Latest Stories


Tentu anda ingin mengetahui apakah rahsia peniaga di Kelantan ini? Pada dasarnya mungkin tiada rahsia atau strategi yang spesifik yang diguna pakai oleh peniaga di negeri ini ketika memulakan atau menjalankan perniagaan mereka.  Namun yang berikut ini adalah beberapa faktor yang dilihat sebagai faktor kejayaan peniaga-peniaga ini.

1.     Bijak Menggunakan Peluang Yang Ada.  Ini pandangan ikhlas saya, pada pendapat saya peniaga di Kelantan bijak mencari dan menggunakan peluang yang ada.   Sebagai contoh, jika mereka hendak berniaga, peniaga ini akan memulakan perniagaan di tempat yang menjadi tumpuan peniaga dan juga orang ramai.  Peniaga-peniaga ini akan sentiasa menjaga hubungan baik dan bertimbang rasa sesama mereka.  Jarang dilihat peniaga yang menjual barangan yang sama dengan peniaga yang berniaga di sebelahnya.  Contohnya, jika peniaga di sebelah sudah menjual colek buah atau sate ikan, maka peniaga yang sebelah lagi akan menjual air batu pula. Mereka saling melengkapi, dan sebaik mungkin cuba mengelakkan persaingan, lantas mengelakkan pergaduhan.

2.     Kesepakatan.  Bagi mereka yang menjual di bazar atau di kedai-kedai bebas cukai pula, kebanyakannya akan bersepakat dalam menentukan harga yang akan dikenakan bagi setiap barangan itu agar nilainya sama untuk setiap kedai.  Contohnya, jika kedai A mengenakan harga RM45 untuk sepasang tudung bawal gred A, begitu juga lah harganya di kedai B.  Jika barangan di kedai A kehabisan stok maka mereka tidak akan melepaskan permintaan daripada pelanggan itu begitu sahaja.  Sanggup peniaga ini mencari barangan yang sama di kedai-kedai yang lain demi memuaskan hati pelanggan mereka, secara tidak langsung dapat juga menambah jualan rakan kedai yang lain.  Pakaian dan fesyen yang dijual juga mengikut trend terkini, yang kebanyakannya diimport dari negara jiran, Thailand.

3.     Aliran Tunai Yang Tinggi.  Kelantan dilaporkan antara negeri yang mencatatkan aliran tunai paling tinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.  Majoriti penduduknya membeli belah tanpa kad kredit dan hanya menggunakan wang tunai semata-mata.  Sebagai contoh, jualan tunai di hypermarket Kota Bahru, Kelantan mencatatkan rekod antara yang tertinggi di Malaysia.  Sebilangan besar rakyat Kelantan boleh berbelanja mengikut kemahuan tanpa kebergantungan terhadap penggunaan kad kredit.  Ini juga mungkin merupakan salah satu punca pemangkin mengapa rakyat Kelantan berminat untuk berniaga.  Bagi peniaga, belian secara tunai memudahkan mereka kerana masalah hutang dapat dielakkan.  Keuntungan yang dimiliki hasil daripada jualan tunai dapat  digunakan semula dengan segera oleh peniaga tadi sebagai modal untuk pembelian barangan yang lain pula.

4.     Penjenamaan.  Ya, antara strategi perniagaan peniaga negeri ini adalah dengan mengeluarkan jenama produk tertentu contohnya produk makanan menggunakan nama-nama yang bercirikan kemelayuan atau jenama yang melambangkan produk itu adalah hasil buatan orang Melayu sendiri seperti ‘Sos Pencicah Cik Nah’ atau ‘Keropok Segera Cap Keropok dan Pinggan’.  Ada juga yang menggunakan logo keris, kubah masjid dan sebagainya dalam penjenamaan produk atau kedai mereka.  Dialek Bahasa Melayu Kelantan juga diguna pakai dalam penjenamaan produk, contohnya produk budu berjenama ‘Budu Tersohor Kelate!’, dan seterusnya menjadikan produk itu tadi lebih cenderung ke arah ‘mesra’ pengguna.  Negeri yang terkenal dengan gelaran ‘Serambi Mekah’ ini juga masih mengekalkan tulisan jawi pada sebilangan besar papan tanda iklan-iklan di tepi jalan, di samping model wanita yang menutup aurat untuk menjaga lambing kesucian agama Islam itu sendiri seterusnya menarik kuasa membeli pada segenap lapisan masyarakat.

5.     Bahan mentah yang murah dan mudah didapati.  Jika dilihat daripada sudut harga pula, walaupun kita tahu Kelantan merupakan tempat tarikan pelancongan, namun barang makanannya masih lagi boleh dijual dengan harga yang murah.  Ada beberapa faktor penyebab yang memungkinkan hal ini berlaku antaranya kos bahan mentah yang murah dan mudah didapati.  Pada perspektif lain pula, dengan menjual pada harga yang murah juga mungkin menunjukkan bahawa peniaga di sana tidak lah terlalu sempit hidupnya untuk sewenang nya menaikkan harga barang.  Bayangkan untuk sarapan pagi anda hanya perlu membayar lebih kurang RM1.50 untuk nasi berlauk ayam dan kuih-muih pula masih lagi berharga 25 sen sebiji berbanding jika di Kuala Lumpur sudah tentunya harga bagi kedua-duanya boleh mencecah sehingga RM3.50 dan 40 sen masing-masing.

6.     Minat dan Permintaan.  Antara faktor lain yang menjadi rahsia peniaga di Kelantan adalah minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan yang mungkin disebabkan faktor keluarga ataupun atas sikap diri sendiri.  Penduduk Kelantan memang terkenal dengan sikap mereka yang suka berdagang dan berniaga.  Selain itu, permintaan terhadap barangan sentiasa ada, baik barangan runcit, makanan mahupun barangan keperluan yang lain.  Sebutlah apa sahaja jenis perniagaan, pasti ada peniaga yang sudah atau mampu mengusahakannya. Di Kelantan, banyak terdapat pusat-pusat perniagaan seperti Pasar Besar Siti Khadijah atau dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Buluh Kabu yang terletak di pusat bandar Kota Baharu.  Pasar Besar Siti Khadijah merupakan salah satu pusat perniagaan yang menjadi tarikan pengunjung yang datang ke negeri Kelantan.   Pengunjung dapat melihat satu pemandangan yang unik apabila kebanyakan peniaga di sini terdiri daripada kaum wanita!  Antara pusat perniagaan lain yang terdapat di negeri Kelantan adalah seperti Pasar Borong Wakaf Che Yeh, KB Mall, KB Bazar, Bazar Buluh Kabu, Bazar Tok Guru, Pusat Perniagaan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubur.

7.     Sikap Peniaga. Sifat berniaga dan suka merantau itu sememangnya sudah sebati dalam diri penduduk di negeri Kelantan.  Walaupun berada di luar negeri Kelantan, anak kelahiran Kelantan tidak akan segan silu untuk memulakan perniagaan.  Ini realiti.  Satu perkara lagi yang boleh kita lihat adalah pada sikap peniaga itu sendiri yang berdisiplin dan mudah mesra pelanggan.  Jika berkunjung di kedai atau bazar yang terdapat di sini, peniaga-peniaga ini memang pandai bermanis mulut ketika melayan pelanggan mereka.  Tidak kiralah sama ada peniaga itu sudah berusia ataupun yang masih muda, dialek Bahasa Melayu Kelantan yang adakalanya terlalu pekat tidak dijadikan alasan untuk tidak berkomunikasi dan melayan dengan baik pelanggan mereka.

Namun, ada juga yang peniaga di Kelantan ini yang berniaga sekadar untuk mengambil alih perniagaan yang diwarisi oleh keluarga dan ada juga yang menceburi bidang perniagaan kerana keadaan memaksa contohnya mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap akibat tiada kelulusan yang bersesuaian.  Maka atas faktor desakan hidup mereka memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Contoh Usahawan Kelahiran Negeri Kelantan Yang Berjaya

Jika inginkan contoh usahawan Kelantan yang berjaya, maka siapa yang tidak kenal Datuk Steven Sim – pengasas francais Secret Recipe.  Datuk Steven Sim merupakan anak kelahiran Kota Baharu, Kelantan dan membesar dalam kalangan orang Melayu.  Fasih bertutur dalam dialek Bahasa Melayu Kelantan, beliau kini mempunyai 270 restoran di 8 buah negara termasuk Australia dan mempunyai lebih 3000 tenaga pekerja yang 98% daripadanya terdiri daripada orang Melayu.

Kaum bumiputera Kelantan pula tidak terkecuali.  Ramai juga usahawan bumiputera kelahiran negeri Kelantan yang telah berjaya, contohnya pengusaha bas Sani Express, Dato Wan Mohamad Sani yang pernah dinobatkan Tokoh Usahawan Muda oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA).  Begitu juga dengan seorang lagi usahawan terkenal, Datuk Yusmira Mohd Yusof yang merupakan pengasas produk kecantikan Yusmira.  Ketiga-tiga mereka merupakan antara contoh usahawan kelahiran negeri Kelantan yang sangat berjaya pada ketika ini.

Kesimpulan

Dunia perniagaan bukanlah satu bidang yang asing lagi bagi penduduk di negeri Kelantan.  Anak-anak kelahiran negeri Kelantan yang merantau ke negeri-negeri lain juga cenderung untuk berniaga walaupun mereka tidak berada di negeri kelahiran mereka sendiri.  Tiada perasaan malu atau segan untuk mula berniaga walaupun terpaksa bermula daripada peringkat bawahan.  Beberapa rahsia peniaga yang dibincangkan di atas tadi hanyalah mengikut pandangan mata kasar sahaja.   Sudah tentunya terdapat banyak lagi faktor-faktor intrinsik dan ekstrinsik yang boleh diambil kira sebagai penentu kejayaan seorang peniaga itu.

Namun dalam apa juga bidang yang diceburi, tidak semuanya akan berakhir dengan kejayaan.  Kejayaan bagi seseorang peniaga itu tentu tidak akan menjadi kenyataan tanpa semangat yang tinggi dan kecekalannya dalam mengharungi segala dugaan yang tiba.  Kini, gelaran yang selalu diberikan kepada negeri Kelantan sebagai negeri dengan penduduk yang “miskin” atau “mundur” itu mungkin sudah tidak relevan bagi rakyat negeri ini.  Hakikatnya mereka ini sebenarnya kaya dengan semangat, pengalaman dan budi bahasa.  Jika tidak percaya, datanglah sendiri ke Kelantan.
Read More ...

Latest Stories



Berkata Ali r.a.: "Saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah S.A.W. Apabila kami masuk ke rumah baginda maka kami melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah: 'Ya Rasulullah, mengapa Rasulullah menangis?"

Rasulullah bersabda: "Aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita. Antaranya:

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidah dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak dituangkan ke dalam kerongkongnya.

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya.

4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular dan kala jengking.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan dibawahnya terdapat api yang menyala-nyala.

6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka.

7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri.

8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di dalam peti daripada neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya seperti hidung, telinga, dan mulut. Badannya pula berbau busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra.

9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan

10. Orang perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya dan para malaikat memukul kepalanya dengan palu mereka dari neraka.

Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya itu maka Fatimah pun berkata "wahai ayahku, ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh wanita-wanita tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda "wahai anakku Fatimah, adapun:

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, kerana dia tidak mahu menutupi (melindungi) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahu menutup auratnya.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda "seseorang wanita yang menyakiti suaminya dangan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya. Seseorang perempuan yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT dan para malaikat melaknatinya."

Dari Usman r.a. berkata "seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata "Aku belum pernah melihat kebaikanmu" maka Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya.

4. Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri setelah kedatangan haid dan nifas.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang lain.

6. Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya dikalangan orang ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

7. Orang perempuan yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular dan kala jenking adalah kerana dia itu boleh bersolat, puasa tetapi tidak mahu mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak mahu juga mandi junub.

8. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi, dan badannya seperti kaldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

9. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.

Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa: "Kalaulah semua yang ada dibumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa oleh seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun' .Maka sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak".

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk oleh segala yang disinari matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya"

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu keluar dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-wangian yang harum dan si suami pula membenarkannya, maka sesungguhnya Allah SWT akan membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itu satu rumah dalam neraka"

Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati maka sesungguhnya Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi boleh tertawa dihadapan suaminya atau pun menggembirakan suaminya itu".
Read More ...

Latest Stories




Seperti menjadi 1 kewajipan masa kini bagi umat melayu yang bermazhab ahlul sunnah wal jemaah telah menaikkan harga hantaran kahwin untuk lelaki yang mahu mengahwini anak gadis mereka.

Perkara ini sangat merunsingkan kerana umum tahu harga hantaran kahwin yang terlalu tinggi dan urusan nikah yang terlalu rumit yang di buat oleh pedagang pedagang agama yang kononnya untuk memantapkan urusan rumahtangga adalah perniagaan semata mata,

Ianya adalah cara buat duit oleh pihak pihak pedagang agama ini seperti wajib kursus kahwin, wajib mendapatkan tandatangan ketua kampung, wajib membuat ujian darah, wajib itu dan wajib ini yang mana ianya menyusahkan dan bukan untuk di permudahkan, dan bila tiada untuk di permudahkan, ianya telah menyumbang gejala zina dan pembuangan bayi di dalam tong sampah,

Kerana umum tahu nafsu seks adalah perkara yang tidak dapat di tahan hatta ulama, pak lebai, pak masjid, pak ustaz sekalipun, kerana ianya adalah naluri semulajadi bagi setiap manusia,

Ibubapa di malaysia yang islam yang di katakan aliran ahlul sunnah wal jamaah ini meletakkan harga yang menggunung tinggi untuk anak gadis mereka kerana mahu di hormati dan di pandang tinggi oleh masyarakat sekeliling

Kononnya menantu mereka adalah orang kaya dan halal haram pendapatannya lain kira, janji kaya sudah cukup bagi kebanyakkan mereka, kononnya bagi menjamin masa depan anak mereka di dunia, tetapi di akhirat nanti bagaimana?

Pernahkan mereka terfikir akan kesannya? Perkara ini juga telah menyebabkan begitu ramai golongan lelaki melayu islam ahlul sunnah wal jamaah terpaksa mengikat nafsu mereka dan mengikat perut mereka untuk mengumpul wang
Atau berhutang dengan bank hanya semata mata untuk bernikah atau terus membujang

Sambil setiap bulan terpaksa mengeluarkan rm 30 hingga rm 50 untuk membuang air mani mereka di kawasan brigfield, cow kit atau bukit bintang?

Majlis agama islam dan mentaliti ibubapa di malaysia tidak memikirkan akan risiko yang bakal pihak lelaki hadapi kerana bebanan pada kaum lelaki ini, tetapi hanya mementingkan prestij, status kemewahan dan mahu di sanjungi saja,

Berbalik kepada ceritera di atas, di harap marilah kita bersama sama berkempen untuk turunkan harga hantaran, kerana umum tahu dewasa ini harga hantaran kahwin yang di tetapkan oleh ibubapa pihak pengantin perempuan
Yang bermazhab ahlul sunnah wal jamaah ingin membuat kenduri yang besar dan mahu menjemput sekurang kurangnya 100 ribu orang makan.

Sedangkan nikah itu sangatlah mudah dan lagi di redhai oleh allah s.w.t tetapi mereka memilih untuk menyusahkan pernikahan dan perkahwinan, kononnya supaya pihak lelaki merasa bertanggungjawab setelah bergolok bergadai untuk memiliki perempuan idamannya.

Persoalan kini timbul lagi, adakah makcik makcik dan pakcik pakcik yang meletakkan harga yang tinggi seperti emas itu untuk nilai anak perempuannya adalah ahlul sunnah wal jamaah yang taat?

Persoalan kedua pula timbul kembali, adakah anda merasa pelik dengan kes pembuangan bayi yang tidak berdosa setelah anda mengetahui hakikat sebenar yang terjadi di malaysia ini? Kerana ianya berpunca dari hantaran kahwin sebenarnya! Tiada sebab lain!

Persoalan ketiga juga muncul, jika bernikah memerlukan modal rm 3 ratus dan kenduri kahwin tanpa adanya persandingan dan pembaziran yang mana pihak perempuan hanya meminta rm 2 ribu saja sebagai hantaran, sudah pasti, tiada kes zina dan buang bayi akan di temui lagi,

Kembalilah kepada pegangan ahlul sunnah wal jamaah iaitu pernikahan itu murah, perkahwinan itu mudah! Ianya akan di redhai oleh allah.

Read More ...

Latest Stories



1 - Rumah di Kelantan banyak besar-besar, dan merupakan rumah tanah lot, bukannya rumah taman yang kena beli. Dan ianya milik Melayu Kelantan.

2 - Emas di Kelantan antara emas paling baik di Malaysia. Dan Kelantan antara negeri pertama perkenalkan Dinar Emas sebagai matawang ... dan pelaburan.

3 - Ramai penduduk Kelantan terutama wanitanya pakai emas sampai berat leher, gelang sampai ke lengan.

4 - Emas dijual secara jaja menjaja je ..jual tepi jalan je .....maknanya ramai mampu nak jual beli emas kat Kelantan.

5 - Kaum bumiputera Kelantan antara ramai paling berjaya dalam perniagaan. Banyak bisnes sendiri yang berjaya di Kelantan.

6 - Lembu-lembu dijual di tepi jalan je ... fresh ... daging fresh selalunya mahal, tak macam tempat lain lebih suka daging sejuk beku dari India, Australia.

7 - Kedai perniagaan di Kelantan, majoriti adalah Melayu. Besar-besar lak tu.

8 - Masih lagi banyak kuih-muih dan makanan yang dijual murah - tunjukkan bahawa peniaga di sana tak kesempitan hidup untuk sewenangnya naikkan harga barang.


Banyak lagi fakta mata .... yang boleh anda lihat sendiri di Kelantan yang menunjukkan bahawa Kelantan bukanlah negara miskin yang digemburkan sesetengah pihak. HH tak faham kenapa ada pihak mahu memburukkan negeri Kelantan ini .... sedangkan hakikatnya ... Kelantan boleh dianggap negeri yang paling berjaya di kalangan penduduk Bumiputera.

Mungkin ada mata nampak yang miskin melata di Kelantan ... tetapi itulah ..kadangkala benda yang kecil kita boleh senang terperasan ...sebab ia nampak pelik di sana ... walhal di negeri lain, ia tidak nampak kerana dah selalu sangat nampak dan dah selalu sangat perasan.

Ok.... ramai duk kate Kelantan nie negeri yang paling miskin.... Negeri yang paling mundur... negeri yang tak membangun sejak bertahun-tahun... Pastu ada pulak digembar-gemburkan mengatakan dengan fakta-fakta yang Kelantan nie sememangnya negeri yang paling miskin di Malaysia nie!

Tapi betul ker? Aku tak tau sangat pasal nie...Macam mana pengukuran kemiskinan sesebuah negeri tu diukur... Dari segi projek pembangunan infrastruktur ke? Dari segi pembangunan rumah flat ke? Atau dari segi kemewahan rakyat tu sendiri? Orang yang terlibat je tau ye dak? Tapi aku nie orang Kelantan... Aku selalu balik ke Kelantan...Dan aku tengok dengan mata aku sendiri KEADAAN SEBENAR orang-orang Kelantan.... Nak tau keadaan sebenar penduduk Kelantan? Ni la FAKTA....bukan AUTA!

Kat Kelantan sememangnya masih banyak perkampungan.... Kalau nak banding dengan negeri-negeri lain... Aku rasa Kelantan masih banyak kawasan kampung-kampung... Nampak mundur la di mata orang yang tak tau kan.... Tapi cuba tanya depa sendiri.... Berapa ekar tanah hak milik depa? Rumah yang depa duduk tu... rumah sewa ke rumah sendiri?? Walaupun nampak buruk di luar... cuba masuk dalam tengok.... Siap ada Home Theatre lagi...Lengkap astro dan kipas pakai remote lagi.... Sumernyer bayar cash! Cuba selidik kawasan korang... Umah cantik tersergam indah... tanah cukup-cukup untuk ruangan rumah jer...Umah sewa kaa sendiri??? Tanah berapa butir je hak milik sendiri? Barangan dalaman rumah dah habis bayar belum? Adakah kebanyakannya hasil dari bayaran bulanan? Courts mammoth? he he he...

Ok.... tu pasal rumah.... Skarang tengok dekat wanita-wanita pulak.... Kalau pegi pasar ker....pegi Kota Bharu dekat Pasar Siti Khadijah tu.... Makcik-makcik yang jual sayur tu.... Siap pakai gelang emas tu... Emas pulak bukannya nipis-nipis...tebal dan berat... Agak-agak berapa harga gelang tu? Korang boleh beli tak? Cincin lagi.... tiga empat jari penuh dengan cincin.... Jual sayur jer... bukannya jual insuran ke haper...

Pastu cuba korang pusing-pusing Kelantan sendiri.... Bila nampak rumah banglo... Cuba pegi jap menyamar jadi pembanci rumah.... Cuba tengok sape yang duduk...Melayu ke Cina ke India..... Aku berani cakap... 90% rumah-rumah yang korang serbu tu.... kepunyaan melayu...orang tempatan.... Cuba korang buat dekat negeri korang....:) Agak-agak berapa peratus jer hak milik melayu....10%? 15%?

Bagi yang berpendapatan lebih kurang RM2000..... Cuba hidup kat Kelantan tengok.... Buat eksperimen selama tiga bulan ker... Cuba tengok boleh survive ke tak..... Aku jamin... Korang MEWAH dengan pendapatan RM2000 tu kalau di Kelantan..... Cuba korang compare dengan keadaan korang yang hidup di kotaraya nie.... RM2000 tu cukup tak? Ke kena ikat perut? Makan megi hari-hari? he he he...

Jadi dengan sedikit fakta-fakta depan mata nie..... Korang boleh pikir sendiri la kan..... Kalau la betul Kelantan nie negeri paling miskin... Tapi apa kepentingan kekayaan sesebuah negeri tu untuk RAKYATNYA?? Aku tengok rakyat Kelantan cukup mewah dengan kehidupannya... Kaya dengan tanah (harga tanah makin naik..tak penah turun..maknanya depa makin kaya!!!) Kaya dengan barangan kemas (emas pun tak penah turun harganya..Maknanya makin kaya!!!)... Masyarakat yang hidupnya cukup lengkap dengan kemudahan asas hak milik sendiri (rumah, kebun, barangan asas, dll) Bukan ker tu yang sepatutnya rakyat sesebuah negeri tu dapat?

Aku tak tau pasal negeri mana paling miskin negeri mana yang paling kaya.... Tapi yang aku tau... Orang Kelantan ramai yang dah cukup mewah... Yang miskin pun tetap lebih kaya berbanding dengan kebanyakan masyarakat kita... Depa miskin duit... Tapi kaya... sebab rumah dan tanah depa ada.... Hutang pun takde.... Kita? Duit banyak...Tapi tanah tempat tinggal takde...rumah sewa jer... Segala-galanya bayar loan (HUTANG)... Perlu ke berdabik dada?

Biarla orang nak kata kelantan negeri termiskin... Tapi rakyatnya kaya... Buat apa negeri kaya tapi penduduk setempat sebidang tanah pun takde... Macam dianak tirikan jer... Segala-galanya perlu disewa.... segala-galanya perlu berhutang.... nak jadi hak milik...kena bayar berlipat kali ganda mahalnya.... Hanya golongan kaya je mampu.... Golongan kebanyakan ? Yang dapat kecapi kemewahan negeri kebanyakannya orang-orang tertentu jer... Rakyat biasa macam aku nie? So...apa kepentingan skala kaya dan miskin sesebuah negeri? Apa yang lebih penting?? :)
Read More ...

Latest Stories


Pengaruh Islam dalam Undang-undang Kedah

1 - Penentuan tarikh

2 - Undang-undang yang disuruh buat oleh raja adalah untuk negeri Islam.

3 - Terdapat peruntukan memberi kuasa kepada syahbandar dan mata-mata menangkap pesalah dan dihukum dengan ta'zir raja.

4 - Orang yang makan di khalayak ramai dalam bulan puasa ditangkap dan diberi makan rumput di hadapan balai atau dipukul atas kadarnya.

5 - Hukum berkaitan jual-beli, timbang-menimbang dan sukat-menyukat hendaklah sama berdasarkan nas "aufu mikyala wal mizana".

6 - Menjelaskan peranan masjid.

7 - Segala hukum bersesuaian dengan Islam dan diberitahu kepada rakyat setahun sekali.

8 - Sebutan tentang 'tanah mati' yang menjadi hak Allah Ta'ala dan seterusnya menjadi hak raja.

9 - Disebut 4 syarat raja-raja iaitu ;

a) Manis mukanya sentiasa bertitah pada segala hamba yang di bawahnya.

b) Titah tiada berubah-ubah

c) Kerja kebajikan disuruh segera kerjakan tiadalah kejahatan.

d) Kerja kejahatan disuruh beri jadikan kebaikan. Tatkala tetaplah 4 perkara ini Allah S.w.t menetapkan masanya raja-raja itu.

10 - Terdapat juga hukum-hukum bagi kesalahan membunuh, qazaf, mencuri, pinjam-meminjam matrimoni, khiar, talak, berniaga yang haram, ikrar, murtad, syarat menjadi saksi dan hukum bersumpah yang selaras dengan hukum Islam.


Pengaruh British

Tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan penjajah Inggeris / British dan campur tangannya di Tanah Melayu adalah bertujuan untuk menguasai ekonomi, politik, pentadbiran dan undang-undang di negara ini. Penjajah Inggeris menduduki Pulau Pinang dalam tahun 1786, Singapura 1819 dan Melaka pada tahun 1824.

Setelah itu, dengan perjanjian bahawa Sultan bersetuju menerima seorang Residen British yang akan menasihati Sultan dalam semua perkara berhubung dengan pemerintahan kecuali dalam hal yang berkaitan dengan agama dan adat orang-orang Melayu, nasihat Residen British ini mestilah diikuti oleh Sultan. Perjanjian pertama yang dilakukan ialahPerjanjian Pangkor pada 1874 di antara Sultan Perak iaitu Raja Abdullah ibni Sultan Ja'afar Mua'azzam Shah dan pembesar-pembesar Melayu di Perak bagi satu pihak dan kuasa British yang diwakili oleh Sir Andrew Clarke bagi pihak yang kedua.

Penjajah Inggeris memasuki negeri Perak mulai 20 Januari 1874, negeri Selangor mulai Ogos 1874, menyatukan kesembilan negeri di dalam satu persekutuan pada tahun 1895 di bawah pemerintahan Yang Di Pertuan Besar dan seorang Residen Inggeris sebagai penasihat di Negeri Sembilan, dan dalam tahun 1888 di negeri Pahang.

Penjajah Inggeris kemudiannya bertindak campur tangan di negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu melalui Perjanjian Bangkok pada 9 Julai 1909.

Melalui perjanjian tersebut, Kerajaan Siam memindahkan segala hak kekuasaannya ke atas keempat-empat buah negeri itu kepada Inggeris, sementara Pattani diserahkan kepada Siam. Dalam tahun 1914 negeri Johor pula menerima Penasihat Inggeris. Dengan yang demikian sempurnalah sudah seluruh Tanah Melayu, selain Pattani, dijajahi oleh Inggeris.

Menurut pakar undang-undang, penjajah Inggeris mengenepikan undang-undang Islam dan adat Melayu dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris di Tanah Melayu (yang telah dijajah itu) adalah dengan dua cara, iaitu pertamanya dengan mengadakan undang-undang yang memerlukan undang-undang Inggeris itu diikuti dan yang keduanya dengan mengadakan mahkamah diketuai oleh hakim-hakim yang dapat mentadbir dan ada kalanya memasukkan undang-undang Inggeris.

Rujukan:

1 - Ke arah Islamisasi Undang-undang di Malaysia - Prof Amiritus Ahmad Ibrahim & Prof Madya Dr Mahmud Saedon Awang Othman

2 - Perkembangan Undang-undang Islam di Kedah - Wan Ab Rahman Khudzri Wan Abdullah & Mohd Afandi Salleh

3 - Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu
Read More ...

Latest Stories

Undang-undang Melayu

Di zaman kesultanan Melayu dalam abad sebelum datangnya British ke negeri-negeri Tanah Melayu terdapat beberapa kumpulan undang-undang Melayu. R.O. Winstedt telah membahagikan kumpulan undang-undang Melayu itu kepada 3 jenis

a) Undang-undang Minangkabau

b) Undang-undang Melaka

c) Undang-undang Islam

Di antara 3 jenis undang-undang ini, ternyata undang-undang Melaka mempunyai banyak pengaruhnya. Ia telah dikumpulkan pada mulanya di Melaka dan kemudiannya telah diubahsuaikan dan digunapakai di Kedah, Pahang, Johor, Riau, Pontianak dan Brunei. Undang-undang yang kemudiannya dinamakan Undang-undang Johor, Undang-undang Pahang atau Undang-undang Kedah adalah berasal dari Undang-undang Melaka.
Read More ...

Latest Stories


Undang-undang Islam di Malaysia picture
Hukum / Undang-undang Islam telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu. Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air ini.

Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda diIslam kan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abd Aziz.
Read More ...

Latest Stories


PENGENALAN

Sebelum kedatangan penjajah di Tanah Melayu, undang-undang Islam telah pun diterima dalam istiadat atau adat masyarakat tempatan. Kedua-dua bentuk adat yang utama ialah Adat Temunggung dan Adat Perpatih. Oleh kerana itu, boleh disimpulkan bahawa undang-undang yang dilaksanakan ketika itu ialah undang-undang Islam yang telah diubahsuai oleh adat Melayu. Walaubagaimanapun, pentafsiran tersebut mungkin boleh dipertikaikan kerana pentafsiran tersebut merupakan daripada pemikiran para sarjana Barat seperti Hooker dan lain-lain. Persoalannya kini, adakah undang-undang ketika itu merupakan hasil undang-undang Islam yang diubahsuai oleh adat Melayu atau ianya merupakan undang-undang yang dipengaruhi oleh adat Melayu tetapi telah diubahsuai dan dipengaruhi oleh undang-undang Islam? Perlu diingat bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang yang khusus dicipta Allah tanpa boleh dipengaruhi oleh mana-mana unsur yang bertentangan dengannya samaada daripada adat Melayu dan sebagainya.

Penulisan ini akan meninjau dengan lebih khusus tentang pemakaian undang-undang Islam sebelum penjajahan dan perubahan yang berlaku selepas era kemerdekaan. Tidak dapat dinafikan bahawa telah wujud pemakaian undang-undang Islam dalam Undang-undang Melaka, Terengganu, Johor dan Perak sebelum penjajahan British yang membuktikan cara hidup Islam telahpun diamalkan oleh masyarakat ketika itu.
Read More ...

Latest Stories





Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat. 

Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”

Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.

Dalil-dalil tentang Aurat Wanita
(i) Batasan aurat wanita 
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. 

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66]. 

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan. 

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45]. 

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 

(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life) 
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu 

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan 
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung). 

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59]. 

Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita). 

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31]. 

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.  

(iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life) Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.

Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya, 

wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An-Nur:31] 

atau sabda Nabi, 

lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud]. 

Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).

Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.

(iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab

Tsaub ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah,

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60]. 

Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179].

Larangan Bertabarruj 
Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah 

Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33] 

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan, 

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” 

Abul A’la al Maududi berkata: 

“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya); 

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari]. 

Khatimah
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi: 

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa". 

Wallahu ‘alam bi sawab.
Read More ...