka tidak ambil kira kewujudan media baru.
Akibatnya, BN hilang kekuatan dua pertiga di Parlimen, dan terlepas beberapa negeri. Bila buat ‘pos mortem’ barulah diakui peranan dan kesan media baru. Apa boleh buat, tahi kambing bulat-bulat!
Sebaran maklumat menerusi siber kini lebih hebat, dan cepat. Tidak sahaja blog dan laman web, orang kini berhubung setiap saat menerusi ‘Facebook’, ‘Twitter’ dan lain-lain laman sosial. Betul tidak betul maklumat yang diterima, belakang kira. Apa yang pasti satu persepsi – positif atau negatif – telah ditanam dalam minda. Sekiranya tidak dibetulkan segera, persepsi itu akan bertukar menjadi tindakan. Sebab itu kerajaan pun kena proaktif seperti pembangkang. Gunakan sepenuhnya media baru untuk menyebarkan maklumat. Sekarang bukan masa untuk menuduh pembangkang menyebar maklumat palsu menerusi media baru. Sekarang adalah masa untuk sama-sama memanfaatkan media baru untuk beri penjelasan.
Malangnya sesetengah laman web kerajaan nampak seperti tertinggal 50 tahun ke belakang. Maklumat tidak dikemas kini, cara ia dipaparkan pun tidak kreatif langsung.
Kalau web rasmi pun tidak dikemas kini, macam mana hendak lawan pembangkang yang selalu peka di alam siber?
* AKHIR kalam, dulu-dulu Benazir Bhutto (kini arwah) adalah Perdana Menteri wanita paling cantik di dunia. Rekod itu dipecahkan oleh Yingluck Shinawatra, yang minggu lalu jadi PM ke-28 Thailand, sekali gus mencatat sejarah sebagai PM wanita pertama di Negara Gajah Putih itu.
Pada usia 44, wanita beranak satu itu sepanjang kempen pilihan raya kelihatan lebih sebagai bintang filem daripada ahli politik. Thailand sudah, Filipina sudah (Corazon Aquino & Gloria Arroyo Macapagal), Indonesia pun sudah (Megawati Sukarnoputri). Bila pula Malaysia akan ada PM wanita? Kita pun ada ramai cantik seperti Yingluck!

Categories:
Cetusan