Anda kenal Justin Bieber? Penulis sendiri tidak berapa kenal penyanyi muda ini, namun ketika Justin datang mengadakan konsertnya di Malaysia, dianggarkan 17,000 penonton memenuhi stadium Negara.
Konsertnya yang pertama di Malaysia berlangsung pada 21 April yang lalu di Stadium Negara. Fenomena Bieber melanda Malaysia apabila tiket-tiket konsert yang berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 habis dijual. Ribuan peminat khususnya remaja menyaksikan konsert tersebut. Bahkan, peminat Justin Bieber sanggup tiba seawal 3.30 petang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur semata-mata untuk menyaksikan konsertnya yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8.30 malam. Persembahan yang bermula kira-kira pukul 9 malam itu menggamatkan suasana apabila sebilangan besar remaja menjerit-jerit memanggil nama beliau.
Hebat remaja remaji Malaysia, 17,000 orang memenuhi stadium berbanding konsert Justin Bieber di Indonesia yang hanya berjaya menarik kehadiran peminat sekitar 10 ribu sahaja. Justin Bieber juga mengadakan konsert yang sama di Israel. Ternyata, di negeri haram kaum Yahudi itu, Justin Bieber kurang mampu menarik peminatnya. Buktinya, konsert Justin pada 14 April lalu di Hayarkon Park di Tel Aviv, dihadiri sekitar 17,000, ada yang mengatakan sekitar 24,000 peminat. Namun keduanya masih jauh di bawah target awal, iaitu seramai 35,000 peminat. Jerusalem Post memberi penilaian berbeza. Akhbar itu menyebutkan jumlahnya seramai 21,000. Masih jauh jumlahnya dibandingkan dengan pertunjukan Madonna 2009 di tempat sama yang menarik 56,000 orang hadir.
Bagaimana dengan pemuda Palestin?
Bagi pemuda Palestin, khususnya yang di Gaza, jangankan untuk menonton Justin Bieber, membicarakannya saja mungkin sudah tidak ada waktu. Sampai sekarang mereka masih sibuk memperjuangkan tanah air dan masjid suci Al Aqsa dengan melawan kekejaman Israel yang terus melakukan onar di Palestin dalam pelbagai bentuk.
Sehari selepas konsert di Justin Bieber di Malaysia, ketika pemuda pemudi Malaysia dilanda histeria dan kepenatan menari dan menyanyi bersama Justin Bieber, pemuda Palestin sibuk “menyambut” tentera Israel. Pertempuran tercetus di baldah Isawiyah utara Al-Quds. Kali ini, pemuda Palestin berhasil memusnahkan jeep militer Israel, lalu membakarnya. Akibat keberanian para pemuda ini, seorang tentera Zionis cedera.
Pertembungan lain turut terjadi di tengah Baldah Silwan utara Masjid Al-Aqsa. Para pemuda Palestin melempari batalion pasukan khas Israel dengan batu dan pecahan kaca. Pasukan Israel membalas dengan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah. Tidak ada yang tercedera atau terkorban mahupun tertangkap dalam kejadian ini.
Tindakan berani para pemuda Palestin ini terjadi sebagai aksi dendam mereka terhadap tentera Yahudi Israel dan warga penjajah yahudi yang mengganggu ketenteraman warga Palestin di Al-Quds.
Situasi di atas hanyalah sekelumit kisah duka dan tegang yang dilalui oleh para pemuda Palestin. Mereka pernah melalui saat yang lebih getir dan syahdu. Pada Disember 2008, seramai 1,300 termasuk lebih dari 400 anak-anak kecil terkorban, dan 5,300 orang cedera di Gaza ketika Israel melancarkan serangan ganas ke atas penduduk Gaza. Ada kita kisah?
Sebagai pemuda, mana satu potret pemuda kita? Tulisan ini tidaklah bermaksud mempelecehkan para pemuda Islam Malaysia. Berapa kerat sangat yang sanggup histeria dan menangis kerana Justin Bieber? Setidaknya, Anda bukan salah satu dari mereka, kan?
Awas pemuda Islam, saat ini para pemuda sedang mengalami sindrom ‘trapped in a comfortable zone’. Kita terjebak dalam zon selesa sehingga terlalai, tidak sedar dengan apa yang sedang terjadi di dunia. Acapkali kita mendengar ucapan, “Alhamdulillah, untung kita hidup di Malaysia, aman damai saja”. Tidak ada kepedulian sosial, padahal satu muslim yang syahid kelak Allah akan meminta pertanggungjawaban kita sebagai seorang saudaranya. Bukankah muslim itu seperti satu tubuh? Yang jika satu bahagian sakit, maka bahagian yang lainnya akan ikut merasakannya? Para pemuda diracuni habis-habisan dengan gaya hidup yang hedonis.
Pemuda yang seharusnya menjadi generasi penerus dijadikan budak-budak kebendaan. Bahkan kini sudah sampai pada era “digital colonialization”, penjajahan dalam bentuk digital. Banyak sekali pemuda yang menghabiskan waktunya didepan skrin komputer berjam-jam untuk perkara-perkara yang tidak penting, ber-facebook ria, atau chatting dengan teman-temannya di dunia maya.
Nah! Mana satu potret pemuda Islam kita saat ini..? Bandingkan dengan pemuda pada masa silam. Ketika Imam Syafi’i yang menjadi seorang hafidz Al-Quran dalam usia belasan tahun, ketika Al-Fatih yang menaklukan Konstantinopel pada usia 21 tahun, ketika Ibnu Sina yang sudah mempelajari ilmu kedoktoran pada usia 16 tahun, Abdullah ibn Umar saat berusia 15 tahun menawar diri untuk menyertai perang Khandak, Hasan Al Banna mendirikan gerakan Ikhwanul Muslimin pada usia 23 tahun. Usamah bin Ziad telah memimpin pasukan besar pada usia 18 tahun. Bacalah bagaimana para pemuda Palestin mempersiapkan diri mereka untuk jihad membebaskan Palestin dan Al Quds (http://langitilahi.com/2011/04/27/liku-liku-perjuangan-palestin-dimanakah-posisi-kita/) Anda pasti akan teruja dan terbangun jiwa! InsyaAllah.

Categories:
Cetusan