Latest Stories

Assalamualaikum. Awas! Luahan hati seorang blogger lelaki tentang apa itu cinta.


Teringat kecil-kecil dahulu, banyak orang cakap jangan bercinta waktu sekolah. Biasanya cikgu lah banyak bagi nasihat macam itu. Sebabnya cinta itu hanya sementara, as known as cinta monyet (Tapi ada je yang berkekalan kan). Aku pun tak tahu kenapa istilah itu digunakan, ada mengena ea? heee




Prinsip yang diterapkan dalam hidup itulah aku amalkan dari sekolah rendah hingga menengah. Walaupun zaman sekolah dahulu ada jugalah bibit cinta mula terungkap, tapi disebabkan alasan “cinta monyet” lah aku tak mahu benda-benda itu. Kelakar bila difikirkan zaman itu, bila diri kita ada admire dan kita pula admire kan orang lain. haha. Tapi pada aku, just admire dan tiada niat langsung untuk kenal apa itu cinta. Faktor lain terpenting ialah , aku ini seorang yang amat pemalu.Sampaikan gegar kepala lutut nak berhadapan dengan awek-awek sekolah ini,heee. Makanya single lah ketika zaman persekolahan.


Paling penting kena percaya antara satu sama lain. Jujur dengan diri sendiri dan juga kepada si dia. Nasib baik wujudlah teknologi kan, terima kasih kepada Celcom , Yahoo Messenger dan Skype kerana merapatkan lagi hubungan dua hala kami, heee.


Walaupun sebelum ini agak susah untuk berjumpa..Tapi dia akan menetap di Kuala Lumpur.. Keraplah untuk bersua muka dan berjumpa...


So sekarang dipendekkan cerita, syukur aku akan menamatkan zaman bujang  pada bulan November ini.. Tarikh 1/ 11 / 2011... Walaupun perkenalan yang singkat , alhamdulilah di restui oleh keluarga kedua belah pihak...


Cukup sudah cerita ceritan. Sekadar entry cinta seorang lelaki, haha. Tak banyak blogger lelaki berani katakan mereka ini “not available” kan?



Bicara Cinta

Di hatiku ada cinta
Di hati mu bertunas cinta
Sudikah kau bercinta
Kita temukan dua jiwa
Kemari cantumkan dua hati menjadi satu .


Biar perasaan terus merindu
Sedang hati sudah berpadu
Biar mata ingin bersua
Walau jiwa sudah bersama
Biar telinga mahu mendengar
Kerana mulut selalu berkata .


Kita menulis membelai cinta
Membena rasa bahagia
Jauhi duka derita .


Sabar menunggu saat bersama ...

Categories: