FILEM lama, plot yang sama, pelakon pun hampir-hampir sama. Seyogia diingat, tidak ada watak jahat, semua jadi hero. Kini, siri separuh komedi itu diulang tayang buat ke sekian kalinya, untuk tontonan rakyat jelata.
Sekiranya yang diputar berulang kali itu ialah filem-filem klasik P Ramlee, seperti ‘Seniman Bujang Lapuk’, ‘Do, Re, Mi’, ‘Madu Tiga’, ‘Ibu Mertua Ku’ dan sebagainya, tentu ramai yang suka. Boleh juga menjadi penghibur di kala duka.
Tetapi drama usang yang satu ini amat membosankan, dan menyakitkan hati. Publisiti dan iklan mengenainya dibuat berlebih-lebihan, mengisi hampir semua media cetak, media elektronik, hatta media maya.
Anehnya, setelah masing-masing meniup trompet dan memukul canang heboh ‘satu Malaya’, semuanya jadi sepi. Apa yang mula-mula panas, tiba-tiba dingin macam mayat. Apa yang sudah tegang, tiba-tiba kendur dan mati terus.
Jangan salah sangka, saya sebenarnya bercakap mengenai debat politik. Inilah cerita lama yang diulang tayang.
Mula-mula Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat. Isunya ialah ‘Pelan 100 Hari’ Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang mentadbir negara, selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Najib menganggap pelan itu sebagai mustahil untuk dilaksanakan.
Pemimpin PKR yang juga Ketua Pembangkang itu terus mendesak, tetapi Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri tidak sudi untuk berdebat. Penyokong PR kata Najib penakut. Penyokong BN kata usah dilayan kehendak Anwar.
Ketika PM buat tidak peduli, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pula tidak fasal-fasal menjawab cabaran Anwar. Menantu mantan Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Rembau berasa dia sahaja sudah cukup untuk berlawan dengan mantan Timbalan Perdana Menteri.
Anwar tidak sudi Khairy, sebaliknya tetap mahukan Najib berdasarkan kapasiti orang No.1 itu selaku Menteri Kewangan selain merupakan individu yang mendakwa Pelan 100 Hari pembangkang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan negara bankrap.
Katanya seperti yang dilaporkan media: “Ini berkaitan ekonomi yang terletak di bawah Menteri Kewangan. Bukannya urusan ahli Parlimen yang hendak bersara. Khairy sebenarnya cuba menyelamatkan bos beliau.”
Kemudian, Ummi Hafilda Ali tumpang sekaki. Dia pula berapi-api mencabar Anwar berdebat. Lari dari tajuk asal ‘Pelan 100 Hari’, Ummi yang satu ketika dulu glamor sebagai saksi utama mahkamah dalam kes Anwar, mahu tajuk debat ditukar mengenai kebenaran kes salah laku seks pemimpin PKR itu. Anwar menganggap cabaran Ummi itu sebagai ‘hanya soal nyamuk.’
Isu debat Anwar-Najib dihangatkan lagi oleh Datuk Syed Ali Alhabshee. Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menganggap Anwar perlu menjawab 10 soalan terlebih dulu – salah satunya mengenai kes liwat – sebelum layak berdebat dengan Perdana Menteri.
Katanya: “Ahli Parlimen Permatang Pauh itu cukup pintar berdolak-dalik, berbohong dan memanipulasikan keadaan supaya rakyat simpati kepada beliau. Anwar sebenarnya tidak layak untuk berdebat dengan mana-mana pihak pun, apatah lagi dengan Najib.” Tajuk asal sudah lari, tetapi pemain-pemain politik tetap mahu debat Anwar-Najib diteruskan. Tidak dapat dipastikan bila debat raksasa itu akan diadakan, tetapi para juak dan kaki bodek kedua belah pihak menjadikan ini sebagai isu untuk mendapatkan keuntungan politik @ keuntungan peribadi.
Belum habis isu debat Anwar-Najib, tiba-tiba Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dicabar berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan. Isunya ialah kenyataan beliau bahawa “mereka yang tidak menyokong Pas adalah jahiliah.”
Pengerusi Biro Agama dan Ulama, Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Mohd. Noor Deris yang mendakwa setaraf dengan Mursyidul Am Pas itu dilaporkan akan menghantar surat untuk mengadakan debat dengan Nik Aziz. Tetapi Menteri Besar Kelantan itu siang-siang tidak setuju.
“Debat dengan Mohd. Noor mengarut, saya hanya debat dengan yang berkuasa sahaja, kalau yang duduk di universiti tidak payah, Mohd. Noor tidak ada dalam senarai,” kata Nik Aziz. Beliau hanya mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa agama tetapi meletakkan syarat bahawa debat itu perlu dilakukan secara terbuka.
Sebenarnya sebelum ini pun kita sudah mendengar banyak cerita mengenai debat antara pemimpin kerajaan dengan pemimpin pembangkang. Kadangkala isunya remeh-temeh tetapi digembar-gemburkan bagaikan gunung berapi hendak meletup.
Berminggu-minggu kedua pihak saling cabar-mencabar. Fakta berbalas fakta, hadis berbalas hadis, nas ditangkis dengan nas. Pendek kata kedua belah pihak sama handal, sama-sama juara. Tetapi, cakap yang berdegar-degar itu akhirnya kosong belaka. Kerap sangat debat tidak jadi!
Pada hemat saya, sama ada isu besar atau isu remeh, tidak perlu adakan debat. Sebab sama ada terbuka atau tertutup, dirakam atau disiarkan secara langsung, debat seperti ini hanyalah bertujuan politik semata-mata.
Jangan buang masa dengan acah-acah debat seperti itu. Lebih baik tumpukan usaha membela rakyat, menghapuskan rasuah yang semakin berleluasa, dan menghentikan salah guna kuasa yang melampau.
Rakyat sudah bosan dengan ‘politiking’, dan mula memerhatikan dengan serius apa yang terjadi di Tunisia dan Mesir. Jangan sampai bahang di rantau Arab itu merebak ke sini.

Categories:
Ilham