Latest Stories


Setiap detik pasti  ada orang yang meninggal dunia dan pada setiap detik juga pasti ada bayi yang baru dilahirkan. Begitulah rutin kehidupan dunia ini. Yang hidup akan mati, yang pergi akan digantikan dengan yang baru. Kita di dunia adalah umpama seorang musafir yang singgah sebentar berteduh di bawah sebatang pokok. Kemudian dia akan meneruskan perjalanannya ke  alam kubur ataupun alam barzakh. Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah oleh Abu Bakr al-Razi, barzakhbermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan (iktikad) Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T di  dalam surah Al-Mukminun ayat 99-100:

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - supaya aku mengerjakan amalan soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan kau akan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka alam barzakh (dinding) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada Hari Kiamat).

Seseorang yang sudah mati dan berada di alam barzakh dapat menjangkakan sama ada dia akan mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di akhirat kelak. Perkara ini disebut dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras, berat)."

Dr A’idh  Abdullah al-Qarni menulis di dalam sebuah bukunya yang cukup terkenal bertajuk “Malam Pertama Di Alam Kubur”: Seorang penyair arab pernah mendendangkan syairnya:

Aku tinggalkan tempat tidurku pada satu hari, kemudian aku terserkap membisu. Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain. Aku berangkat pergi dari ranjang tidur dalam istanaku menuju alam lain. Kubur adalah malam pertama. Demi Allah katakanlah apa yang terjadi pada malam tersebut .Yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba.


Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang manusia akan berakhir di dalam kubur. Al-Rifa’i berkata: “ Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali selama-lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan: “Dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidahnya petah bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.”

Umar bin Abdul Aziz pernah  berkata kepada beberapa orang sahabatnya di dalam satu majlis, Wahai fulan! engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu apakah keadaan sebenar di dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya.

Pada suatu ketika pula , Umar bin Abdul Aziz mengiringi jenazah saudaranya. Apabila jenazah selamat dikebumikan, maka semua orang  telah bersurai kecuali  beliau dan beberapa orang sahabatnya yang  masih tidak berganjak dari kubur tersebut.  Tidak lama kemudia sahabatnya bertanya: Wahai Amirul Mukminin, kau merupakan wali kepada jenazah ini, mengapa engkau perlu menunggunya lagi sedangkan dia telah meninggalkanmu. Umar pun berkata: “ Ya,  sesungguhnya kubur ini memanggilku dari belakang.  Mahukah kalian tahu apakah yang dikatakannya kepadaku: Mereka menjawab “ Sudah tentu wahai Amirul Mukminin. Kubur ini memanggilku dan berkata, “ Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukan aku ceritakan kepadamu apakah yang akan aku lakukan kepada  jenazah yang kau cintai ini? Ya, jawab Umar. Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya.

Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya? Sudah tentu jawabku. Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, Peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya.

Setelah mendengar penjelasan daripada kubur itu, Umar pun menangis dan berkata.” Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Pemuda akan menjadi tua dan yang hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku, bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang akan diturunkan oleh Tuhanku.  Dia terus menangis dan terus menangis, lalu pergi. Tidak berapa lama kemudian beliau meninggal dunia.

Antara syarat kemenangan dan kejayaan seorang hamba   ialah mempersiapkan diri menghadapi kematian dan menyedari bahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur. Tetapi ramai di kalangan kita mengabaikan peringatan dan ancaman yang berbahaya ini. Jika pun kita mengingati kematian, itu pun hanya dilakukan dengan sambil lewa. Tahukah saudaraku, mengapa ini berlaku. Hal ini berpunca disebabkan hati kita yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia sehingga menyebabkan hati kita keras dan gelap dari cahaya.
Read More ...

Latest Stories


Belum tibakah saatnya tentara dari negeri-negeri islam bersatu untuk melibas musuh-musuh Allah? Belum datangkah waktunya pedang-pedang diasah, tombak-tombak dihunus, dan panji-panji jihad dikibarkan??

Belum tibakah saatnya tentara dari negeri-negeri islam bersatu untuk melibas musuh-musuh Allah?

Dimanakah para penerus Hamzah sang singa Allah?

Dimanakah para pengganti Khalid si pedang Allah?

Dimanakah kaum hawari (penolong) yang akan menggantikan posisi Zubair?

Dimanakah para panglima islam yang akan menyambung perjuangan Zaid, Ja’far, dan Ibnu Rawahah?

Dimanakah para penguasa islam yang akan melanjutkan ekspedisi jihad Abu Bakar, Umar, Utsman, dan Ali?

Dimanakah para raja yang akan meneruskan keadilan Muawiyah?

Dimanakah para pemimpin yang akan meneruskan kebijaksanaan Umar putra Abdul Aziz?

Bangkitlah wahai para tentara Allah,

Shalahudin Al Ayyubi telah membebaskan Yerussalem 800 tahun yang lalu,

Muhammad Al Fatih tlah merebut Konstantinopel 550 tahun yang lalu,

Kini giliran kita menakhlukkan Moskow, Washington, dan Beijing

Belum datangkah waktunya pedang-pedang diasah, tombak-tombak dihunus, dan panji-panji jihad dikibarkan??

Bersatulah wahai para pembela islam, hancurkanlah kemusyrikan, perangilah kebid’ahan, bungkamlah mulut para penyeru kesesatan !!!!!

Sebelum bendera-bendera jihad dipancangkan, robohkanlah dulu bendera-bendera kebodohan, kebid’ahan, dan kesyirikan,

Jika bid’ah adalah pohon akan kita tumbangkan
Jika bid’ah adalah batu akan kita hancurkan
Jika bid’ah adalah samudera akan kita keringkan
Jika bid’ah adalah gunung akan kita ratakan
Jika bid’ah berupa api akan kita padamkan
Jika bid’ah berwujud air akan kita uapkan
Jika bid’ah adalah kayu akan kita bakar
Jika bid’ah memiliki nyawa akan kita binasakan
Jika bid’ah ada di laut akan kita tenggelamkan
Jika bid’ah ada di angkasa akan kita jatuhkan
Jika bid’ah ada di darat akan kita musnahkan
Jika bid’ah ada di tanah akan kita kuburkan

Allah Ghayatuna (Ridha Allah adalah tujuan kita)

Muhammad Qudwatuna (Muhammad adalah pemimpin kita)

Al Quran Dusturuna (Al Quran & As Sunnah adalah undang-undang kita)

Jihad Sabiluna (jihad adalah jalan kita)

Mati syahid di jalan allah adalah cita-cita tertinggi kita

jika semuanya tlah siap maka inilah saatnya panji-panji jihad ditegakkan..

saatnya khafilah jihad berangkat memulai perjalanan, saatnya ucapan selamat tinggal kepada dunia disampaikan, kita ucapkan selamat datang kepada kematian, selamat berjumpa dengan Allah…………….sungguh, surga itu dibawah naungan pedang………
Read More ...

Latest Stories

APA ITU HUDUD?

Hudud adalah salah satu kandungan dalam Hukum Jenayah Islam selain Qisas dan Ta’zir. Masing-masing mempunyai hukum dan sifat-sifatnya yang khusus. Pengertian hudud berdasarkan petikan daripada buku Mengenal Qanun Jenayah Islam yang dikarang oleh Dr. Abdul Ghani Azmi b. Idris, bahawa ;

Berasal daripada kata jamak, mufradnya Haddun: menurut bahasa ia bererti batas atau tegahan. Penjaga pintu dinamakan Haddad. Dan hukum ini dinamakan Hudud atas uqubah-uqubah maksiat kerana ia biasanya dapat mencegah pembuat maksiat mengulangi perbuatan maksiat yang kerananya dikenakan had. Dan pada asalnya perkataan had ialah sesuatu yang memisahkan antara dua perkara dan digunakan atas sesuatu yang membezakan sesuatu yang lain.

Menurut istilah Syara’, Hudud ialah uqubah (hukuman seksa dunia) yang telah ditetapkan untuk menjaga hak Allah s.w.t. Oleh kerana itu tidak termasuk Ta’zir kerana Ta’zir tidak ada ketentuan hukumannya dan tidak termasuk pula qisas kerana qisas adalah hak anak Adam.

Kesalahan dalam jenayah Hudud dianggap sebagai kesalahan terhadap hak Allah, kerana perbuatan itu menyentuh kepentingan masyarakat umum iaitu menjejaskan ketenteraman dan keselamatan orang ramai dan hukumannya pula memberi kebaikan kepada mereka. Kesalahan ini tidak boleh diampunkan oleh manusia sama ada mangsa jenayah itu sendiri, warisnya ataupun masyarakat umum.
Read More ...

Latest Stories



Seminggu lepas, sewaktu saya on call 24 jam, saya dapat panggilan dari
anggota balai, bagi tahu, ada satu mayat di temui di dalam sebuah rumah.
Jiran mendakwa terhidu bau busuk. Saya bersama 6 anggota bantuan teknik
dan Forensik ketempat kejadian, juga terdapat 5 anggota balai yg sedia
menanti saya.
Read More ...

Latest Stories




Marilah kita ingat kembali dan menyakini hakikat kematian. Mengingati MATI adalah sebijak2 perbuatan. Tidakkah bijak bila beringat untuk bawa bekalan? Seseorang yang ingin berpergian (contoh, belajar oversea 3 tahun), mesti teringatkan untuk membuat persediaan dan membawa bekalan.

MATI itu pasti. Dan MATI itu sangat dekat. Bagaimana mungkin kita berasa selamat dari MATI ? Sedang hari-hari kita mungkin mati di jalan raya? Untuk mati di jalan raya, tidak perlu naik kenderaan… Hanya berada di tepi jalan sudah memadai.

Bagaimana mungkin kita berasa selamat jika kita berada di dalam bangunan? Sedang bila-bila saja mungkin berlaku litar pintas, lalu kita mati terperangkap dalam api?

Tidakkah kita dengar hal-hal kematian di dada khabar dan TV setiap hari? Setiap mereka yang mati tu, tidak menjangkakan mereka akan mati hari tersebut.

Jadi bagaimana pula kita boleh yakin kita tidak akan mati hari ini?

—————————————————-

Setiap orang Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yg dilalui oleh setiap manusia iaitu:

1. Alam Roh

- Alam di mana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.

- Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.


2. Alam Rahim

- Selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi mengingati segala peristiwa Alam Roh).


3. Alam Dunia

- Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yg seterusnya.

- Hidup sehingga 65thn-75thn


4. Alam Kubur

- Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 tahun bersamaan 1000 tahun di dunia.

- Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi’Sa’iid; Rasulullah saw bersabda :

“Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka”.


5. Alam Mahsyar

- Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 tahun bersamaan 50,000 tahun didunia.

- Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil.

- Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yang kedua menghidupkannya kembali di mana bumi memuntahkan isinya.

Dalam riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yang mati di Mekah / Madinah). Sunat utk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah shj. Haram berniat untuk mati ditempat yang lain.

Rasullullah s.a.w yang pertama sekali dibangkitkan dimana Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail ” Di mana kamu tinggalkan umatku”.

# Di dalam Surah Al-Waaqi’ah Allah menyebutkan pada permulaan keadaan/suasana Kiamat Besar di mana manusia terbahagi kepada tiga golongan :

1. Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga diperingkat awal.

2. Abraar (Baik-kebaikwan); iaitu orang-orang yang baik-baik; mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Bertuah Peringkat Kedua).

3. Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-orang yang jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan celaka/sial).

Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat Kecil di mana manusia terbahagi kepada tiga golongan juga iaitu:

1.Muqarrabiin.
2.Golongan Kanan.
3.Golongan Pendusta Yang Sesat.

Peristiwa di Padang Mahsyar

Manusia dibangunkan dalam keadaan telanjang melainkan mereka yang beriman. Jalan masing-masing tidak kenal antara satu kecuali 7 golongan. Mengikut Riwayat, Rasullullah saw dan Nabi Ibrahim as diberi pakaian terlebih dahulu diikuti yang lain (para Nabi Sahabat dan mrk yg beriman).

7 golongan:

1. Pemimpin yang adil.

2. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

3. Lelaki yang bersedekah tetapi tidak diketahui.

4. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita, tetapi dia menolak dgn kata “Aku takut pada Allah”.

6. Lelaki yang senantiasa mengingati Allah dan takut pada Allah.

7. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

(Di dalam Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka ada juanya bermaksud atau bersama perempuan). Setelah 40 thn (di Mahsyar) iaitu 1 tahun bersamaan 50,000 tahun di dunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian terdengar suara “pergilah berjumpa dgn para Nabi”.. maka yang mengetuai setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia.

Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam menyatakan beliau juga ada melakukan dosa kerana memakan buah larangan di syurga maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Rasullullah saw memohon kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang Mahsyar menjadi tempat

1- Soal Jawab.
2- Membaca catatan amalan.
3- Hisab.

*Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan disekeliling Neraka Jahanam.

“Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling Neraka Jahanam.” Surah Maryam Ayat 68

Kemudian manusia meniti Siratul Mustakim yang mana perjalanannya mengambil masa 15,000 tahun perjalanan (persamaan di dunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yang meniti hanya tinggal 1 sahaja yang akan berada di titian sirat (iaitu mereka yang beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mereka yang beriman). 999 manusia akan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba didasar neraka setelah 60 tahun. (*Mengikut Riwayat, anak yang meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya di atas sirat).

*Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi “Sidratul-Muntaha”; Yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”.(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16

*Kesimpulannya : Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yang masanya sungguh singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar pada ketika itu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran di mana manusia akan menyesali di atas kelalaian mereka di dunia sebaik sahaja melihat api neraka.

Wallahuwa’lam.
Read More ...

Latest Stories



Bismillahirrahmanirrahim Dengan Nama Allah YangMaha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assolatuwassalam ala Rasulillah Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad saw, Pembawa Rahmat Seluruh Alam…

Salam sejahtera buat calon zaujahku yang dihijab pertemuan oleh Nya sehingga detik kita disatukan dengan lafaz ijab bersaksi qabul berwali. Semoga langkahmu tangkas dengan semangat juang Islam. Walau apapun yang kita lakukan, dasarilah ia dengan memohon keredhaanNya supaya setiap langkah itu beroleh keberkatan.
Read More ...

Latest Stories





BARANG HILANG - Khusyuk Dalam Solat

IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti

orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.

Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dari setiap kalimah yang di ucapkan di dalam solatnya. Justeru itu apabila ia membaca Fatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap. Misalnya apabila mereka membaca ayat keempat dari Surah Al-Fatihah yang bermaksud:

"Tuhan yang memiliki hari Akhirat."

Maka tergambar segala kalut sibuk dan huru-hara manusia serta bersesak di padang Masyhar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan lemah disisi Allah SWT.

Apabila membaca ayat kelima dari surah Al-Fatihah yang bermaksud :

"Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon."

Bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yang lain-lainnya. Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi hamba nafsu, yang demikian adalah bercanggah dengan ucapannya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah SWT semata-mata.

Selepas itu mengamati lain-lain bacaan dalam sembahyang dengan khusyuk, yang mengandungi berbagai bacaan dan doa-doa yang memperlihatkan kebesaran Tuhan. Jika difahami sungguh-sungguh cukuplah kesemua itu akan menghakis sikap-sikap hodoh yang ada pada diri manusia itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya. "

Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak sembahyang yang didirikan oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui sembahyang itu.

Firman Allah yang bermaksud :

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah al-Ma'un : ayat 4-5]
Read More ...

Latest Stories




JIWA YANG MATI

Anda mengaku Allah itu sebagai Tuhan yang Maha Agung. Akan tetapi anda berjalan di muka bumi ini dalam keadaan bongkak seolah-olah tidak bertuhan. Tiada langsung rasa diperhatikan. Membuat apa sahaja sesuka hati. Tidak pernah rasa bergetar jiwa apabila menyebut nama Allah.

Anda mengaku Muhammad itu sebagai Rasulullah. Akan tetapi tiada langsung keinginan untuk mematuhi sunnah murni baginda. Tiada langsung usaha untuk berselawat kepada baginda. Tiada langsung rasa rindu untuk bertemu baginda bagi mendapatkan syafa’at di hari Akhirat kelak.

Anda mengaku al-Quran sebagai kitab panduan wahyu Ilahi. Akan tetapi anda tidak pernah berusaha untuk melazimi bacaannya. Seminggu sekali pun agak payah. Al-Quran, terjemahan serta aplikasi al-Quran dalam komputer, laptop dan smart phone jarang dibuka. Apatah lagi untuk menghayati maknanya. Apatah lagi untuk merasai kemanisan membacanya. Kemuncaknya ialah anda menjadikannya sebagai hiasan sahaja. Tiada langsung keinginan untuk melaksanakan undang-undang yang termaktub di dalamnya.

Anda mengaku Islam sebagai agama. Akan tetapi anda tidak pernah menjadikannya sistem hidup. Tidak pula menjadikannya sebagai dasar dan kayu neraca membuat keputusan di dalam diri anda. Walaupun mengaku Islam, dan tidak memeluk agama lain, tetapi lebih selesa dengan cara hidup penganut Kristian, Yahudi atau masyarakat tanpa agama.

Anda mengaku umat Islam yang lain sebagai saudaramu. Akan tetapi kamu selalu menzalimi mereka. Sedang anda tidur lena, dibiarkan sahaja saudaramu yang di dalam kesusahan. Sedang saudaramu pergi berjuang, anda membiarkan sahaja mereka keseorangan, bahkan membuat kerja yang menyusahkan mereka. Hidup di dalam kebencian dan permusuhan. Suka sangat mencari kesalahan orang.

Itu semua merupakan sebahagian tanda yang jiwa kita yang sudah mati.

Ibarat badan manusia, matinya kerana terpisah antara roh dengan jasad. Roh itulah merupakan sebab mengapa manusia itu bernyawa. Tanpa roh, manusia itu mati.
Read More ...

Latest Stories

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri

"Apelah awak ni....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung...Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik pula" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau ni, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kayalah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakon yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut pula hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa ke dinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak...berdenyut2... "Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "siapa pula ni sibuk je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko ni? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri ni tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ada apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalah lah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom lah cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ni pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa, Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula 
mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang 
bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi 
Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak
pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. 
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG 
seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri 
dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa 
panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan
AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? 
Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat ni khas utk Abang. Bacalah 
semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari ni 
hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan 
Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana
tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. 
Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa 
pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan 
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah 
hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging 
Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. 
Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan 
dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa 
hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini 
Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang 
menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan 
berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan 
Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana 
menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi 
Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari 
keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada 
kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar 
kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat 
mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan 
ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan 
halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya 
Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya
emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama 
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang 
terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar
kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah 
Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah 
peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan 
mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa



Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KE AKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang ditepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

p/s: aku cuma mau sharing....sedih aku baca...huhu  

Read More ...

Latest Stories




Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

sile share slpas mmbace agar lelaki tahu mghargai wanita ♥
Read More ...

Latest Stories



Anak muda dan rakyat malaysia mengingatkan amaran kepada Pakatan Rakyat yang mana mereka sedia menjadikan Pakatan Rakyat sebagai pemerintah yang baru bagi menggantikan pemerintah yang terlalu lama memerintah iaitu Barisan Nasional. Tetapi mandat itu mempunyai kata kata dasar untuk di laksanakannya,

Pertama adalah di atas dasar cintakan negara iaitu tidak perlu lagi menjadi anak didik kepada british kerana tidak ramai yang tahu bahawa perjanjian di antara malaysia dan british adalah selama 50 tahun untuk malaysia tidak mempunyai apa apa kekacauan dan peperangan antara kaum dan menggunapakai perlembagaan sekular.

Perlembagaan sekular bermakna mengasingkan agama atau cara hidup dengan politik yang di amalkan di negara israel dan negara negara sekular yang lain. Perjanjian itu telah terhapus 5 tahun yang lalu dan kini malaysia adalah negara yang bebas membentuk perlembagaannya sendiri tanpa adanya lagi campurtangan dari kerajaan british.

Kedua adalah amalan rasuah yang wajib di hapuskan terus bagi membina sebuah tamadun manusia yang bebas dari gejala yang hanya meruntuhkan iman dan amalan, jika di dapati adanya di kalangan Pakatan Rakyat yang terlibat dalam rasuah sesudah mandat di beri oleh anak muda kepada mereka selepas ini,

Maka pemimpin itu wajib di hukum penjara seumur hidup dan di rotan di khalayak ramai! Sebagai langkah pengajaran kepada semua pemimpin negara serta rakyat malaysia.

Ketiga adalah dasar menurunkan harga barangan dengan mana minyak petrol adalah asas kepada kesemua kenaikan yang mendadak hingga memaksa anak muda masa kini bahkan orang tua sekalipun merasa bahang kenaikan yang cukup memeritkan serta meyeksakan.

Langkah yang utama adalah menurunkan harga minyak seperti yang di janjikan, walaupun anwar ibrahim memberikan tempoh 1 hari saja untuk menurunkan harga minyak, akan tetapi anak muda memberikan sedikit ruang kepadanya selama 1 bulan untuk menurunkan minyak petrol tersebut.

Andai tidak mampu di laksanakan, anwar ibrahim bolehlah meletak jawatan sebelum anak muda menggulingkannya!

Keempat adalah menyediakan keperluan asas bagi semua kehidupan iaitu sebuah rumah dan bukan rumah kotak burung atau rumah pangsapuri kerana ianya bukanlah jalan terbaik, tetapi rumah teres 1 tingkat adalah rumah yang sesuai untuk kehidupan, jangan memberikan alasan malaysia tidak memiliki tanah yang besar untuk di didirikan rumah.

Itu bukan alasan tetapi haruslah membuka sebidang tanah seluas yang mungkin untuk membina sekurangnya 300 ribu buah rumah untuk yang sudah berkeluarga dengan bayaran ansuran serendah rm 150 saja sebulan dan yang paling utama adalah 1 rumah untuk 2 penama suami dan isteri dan hanya boleh di beli untuk sekali saja.

Itu baru di namakan wang kembali kepada rakyat. Harta kekayaan negara di kongsikan bersama.

Kelima adalah menghapuskan sistem saman ekor polis dan jpj kerana berdasarkan fakta ianya tidak membantu meringankan beban rakyat tetapi
Menambah sengsara lagi wang rakyat kerana di aniaya dengan pelbagai kesalahan yang sengaja di cari oleh pihak penguasa.

Andai ini tidak dapat di lakukan maka tidak mustahil anak muda akan kejalanraya bagi menggulingkan pemerintah yang sedia ada.

Jika Pakatan Rakyat dapat membuat rombakan dan pembaharuan ke lima enam dasar asas ini maka anak muda akan terus menghormati institusi kerajaan yang ada ketika itu,

Tetapi andaikata Pakatan Rakyat sudah berkuasa kelak dan sombong serta angkuh seperti kerajaan yang ada pada hari ini. Tidak mustahil kami akan memberikan semula kepada Barisan Nasional kemenangan mutlak pada pru 14 nanti!

Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia! Anak muda bersama mu selagi mana engkau tidak menyusahkan mereka dengan pelbagai akta sekatan dan pelbagai helah untuk memaksa wang dari poket mereka keluar untuk perkara yang segaja di cari salah dah silap yang kononnya untuk memacu ekonomi negara dan keselamatan menipu.

Read More ...

Latest Stories




Provokasi yang dilakukan oleh samseng-samseng Umno semasa ceramah Pakatan Rakyat di Gombak baru-baru ini amat dikesali. Ia juga menunjukkan bahawa negara kita makin lama makin menjadi Negara Koboi ataupun sudah pun menjadi Negara Koboi.

Antara ciri Negara Koboi adalah:

1.Berleluasanya budaya samseng dalam masyarakat: Selain kejadian di Gombak tempoh hari, sudah banyak kali ceramah Pakatan Rakyat diganggu oleh samseng Umno/Barisan Nasional. Ini baru soal politik. Selain itu, budaya samseng makin menular dalam masyarakat kita, malah sudah pun merebak di peringkat sekolah rendah. Kewujudan budaya ini dalam masyarakat kita terbukti lagi dengan penerbitan makin banyak filem-filem bertema samseng, seperti KL Gangster, PE3, Budak Pailang dan sebagainya.

2.Berleluasanya penggunaan senjata api dalam jenayah ganas: Hampir setiap hari kita membaca atau mendengar berita tentang penggunaan senjata api dalam jenayah ganas yang membabitkan pembunuhan. Ini menunjukkan seolah-olah amat mudah bagi penjenayah mendapatkan pistol di negara ini. Tidak cukup dengan itu, kes jenayah yang melibatkan penggunaan bom juga sudah banyak kali berlaku. Yang terbaru adalah kes pengedar dadah melemparkan bom tangan ke arah pasukan polis yang mengejarnya.

3.Jenayah berleluasa dan dianggap sebagai perkara biasa: Antara lima dan sepuluh tahun yang lalu, adalah amat sukar bagi kita mendengar siren polis. Tetapi pada hari ini, siren polis sudah menjadi perkara biasa. Kini, jenayah terlalu kerap berlaku, hinggakan ia dianggap sebagai perkara biasa, terutama oleh para penduduk bandar.

4.Penjenayah galak melakukan jenayah: Sudah banyak kes di mana penjenayah tidak takut melakukan jenayah atau seolah kebal dari tindakan undang-undang. Misalnya adalah kewujudan pusat perjudian haram yang dibuka berdekatan balai polis.

5.Pihak berkuasa lepas tangan: Contohnya adalah apabila ceramah-ceramah Pakatan Rakyat diganggu dan diprovokasi, pihak polis membiarkan sahaja dan tidak menangkap samseng-samseng tersebut.

6.Sikap saling mencurigai: Disebabkan berleluasanya jenayah, maka rakyat hidup dalam ketakutan. Suasana takut ini kemudiannya mengakibatkan rakyat kini saling mencurigai antara satu sama lain. Contohnya, sekarang ni, apabila kita sekadar hendak bertanyakan arah jalan, ada orang yang tidak berani melayan kerana menyangka kita adalah penjenayah yang menggunakan pertanyaan itu sebagai helah.

7.Pergantungan pada pengawal swasta dan alat keselamatan: Sekarang ni, jika kawasan perumahan kita tidak membayar syarikat keselamatan swasta bagi melakukan rondaan, maka kita dianggap sebagai ganjil. Dengan meningkatnya kadar jenayah, banyak kejiranan terpaksa mewujudkan komuniti berpengawal dan berpagar (gated and guarded) bagi memastikan keselamatan kejiranan mereka. Tidak cukup dengan itu, sudah banyak rumah yang memasang penggera dan CCTV. Pergantungan yang kian meningkat pada pengawal swasta dan alat keselamatan adalah satu lagi ciri Negara Koboi. Tidak mustahil bahawa jika kadar jenayah terus meningkat, maka suatu hari nanti, kita terpaksa menggunakan sistem akses kad (card access system) untuk masuk ke dalam rumah kita.

8.Terpaksa menawarkan ganjaran bagi menangkap penjenayah: Kini, sudah semakin banyak pihak, sama ada individu ataupun organisasi yang terpaksa menawarkan ganjaran bagi menangkap penjenayah yang telah melakukan jenayah terhadap mereka. Ini antara lain menunjukkan bahawa rakyat kurang percaya pada keupayaan pihak polis bagi membanteras jenayah.

9.Berleluasanya ketidakadilan: Berleluasanya ketidakadilan adalah satu lagi ciri Negara Koboi. Ramai orang kini sebenarnya lebih percaya dan yakin pada NGO daripada kerajaan. Mereka yakin bahawa NGO lebih mampu membantu mereka menyelesaikan masalah dan mendapatkan keadilan. Antara punca ini berlaku adalah berleluasanya ketidakadilan dalam masyarakat, yang mana kerajaan yang sepatutnya menegakkan keadilan. Maka apabila kerajaan dilihat tidak menegakkan keadilan, maka rakyat yang tertindas terpaksa memohon bantuan daripada NGO.
Read More ...

Latest Stories



Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) merupakan satu persimpangan sejarah penting bagi semua rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan keangkuhan kuasa UMNO/BN lebih daripada 55 tahun.

Keinginan rakyat berjuang untuk perubahan di Malaysia semakin kuat. Rakyat mahu selamatkan Malaysia daripada masalah politik, ekonomi, sosial serta pendidikan yang kian hari kian serius. Kehidupan rakyat juga dalam keadaan yang susah di mana beban yang semakin berat.

Dalam PRU13, sebanyak 13,052,374 pengundi yang akan menentukan masa depan negara kita. Samada negara kita akan mengembalikan hak kepada rakyat, banteras rasuah dan menubuhkan Malaysia yang baru yang berasaskan dengan prinsip kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Sebagai seorang pengundi yang bijak maka perlu didedahkan dengan pelbagai maklumat yang tepat. Oleh itu, semua pengundi perlu mengetahui 10 taktik kotor yang seringkali dipergunakan oleh UMNO/BN sejak dulu lagi agar tidak tertipu lagi.

Taktik KOTOR 1: Tidak Berupaya Bezakan Negara dan Parti.

Sebagai balasan perjuangan kemerdekaan, UMNO/BN telah rampas tanah rakyat dengan terang-terang. 24 keping tanah komersial di Selangor telah dijual dengan RM1 persegi menunjukkan keangkuhan kuasa yang ada pada UMNO/BN.

Taktik KOTOR 2: Salahguna Kuasa Untuk Kepentingan Politik.

Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan menuduh Menteri Dalam Negeri campur tangan politik ke atas pasukan polis. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dipergunakan untuk menyiasat badan bukan kerajaan NGO SUARAM yang menfailkan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menukar dan memindah kakitangan awam di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat untuk menjejaskan urus tadbir kerajaan negeri. Semua adalah contoh salahguna kuasa yang bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Taktik KOTOR 3: Politik Perkauman.

Walupun negara telah merdeka lebih 55 tahun, tetapi UMNO/BN masih mewarisi politik ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh penjajah British. Dengan politik perkauman sempit seperti kuasa orang Melayu tergugat dan Insiden Mei 13 mungkin berulang yang dibawa oleh PERKASA dan Pemuda UMNO, maka konsep 1 Malaysia hanya menjadi satu slogan kosong yang tidak bermakna sahaja.

Taktik KOTOR 4: Politik Wang.

Presiden MCA Chua Soi Lek menyatakan bahawa politik wang bukan rasuah. Keluarga PM Najib Razak terlibat dalam projek Kementerian Pertahanan yang melibatkan sebanyak RM100 juta. Ketua Menteri Musa Aman yang terlibat secara langsung dalam RM40 juta wang seludup. Kesemua ini hanya merupakan sebahagian kecil politik wang dan rasuah UMNO/BN. Kredibiiti dan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bankrap.

Taktik KOTOR 5: Penipuan dalam Pilihanraya.

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) didapati adalah ahli UMNO. Senarai pengundi yang tidak bersih serta mempunyai pengundi hantu. Media tidak bebas, masa kempen terlalu singkat serta peraturan yang berat sebelah. Walaupun BERSIH 2.0 telah mendesak kerajaan untuk menjalankan reformasi sistem pilihanraya tetapi tiada perkembangan yang positif.

Taktik KOTOR 6: Akta Zalim Menindas Hak Asasi.

Walaupun PM Najib Razak berjanji untuk mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO), tetapi diganti dengan dua akta yang terus membenarkan kerajaan membuat penahanan tanpa perbicaraan. Akta Hasutan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Perhimpunan Aman adalah akta-akta zalim yang dijadikan alat kepada UMNO/BN untuk mencabuli hak asasi rakyat.

Taktik KOTOR 7: Menguasai Media dan Putar-Belit.

Utusan Malaysia, TV3 dan RTM yang dikuasai oleh UMNO/BN telah menjadi alat politik untuk menyerang Pakatan Rakyat. Liputan yang berat sebelah serta putar-belitkan sesuatu isu telah menyebabkan media massa tersebut hilang kredibiliti dan profesionalisme. Media massa tersebut juga tidak berupaya membuka minda masyarakat umum.

Taktik KOTOR 8: Fitnah dan Aibkan Pembangkang.

Tuduhan fitnah yang sering dibuat oleh UMNO/BN ke atas Pakatan Rakyat seperti hasut rakyat guling kerajaan melalui demonstrasi atau belajar dari Arab Spring, melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya. Peserta demonstrasi didakwa membawa senjata atau menyerang polis adalah taktik kotor UMNO/BN yang tipikal.

Taktik KOTOR 9: Budaya politk samseng dan ganas.

Banyak ceramah umum Pakatan Rakyat telah diganggu dan diserang oleh penyokong UMNO/BN. Politik samseng seperti baling batu, rosakkan banner, bakar bendara parti serta SMS ugutan sering diamalkan oleh UMNO/BN yang tidak berani untuk berdebat atau berhujah. Puak samseng tersebut masih bermaharajarela sampai hari ini.

Taktik KOTOR 10 Alih Fokus dan Tipu Helah.

Apabila ditentang kuat oleh masyarakat sivil seperti BERSIH 2.0 dan Himpunan Hijau, UMNO/BN akan mengalih fokus untuk meredakan bantahan daripada masyarakat umum. Dalam isu Lynas, kerajaan UMNO/BN sanggup menipu rakyat dengan menyatakan produk sisa radioaktif akan dihantar keluar ke luar negera walaupun dilarang oleh Waigani Convention. Kesemua ini adalah tipu helah UMNO/BN.
Read More ...

Latest Stories



Assalamualaikum semua .. lama tak update post .. hari ini ana nak share satu artikel , tentang perjalanan zina , maksud ana , langkah langkah , plot plot yang dicipta kebanyakan lelaki untuk memuaskan nafsu mereka .. Saya singgah ke satu blog kesukaan iaitu blog Ustaz Zaharuddin. Tertarik membaca ulasan dan jawapan beliau berkenaan hubungan antara lelaki dan perempuan. Kisahnya berkenaan lelaki dan wanita berzina dan ingin bertaubat. Itu satu hal. Yang mengejutkan daripada hampirt 100 komen di bawah artikel itu, boleh saya rumuskan 50% komen menceritakan dan memohon Ustaz Zaharuddin menyelesaikan masalah zina masing-masing.

Ini bukan lagi isu terpencil!

"Saya dan dia sudah kenal lama... kami mahu berkahwin tetapi keluarga pihak lelaki tidak bersetuju. Dan sekarang kami sudah terlanjur dan ingin bertaubat."
"Kami sudah bertunang... dia sebenarnya seorang lelaki yang baik. Tetapi akhirnya kami tewas dengan desakan nafsu masing-masing."
"Pada awal jumpa dengan saya dia seorang lelaki yang baik dan hormati saya. Pertemuan kami yang pertama di Shopping Mall. Selepas dua tiga kali bertemu kami tidak melakukan hal terlarang melainkan hanya berpegangan tangan. Selepas itu, dia minta lebih. Awalnya saya bertegas, tetapi layu dalam pujukan dia."
Itu komen-komen di blog seorang ustaz. Dan sekarang pula cerita di akhbar tabloid negara.
Seorang mangsa, Rozie, 20, dari Ampang tidak menyangka perkenalan dengan seorang jejaka melalui laman sosial Facebook bakal menjadi titik hitam dalam hidupnya. Katanya, menerusi laman sosial itu, Boy dilihat seolah-olah tidak mempunyai ramai rakan perempuan berikutan tiada kenalan wanita dalam senarai sahabatnya. "Ini menyebabkan saya menganggap Boy bukan kaki perempuan dan boleh dipercayai. "Kami bertemu buat kali pertama apabila dia mengajak saya ke majlis hari jadi rakannya," kata Rozie yang jatuh cinta dengan Boy yang bersopan-santun dan pandai menjaga hatinya."Di tempat kerja, saya kerap diganggu lelaki, tetapi Boy pula sering mengambil berat dengan menjaga saya daripada diganggu mereka," katanya yang bertugas sebagai pakar kecantikan di ibu kota. Akibat terlalu percayakan lelaki itu, Rozie mengandung hasil hubungan terlarang mereka selepas setahun menjalin cinta.
Itulah satu daripada ribuan cerita liku kehidupan masyarakat pada masa sekarang. Denga hanya internet penyambung hubungan. Allah, Rasul, keluarga dan maruh ditolak ke tepi. Semuanya atas nama cinta.
Sungguh mereka tidak mengerti untuk membezakan apa itu CINTA dan apa itu NAFSU.
Kasih Rasul Terhadap Wanita
Dalam sejarah umat, insan yang paling kasih dan cinta kepada wanita ialah Rasulullah s.a.w. Tidak sedikit usaha, teguran dan tindakan yang dibuat dalam menterjemahkan perasaan cinta Baginda terhadap kaum hawa ini. Tetapi sering kali kita mengabaikan bahkan memperlekehkan nasihat Baginda.
"Islam ini kuno. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tension tahu!"
"Mak ayah aku pun tak bising... yang kau bawa al-Quran dan hadis segala ini buat apa. Sikit-sikit Islam, nak cakap Islam pergi masjid la beb?"
Bagi yang mengatakan Islam yang Rasulullah s.a.w bawa itu kuno, mengongkong, dan segala nista, saya ingin mengajak kita sama-sama renung satu kisah sirah nabawi ketika Baginda menunaikan Haji Wida', haji yang terakhir Baginda. Baginda memberikan satu khutbah umum yang terakhir dalam hidupnya. Salah satu aspek yang Baginda sentuh adalah berkenaan kaum Hawa.
Rasulullah s.a.w. :
"Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."
Inilah insan yang mempertegaskan hak wanita, inilah jua insan yang anda katakan kolot. Inilah insan yang menyuruh melayani wanita dengan kasih sayang, inilah jua insan yang anda katakan mengongkong. Inilah insan yang melayani wanita dengan lemah-lembut, inilah jua insan yang anda katakan out of date.
Skrip Berulang
Jika kita melihat senario di atas, modus operandi hingga terjadinya zina dan sama waktu dengannya adalah mudah dan berulang-ulang kisahnya.
01.Berkenalan.
02.Lelaki berlakon baik atau memang baik pada awalnya.
03.Perempuan terkesima dengan baik budi dan ayat si lelaki.
04.Keluar bersama untuk kali pertama dan lelaki itu kelihatan sungguh baik dan sopan.
05.Hubungan semakin rapat dan lelaki meminta berpegangan tangan.
06.Perempuan bertegas menolak, dipujuk dan dipujuk.
07.Akhirnya layu... dan pergilah ke babak yang seterusnya.

Mudah sahaja skrip cinta masyarakat sekarang. Dan skrip inilah yang membawa kecelakaan kepada masyarakat.
Menjadi tanda soal, haruskah hubungan lelaki dan wanita berakhir seperti ini? Adakah semudah itu untuk mencairkan hati seorang wanita. Cukup sekadar ayat power, muka kacak, dan belanja makan yang tidak seberapa. Dan siap untuk menyerah diri untuk disembelih sang lelaki. Kambing yang abah jual pun harga RM400 seekor, takkan belanja makan yang tidak sampai RM50 sudah layu.
Kelebihan lelaki ialah pandai memujuk dan berlakon, dan kelemahan wanita adalah mudah dipujuk rayu dan ditipu. Oleh sebab itu, Islam melihat isu hubungan lelaki dan wanita ini cukup penting untuk disentuh. kerana disini letak titik jatuh bangun ummah. Mahu lihat masa depan Islam, lihatlah pada pemuda-pemudinya. Jika pemuda-pemudinya kaki rempit, masa depan Islam "rempit" jugalah jawabnya.
Sunnah dalam Hubungan Lelaki dan Wanita
"Kenapa dia naik motor dengan perempuan tu? Ada apa-apa urusan mendesak ke sampai perlu macam itu?" saya bertanya kepada seorang rakan.
"Entah tak pasti pulak kenapa. Tapi ada orang bagi tahu mungkin salah satu cara dakwah kot," jawab dia bersahaja.
"Dakwah apa? Apa yang dia tahu dengan dakwah seperti itu? Mengangkat perempuan itu dari satu lubang neraka dengan meletakkan ke dalam lubang neraka yang lain. Kali ini dengan lelaki itu masuk lubang sekali. Dakwah itu luas, tetapi masih tidak berkompromi dengan bersalut kemaksiatan," saya menjawab. Mengaitkan tindakan itu dengan Islam dan dakwah pula.
Islam itu meraikan fitrah. Jika anda suka kepada perempuan, bersyukurlah kerana anda normal dan bukan gay. Jika si gadis tertawan dengan sang lelaki, itu juga normal dan tidaklah berdosa dalam Islam. Tetapi ada aturannya...
01.Ramai pasangan keluar berdua-duaan tidak kiralah sama ada pergi shopping, dating, atau ke masjid sekalipun. Ketahuilah itu dilarang sama sekali. Bagi yang sudah bertunang sekalipun aturannya tetap ketat. Keluar dibolehkan tetapi dengan syarat ditemani oleh mahram yang (1)tsiqah. Ada yang mengajak teman, sedangkan teman yang diajak itu merapu dan tidak tahu hukum-hakam.
02.Kurangkan komunikasi yang tidak berkenaan. Isi perbincangan seharusnya dikawal. Isi pun dikawal, gantiaan nama seperti ayang itik, abang, ucuk dan segala hal lagilah bersalahan dengan syarak.
03.Tidak boleh bersentuhan sama sekali. Jadi diharap tiadalah dialog: "Saya dan dia cukup menjaga. Kami tidak melakukan larangan. Paling tidak pun hanya sekadar berpegangan tangan saja." Pegang tangan sahaja... hurm.
04.Elakkan fitnah daripaada masyarakat sekeliling. Mahu elakkan fitnah, jangan cipta fitnah. Jangan salahkan masyarakat mengata, sedangkan diri dengan pasangan kelakuan sumbang.
05.Berkaitan gambar. Melihat aurat sudah semestinya sudah salah. Sekarang trendmenjadikan gambar pasangan sebagai wallpaper telefon bimbit, laptop bahkan menjadiprimary picture di Facebook dan Friendster. Dua kali salah! Dilarang bertukar gambar tanpa sebab yang syarie'.
06.Jika semua ini kita tidak mampu lakukan dan penyelesaian pernikahan itu masih jauh perjalanannya. Putuskanlah hubungan itu dengan serta-merta. Pedih lagi sedih. Memang! Tetapi itulah mujahadah. Rintangan dihadapan lagi besar dan memerlukan lebih tinggi mujahadahnya berbanding putuskan hubungan itu. Percayalah, jika niat semua itu kerana Allah s.w.t., Dia akan gantikan duka lara hati dengan kegembiraan lebih besar daripada itu.

Keluarga Muslim
Selepas melihat semakin rosaknya umat sekarang, bagi saya adalah satu keperluan untuk membina satu keluarga contoh.(2)Sakinah dan (3)mawaddah sudah menjadi kewajipan setiap insan yang mengaku beriman. Melahir dan mendidik generasi baru sebagai penyambung mata rantai perjuangan Baginda sudah menjadi tuntutan yang vital.
Kepada lelaki, hormatilah wanita seperti Baginda menghormati mereka. Kepada wanita, lebihkan menjadi daripada mencari dan kuatlah dalam berprinsip. Tetapi sebelum kita mahu bina keluarga Muslim lagi mukmin, mulakan dengan melihat dan memilih calon ibu kepada anak-anak kita. Dan lihat dan pilihlah calon bapa kepada anak-anak kita. Itu tapaknya, jika mahu kukuh bangunannya! Anda mencari, saya mendoakan...

Glosari


(1) Tsiqah: Terpercaya daripada segi agama dan matang dalam tindakan.
(2) Sakinah: Tenang, tenteram.
(3) Mawaddah: Kasih sayang, terutamanya dalam hubungan antara suami isteri.
Read More ...