Apabila kesedihan melanda, seorang rakan saya selalu cuba hiburkan hatinya dan kawan-kawan sekelilingnya dengan menjerit lagu lama yang bahagian kedua liriknya berbunyi:
Ramai-ramai kita bersuka; jangan ingat susah sengsara; kita mahu senyum ketawa; oh oh... jangan masam muka!.
Memang baik senyum dan ketawa, tetapi mesti kena pada tempatnya. Jika tidak nanti dianggap ada yang tidak kena.
Pertandingan Maharaja Lawak, umpamanya, memang tempat sesuai bagi mereka yang sanggup ambil risiko buat penonton ketawa dengan kreativiti mereka atau diketawakan disebabkan ketidakmampuan peserta melahirkan bibit-bibit kelucuan.
Tetapi, apabila kepala perempuan dibotakkan tanpa sukarela seperti yang terjadi di Marang, Terengganu 2 Mei lalu, ia bukan boleh dijadikan bahan ketawa lagi.
Kalau tidak masakan keluarga bekas pelatih di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Alor Setar itu hingga sampai hati menolak permohonan maaf daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan!
Menteri berkenaan, Datuk Chor Chee Heung, yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata: “Sekiranya ibu bapa berasa terkilan dengan hal itu, saya mohon maaf penuh ikhlas.”
Terlajak perahu boleh patah balik, tetapi kalau kepala sudah digondolkan, tidak ada jalan kembalikan segera rambut yang hilang. Kata orang, Itulah masalah jika buat sebelum fikir.
Menurut Chee Heung, kes itu adalah yang pertama di akademi itu dan tidak disengajakan, tapi mereka yang bertanggungjawab patut sedar, kes-kes yang berlaku, walaupun sepatutnya boleh dielakkan bukanlah perkara baru di negara ini.
Yang diperlukan sedikit budi bicara, bukan main ikut peraturan , apa lagi perasaan begitu sahaja.
Teringat pada suatu ketika, staf saya hubungi pihak terlibat dengan keadaan cuaca di sebuah negeri dan bertanya sama ada kita boleh tahu paras air di sungai. Jawab kakitangan itu: “Tak boleh; mesti dapatkan kelulusan pengarah dahulu”.
Sementara masih dengan tajuk botak, teringat pula berita Datuk Lorna Enon Mulun dua hari lalu. Jika pelatih bomba itu tidak puas hati dibotakkan, Lorna, isteri bekas Ketua Menteri Sarawak itu, menawarkan kepalanya dibotakkan. Tapi botaknya ada makna!
Dengan tindakan berani itu, beliau mendapatkan sumbangan RM1 juta untuk Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak.
Balik kepada program Maharaja Lawak yang disiarkan di Astro selama 13 minggu itu. Seluruh negara sakit perut dengan telatah peserta, terutama kumpulan Sepah yang pastinya paling kuat ketawa kerana jadi juara dengan hadiah RM350,000.
Pada masa yang sama, seorang wakil rakyat Pas dari Kelantan, Abdul Halim Abdul Rahman, menegaskan rancangan seperti itu perlu diganti dengan program yang boleh ingatkan penonton kepada agama.
“Pertandingan realiti itu tidak memberikan faedah. Lebih baik diisi dengan rancangan agama seperti ceramah Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat),” katanya.
Cakap mengenai ketawa, terdapat pihak yang susah payah menubuhkan persatuan atau kumpulan semata-mata untuk mempromosikan amalan ketawa.
Ada kajian menunjukkan bunyi hilai ketawa lebih berjangkit daripada batuk atau bersin. Apabila anda berkongsi ketawa, katanya, ia menjalinkan perhubungan, meningkatkan kegembiraan dan kemesraan. Di samping kesan domino keriangan, ketawa juga menggerakkan perubahan kesihatan dalam badan. Katanya, kelucuan dan ketawa menguatkan sistem kekebalan anda, menguatkan tenaga, menghilangkan kesakitan dan melindungi anda daripada kesan kerosakan stres. Paling baik, ubat yang tinggi nilainya ini anda dapat secara percuma dan mudah diamalkan.
Patutlah banyak tempat di banyak negara orang tubuhkan persatuan mari ketawa. Kegiatan mereka mudah; berkumpul di tengah padang dan ketawa habis-habisan dan sekali sekala, anjur pertandingan ketawa.
Akhir kalam, teringat sebuah cerita lucu. Seorang doktor lelaki mengendali seorang wanita yang mahu bersalin dan nasihatkannya jangan menjerit, walaupun sakit.
Kata wanita itu: “Tuan doktor cakap senang. Tapi kalau tuan doktor sendiri hendak bersalin, tuan doktor pun tentu akan menjerit.”
Doktor lelaki itu menjawab selamba: “Kalau saya yang bersalin, bukan saya seorang sahaja menjerit; seluruh dunia akan turut menjerit!”
Ulama besar Dr Yusof Qardhawi gariskan lima etika dalam bergurau senda, iaitu:-
1) Tidak gunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
2) Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain kecuali diizinkan orang tersebut.
3) Melawak tanpa menakutkan orang lain.
4) Janganlah melawak di tempat yang serius dan janganlah serius di tempat yang patut melawak.
5) Hendaklah melawak sekadar yang perlu dan tidak berlebihan.
Nabi SAW bersabda: Maksudnya : “Janganlah banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.”
Saidina Ali berkata: “Masukkan lawak dalam kata-kata sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”

Categories:
Ilmu