JANGAN SALAHKAN MUSUH“Jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah”Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat. Mereka berusaha dengan berbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya.
Kalaupun tidak sampai memusnahkan aqidah, namun mereka tetap mahukanagar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepadaagamanya. Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam inisangat ‘toleransi’ terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannyasecara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilihmengikut selera dan dalam acara tertentu. Agama menjadi aktivitibermusim dan menjadi agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkandi dalam laporan tahunan.
Agama tanpa penghayatan yang bukan lagi cara hidup memang sudah sangatketara di kalangan umat Islam. Cuba kita teliti atau hitung, dari mulabangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yangkita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusanhidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikansegala urusan harian. Kalau tidak ada black metal, kehidupan kita tetapjauh dari Tuhan. Kalau bukan kerana black metal, hati kita tidak adarasa kehambaan dan rasa bertuhan. Hati kita tetap cuai dan lalai bahkansangat menderhakai Tuhan.Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka.
Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri.Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kitatidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalammelawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup.Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dandiperkotak-katikkan oleh musuh. Ini belum lagi diperhitungkan untungnasib di Akhirat.
Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumbanlantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. Betapa tidak, jauhsekali umat Islam ini berjuang untuk membangunkan empayar, menguasaibumi yang merupakan milik Tuhan, membenteng diri daripada ditembusiaqidah dan budaya kufar pun tidak berupaya.Apabila Rasulullah SAW diutus, masyarakat yang dihadapi baginda SAW itubukan sahaja mereka musyrik dan kufar, bahkan mereka juga turut dilandamasalah sosial yang amat dahsyat.
Sebut saja apa jenis kejahatanmanusia, semuanya mereka lakukan terang-terangan tanpa segan silu.Namun sejarah telah membuktikan, dalam tempoh yang singkat Rasulullahberjaya menukar sejahat-jahat manusia kepada ‘khairunnas’ - sebaik-baikmanusia.Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang fitrahnya sama saja di zamanmana pun mereka berada dan di mana pun mereka berada, bangsa apa danketurunan apa pun. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh RasulullahSAW, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan untukmengubati penyakit manusia, iaitu:
Pertama:Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui Rukun Iman bukan berertisudah beriman. Mungkin itu sekadar boleh mengsahkan iman semata-mata.Keimanan yang berjaya ditanam ke dalam hati masyarakat waktu ituseperti digambarkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud:“Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman, apabila disebut namaAllah gementar hati mereka.”Begitu takut dan gerun kepada Tuhan hingga gementar hati, yang merekatidak lagi takut selain daripada Allah SWT. Mereka bukan saja tidakterjejas atau tidak terusik hatinya oleh sebarang budaya, bahkan merekasendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadainyawa.
Kedua:Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan Akhirat yang jauh lebih baik danutama. Sebenarnya tidak ada tandingan dan bandingan tentang kehidupanAkhirat. Bermula dari alam Barzakh maka bermulalah era baru kehidupanmanusia. Yang bakal ditempuh adalah suatu alam baru tanpa dapatdifikirkan dan dikhayalkan.Tiada sebarang imaginasi yang dapat mencapai alam Akhirat.Segala-galanya adalah alam rasa yang akal tidak berfungsi sedikit pun.Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah-olah bukan realitidinisbahkan Akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun didunia.
Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yangsekitar 60 atau 70 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masadi Akhirat hanyalah beberapa minit saja.Menyedari hakikat bahawa hidup ini terlalu amat singkat berbandingAkhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yangsanggup mensia-siakan hidup ini begitu saja.
Apatah lagi, sudahtentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walau sedetik. Tentulahtidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk kesedapan yangsekelumit ini. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya takutkepada penderitaan yang sekelumit ini. Tentulah tidak sanggupberlalai-lalai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksamenanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat, dan terlepas darinikmat Syurga yang tidak dapat dibayangkan.Hadis Qudis ini menjadi pegangan hidup mereka dalam berbuat apa saja,iaitu:“Janganlah kamu pandang kecilnya kesalahan yang kamu buat, pandanglahkepada siapa kamu berbuat iaitu kepada Allah.” Sekecil-kecil kejahatanada dosa, dan Nerakalah balasannya.
Mereka menjadi orang yang memburu dan berlumba berbuat baik. Dalam padaitu dosa kecil yang mereka lakukan, mereka merasakan seperti gununghendak menghempap kepala”.Pencinta, pemikir, petugas masyarakat dan siapa saja yang idamkan umatyang sejahtera, dua aspek ubat Rasulullah SAW ini sudah cukup sebagaimodal mengubat penyakit sosial. Inilah modal asas dan utama yang bolehmenjadi penyelesaian kepada apa jua jenis penyakit.

Categories:
Pendapat