Latest Stories

Salam semua,
Entry hari ini ialah berkenaan dengan sex bebas, atau bahasa yang lebih syiok di sebut sebagai free sex. Aku akan tulis entry ni menurut kepala otak aku sendiri dengan mengambil kira statistic dan studies beberapa pihak yang dibuat ke atas issue ini. Syiok woo issue ni, sampai laku surat khabar, hari-hari duk publish kat front page dengan wording yang membuatkan orang ramai terpaku, cewah.
Definition of sex
OK.. kita tengok dulu definition for sex. Mungkin nampak bodoh bila kita ditanya dengan soalan cap ayam seperti ini, apa itu sex?
Read More ...

Latest Stories


Dua dekad kebelakangan ini, konsep 'Keganasan Islam' (Islamic Terror) menjadi topik perbincangan yang hangat. Selepas serangan 11 September yang menjadikan ribuan orang yang tidak bersalah di New York dan Washington sebagai sasaran, konsep ini bangkit semula menjadi agenda antarabangsa.

Sebagai seorang Islam, kita setentunya mengutuk perbuatan ini dan merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Amerika.

Tulisan ini akan menekankan bahawa Islam bukanlah punca kepada segala keganasan malah keganasan tidak ada tempatnya di dalam Islam. Sungguhpun perampas kapal terbang itu disyaki sebagai seorang Islam tetapi itu tidak bermakna jenayah yang dilakukan itu dilabelkan sebagai 'Keganasan Islam'. Begitu juga tidaklah dinamakan 'Keganasan Yahudi' jika penjenayah itu adalah penganut Yahudi serta bukanlah 'Keganasan Kristian' walaupun penjenayah itu Kristian.
Read More ...

Latest Stories


Falsafah Perlaksanaan Hukum Hudud Dalam Masyarakat
MUKADDIMAH
Saya ingin turut memperkatakan tentang persoalan yg mencabar ini.Walaupun selama ini saya kelihatan dingin terhadap persoalan HUDUD dan QISAS itu, namun selaku umat Islam yg bercita-cita memperjuangkan hukum-hakam ALLAH secara lengkap, saya sebenarnya mempunyai pandangan tersendiri tentang bagaimana mungkin hukum ini dapat dilaksanakan.
Diam tidak bermakna tidak mahu dan tidak tahu. Membisingkan sesuatu kalau bukan pada tempatnya, tidak juga akan membawa hasil yg baik.
Selama ini saya membisu terhadap persoalan ini ialah kerana pada saya, untuk melaksanakan nahi mungkar agar manusia jadi baik, hudud bukanlah langkah pertamanya.
Read More ...

Latest Stories

1. Apabila Diberhentikan Polis

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri

Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :

* Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
* Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
* Putih : Polis Simpanan
Read More ...

Latest Stories

Peristiwa ini tidak akan hanya berhenti  di sini sahaja. Seperti yang kita ketahui, banyak peristiwa besar berlaku di Palestin sebelum ini. Ia berlaku sebelum ni. Ia akan terus berlaku tanpa jangkamasa yang tetap. Perkara ini berlaku tanpa ada sebarang gangguan. Dan ia akan berlaku lagi. Hanya Allah sahaja yang tahu perkara ini akan berlaku lagi. Nabi Muhammad berkata, ”pertumpahan darah tidak akan berhenti sehingga kehadiran Imam MAhdi dari anak lelaki keturunanku”. Tidak sehingga kehadiran Imam Mahdi. Ia adalah mustahil untuk dihentikan. 
Read More ...

Latest Stories

Salah satu sifat terpuji seorang Muslim yang beriman kepada ALLAH ialah tidak bertindak menurut pendapat dan prinsip majoriti sebaliknya mengutamakan sesuatu perkara yang dicintai ALLAH dan juga mengikut suara hatinya walau dalam apa keadaan sekalipun. Bagi individu sedemikian, kata-kata juga reaksi manusia lain tidak penting baginya. Seorang Muslim hanya menitikberatkan apa yang ALLAH redha dan matlamat terakhirnya ialah untuk mempamerkan akhlak terbaik sepertimana yang telah digariskan di dalam Al-Quran.
Read More ...

Latest Stories

Pengakuan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad bahawa parti itu “tidak mungkin menubuhkan negara Islam” adalah sebuah kejujuran yang menuntut ramai rakyat berfikir bahawa selama ini perjuangan adalah sia-sia. PAS yang menggunakan platform tersebut bagi meraih sokongan dan membuktikan kerelevanan perjuangannya sejak terpengaruh dengan Ikhwanul Muslimin dan revolusi Islam Iran sudah gagal. (rujuk Utusan Malaysia, 1 Februari 2011).
Read More ...