Latest Stories




Image
Duduk lagi persidangan politik kedai kopi. Bercakap-cakap sampai dinihari. Perubahan tidak ada lagi, teh dan kopi dihirup cawan demi cawan – harga mungkin naik lagi.
Ha..PAS dah tolak ulama kata ahli persidangan itu. Mereka sudah mula melihat politik sebagai keutamaan dan agama sebagai nilai sampingan. Guna agama untuk mendapatkan sokongan Melayu.
Ala...sampuk seorang lagi jemaah politik kedai kopi, bila mereka berjubah dan berserban kita kata ortodoks agama, bila yang pakai kot naik kuasa kita kata tolak ulama tapi kalau fikir-fikirkan ahli mereka memilih dan menukar kepimpinan – satu transformasi PAS. Ada yang kata PAS sedang melakukan gerakan pembaharuan kerana kalau mahu memimpin negara PAS kena juga disokong oleh semua rakyat tidak kira kaum. Itu yang sedang mereka lakukan – gerakan pembaharuan dalam PAS. UMNO bila lagi ..

Ye, juga kan. UMNO dah lancarkan transformasi politik tetapi baru-baru ini PM Najib ada keluar kenyataan agar ahli jangan bergaduh sesama sendiri. Pergaduhan itu melemahkan UMNO dan transformasi politik semakin jauh dapat dilaksanakan. Rakyat sedang tengok dan meneliti apa transformasi yang mahu dibuat. Kena drastik lah..baru nampak. PAS tendang kepimpinan ulama UMNO tendanglah kepimpinan ortodoks yang masih guna cara dan pemikiran lama. Kita tidak mahu lagi kepimpinan UMNO sibuk menentukan diri untuk jadi calon dan dilantik jadi menteri. Kalau itu saja yang mereka hendak – campak aje ke laut. Melayu yang rugi nanti.
Tapi, kadang-kadang kepimpinan UMNO ini ok tapi yang tak ok benteng yang timbul sekeliling mereka. TS Muhyiddin Yassin pernah berkata, entah kat mana aku baca, dia tegur kakitangan kerajaan dan orang keliling dia, kata semua ok nanti tahu-tahu ko. Aku rasa mereka di sekeliling dan yang rapat, macam Pegawai Khas, Setiausaha Politik dan pegawai lain perlu bukan sahaja datang dari orang politik tetapi dari kalangan aktivis kemasyarakatan. Itu baru betul kepimpinan itu, menteri itu - nak tahu apa sebenarnya berlaku dalam kelompok kecil rakyat – yang berniaga, yang bekerja dengan swasta, yang menganggur dan tahu apa masalah rakyat. Kalau orang politik aje..tugas pasti membodek – takut nak bertentang pendapat dan asyik mengharapkan sokong menteri itu untuk peningkatan kedudukan dalam politik.
Tapi mungkin menteri dan Timbalan Menteri nak orang yang jadi pak pacak dan pak sanggup aje di keliling, baru senang kerja pemimpin ini, tak payah nak bertekak – semua orang keliling asyik setuju dan setuju – kan mudah..
Betul la tu, mudah ..tapi terlalu mudah juga bila rakyat dah bosan dengan kepimpinan itu yang asyik bercakap-cakap tetapi tidak pernah faham dan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kalau macam itu jangan bicaralah mengenai transformasi...tak akan berubah..selagi kita mahu ia berubah. Akhirnya UMNO juga yang akan rasa beban kena tendang masa pilihan raya dan Melayu juga akan rugi...kalau PAS nak berubah UMNO bila lagi..

Categories: