Latest Stories

Kita juga menyaksikan juga betapa mahkamah mengambil pendekatan yang bertentangan dengan semangat keseluruhan perlembagaan apabila ia menafikan hak untuk hadir di mahkamah dalam kes permohonan habeas corpus; sesuatu yang perlembagaan sendiri tidak menyebutnya. Ini semua menyebabkan para peguam kian kritikal terhadap sikap yang tidak jelas dan berubah-ubah sebagaimana yang ditunjukkan oleh mahkamah kita. 

Sikap dan pendekatan mahkamah mempunyai kesan langsung, kerana dalam sistem common law, mahkamah mempunyai peranan yang penting dalam menafsirkan undang-undang. Dalam sistem ini mahkamah sebenarnya tidak hanya melaksanakan peruntukan undang-undang. Walaupun mentafsirkan undang-undang adalah peranan utama mahkamah, ia hams melakukannya dengan mengambilkira keadilan dan kewajarannya. Sebab itulah kadang-kadang dikatakan bahawa mahkamah dalam konteks common law pada hakikatnya turut membuat undangundang.

Meskipun fungsi itu dikhususkan kepada Parlimen dari segi pelaksanaan, mahkamah turut memberikan sumbangan kerana tafsiran yang dibuatnya akan menjadi sebahagian daripada undang-undang. Dalam tradisi common law, undangundang bukan sahaja meliputi statut atau enakmen tetapi turut merangkumi keputusan-keputusan mahkamah. Justeru dalam konteks hak-hak asasi di Malaysia, mahkamah kita boleh dikatakan telah gagal memainkan peranan mereka.

Sehamsnya mahkamah memainkan peranan yang aktif sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh hakim-hakim kita dalam bidang-bidang yang lain termasuk undang-undang perdagangan dan kekeluargaan.

Agak jelas bahawa dalam pelaksanaan hak-hak asasi ini senario di Malaysia begitu malang sekali. Ia bermula dengan kelemahan kerangka pedembagaan yang tidak meletakkan peruntukan-peruntukan tersebut di luar jangkauan parlimen.

Apabila ini tidak dilakukan akhirnya hak-hak asasi tadi mula dikurangi sedikit demi sedikit oleh parlimen yang meluluskan pelbagai undang-undang untuk menyekat hak-hak itu. Keadaan yang mengecewakan itu menjadi lebih buruk apabila pihak eksekutif - melalui birokrasi - membuat pelbagai polisi dan pendekatan yang lebih sempit dari apa yang dibenarkan oleh undang-undang. Ini kelihatan dalam hubungan perhimpunan awam. Undang-undang hanya memberi kuasa kepada pihak polis untuk mengawalnya, tetapi ia tidak menentukan cara mana kawalan itu harus dilakukan.

Sebab itulah pada praktiknya, hak untuk berhimpun secara aman tertakluk kepada ihsan polis; sesuatu yang jelas tidak selari dengan falsafah perIembagaannya khususnya dan demokrasi arnnya. Pihak polis, mengikut undangundang, sebenamya boleh mengambil pendekatan yang liberal sekiranya mereka mahu berbuat demikian. Malangnya itu tidak berIaku. Senario ini sebenamya boleh diperbaiki sekiranya pihak mahkamah bersedia memainkan peranan proaktif untuk memastikan bahawa sekatan-sekatan yang dikenakan oleh pihak polis atau birokrasi itu wajar di sisi demokrasi. Malangnya para hakim memilih untuk mengambil pendekatan yang literal dan suasana muram yang menyelubungi ha-hak asasi pun berterusan.

Categories: