Latest Stories

Anda kenal Justin Bieber? Penulis sendiri tidak berapa kenal penyanyi muda ini, namun ketika Justin datang mengadakan konsertnya di Malaysia, dianggarkan 17,000 penonton memenuhi stadium Negara.

Konsertnya yang pertama di Malaysia berlangsung pada 21 April yang lalu di Stadium Negara. Fenomena Bieber melanda Malaysia apabila tiket-tiket konsert yang berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 habis dijual.  Ribuan peminat khususnya remaja menyaksikan konsert tersebut. Bahkan, peminat Justin Bieber sanggup tiba seawal 3.30 petang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur semata-mata untuk menyaksikan konsertnya yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8.30 malam. Persembahan yang bermula kira-kira pukul 9 malam itu menggamatkan suasana apabila sebilangan besar remaja menjerit-jerit memanggil nama beliau.
Read More ...

Latest Stories

Dilahirkan tanpa tangan sejak kecil lagi..
kegigihannya membuat hati terbuka untuk 
muhasabah diri....
Kenapa manusia yang cukup sifatnya tidak segigih budak ini?
Selalu sahaja mengharapkan orang lain....
Atau bila dah kekurangan sifat baru hendak sedar?
Aku terasa malu dengan budak ini.....



Read More ...

Latest Stories

Senario politik di Malaysia nampaknya tidak pernah sunyi daripada dilanda kontroversi. Kontroversi yang dicetuskan oleh si pelaku dan dalam konteks ini, pemimpin politik semakin hari semakin menjadi-jadi hinggakan ada yang mula mempertikaikan kebenaran disebalik kesemua kontroversi yang dicetuskan itu.

Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala tanda meluat dan amarah mereka terhadap pergolakan politik negara yang ketika ini bertumpu kepada skandal liwat 1, liwat 2 dan terbaru pula seks video membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur.
Read More ...

Latest Stories




Image
Duduk lagi persidangan politik kedai kopi. Bercakap-cakap sampai dinihari. Perubahan tidak ada lagi, teh dan kopi dihirup cawan demi cawan – harga mungkin naik lagi.
Ha..PAS dah tolak ulama kata ahli persidangan itu. Mereka sudah mula melihat politik sebagai keutamaan dan agama sebagai nilai sampingan. Guna agama untuk mendapatkan sokongan Melayu.
Ala...sampuk seorang lagi jemaah politik kedai kopi, bila mereka berjubah dan berserban kita kata ortodoks agama, bila yang pakai kot naik kuasa kita kata tolak ulama tapi kalau fikir-fikirkan ahli mereka memilih dan menukar kepimpinan – satu transformasi PAS. Ada yang kata PAS sedang melakukan gerakan pembaharuan kerana kalau mahu memimpin negara PAS kena juga disokong oleh semua rakyat tidak kira kaum. Itu yang sedang mereka lakukan – gerakan pembaharuan dalam PAS. UMNO bila lagi ..
Read More ...

Latest Stories

Telah menjadi fitrah semula jadi setiap manusia, suka bermasyarakat dan berkawan. Setidak-tidaknya bermasyarakat dan berkawan itu secara terpaksa kerana keadaan kehidupan manusia itu memaksa manusia itu bermasyarakat dan berkawan. Manusia itu tidak seperti malaikat atau haiwan atau pokok kayu yang boleh hidup bersendirian kerana keadaan manusia itu tidak mungkin boleh mengusahakan sendiri setiap keperluan-keperluan kehidupan mereka.

Read More ...

Latest Stories

NONEApakah bahayanya jika golongan profesional menguasai PAS? 

Mengapa Utusan Malaysia dan akhbar arus perdana begitu takut dengan keputusan pemilihan perwakilan muktamar PAS ke-57? Apakah perubahan besar yang mereka jangka akan berlaku berikutan keputusan ini?

Read More ...

Latest Stories


Dalam apa pun yang kita hendak buat kita perlu ada ilmu tentang perkara tersebut. Ilmu menjadi asas-nya. Namun, ilmu sahaja selalunya tidak memadai.

Begitu juga dalam hendak menilai atau hendak mengukur sesuatu perkara, tidak memadai kita mengukur sesuatu itu hanya dengan ilmu atau secara ilmiah semata-mata. Secara ilmiah, hanya akan tercetus ilmul yakin atau keyakinan yang berdasarkan kepada ilmu sahaja. Ilmul yakin masih terdedah kepada berbagai-bagai keraguan dan faktor-faktor yang belum tentu. Mungkin ilmu kita tidak tepat atau tidak cukup atau tidak mengikut dan tidak mengambil kira perubahan yang berlaku atau variasi yang wujud dalam satu-satu hal, perkara atau situasi itu.
Read More ...

Latest Stories

Menurut satu sumber, sumpah laknat berkeupayaan untuk membuka satu pasaran yang lebih luas. Untuk membuktikan hujah sesetengah saudagar agama, satu sumpah laknat telah dipentas di Masjid Sentul. Para pelakon untuk bersumpah telah dipilih khas.

Berbanding dengan sumpah laknat tiga tahun dahulu, kali ini sumpah laknat lebih teratur dari segi pengurusan media. Secara terancang media telah membuat laporan berminggu-minggu tanpa putus tentang sumpah laknat. Laporan media ini cukup membantu kerana di hari pementasan, Masjid Sentul yang biasanya kosong tiba-tiba telah penuh sehinggakan tidak ada tempat untuk bersembahyang.
Read More ...

Latest Stories

Tulisan ini (sekadar yang termampu) bertujuan bagi memastikan mahasiswa jelas dengan apa sepatutnya yang dijadikan pegangan dalam berhadapan dengan isu tersebut. Maka saya seru agar tulisan ini dibaca dengan neraca kebenaran dan penilaian intelektual pemikiran mahasiswa.

[1] Perbuatan mencari-cari dan mendedahkan kesalahan dan keaiban seseorang adalah suatu perkara yang jelas larangannya di dalam al-Quran (Surah al-Hujrat, 49 : 12). Sebarang tindakan tersebut dalam apa jua bentuk mesti dijauhi dan ditentang supaya tidak menjadi budaya dalam masyarakat kita khususnya dikalangan umat Islam.
Read More ...

Latest Stories

SEHARI dua ini negara Malaysia semakin dipopularkan dengan pelbagai istilah baru yang berkaitan dengan keburukan orang-orang politik dan juga beberapa gelaran yang sengaja dijadikan nama pena para bloggers tertentu.

Perihal gelar menggelar orang politik dengan nama-nama tertentu bukannya baru dalam politik Malaysia. Seingat penulis, gelaran yang ketara dibuat orang-orang politik kepada lawan politiknya, ialah pada era Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Read More ...

Latest Stories


Sejak jadi single ni, aku dah kenal ramai perempuan. Yeah, agak menarik juga sebenarnya berkenalan dengan ramai perempuan yang single ni. Dalam banyak-banyak masalah diorang, aku tertarik dengan isu lelaki berkualiti yang kononnya semakin pupus. Heh.. ok, pertama sekali aku outlinekan jenis lelaki yang mereka anggap berkualiti. Ciri-ciri ni adalah kolektif dan bukan berdasarkan daripada input seorang perempuan sahaja.
Read More ...

Latest Stories

Firman Allah bermaksud: "Dan infakkanlah hartamu pada jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam lembah kebinasaan dengan tanganmu sendiri, dan berbuatlah kebaikan. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." [Al-Baqarah:195]
Ibu bapa hari ini sangat berwaspada dengan kegiatan anak-anak yang tidak bermoral melalui medium internet. Selain majalah-majalah yang memaparkan gambar berunsur negatif, internet adalah jalan alternatif yang mudah untuk memuat turun segala video yang diinginkan. Anak muda yang terdidik dengan sistem alam maya ini didedahkan dengan pelbagai video lucah di internet.
Read More ...

Latest Stories

Ada pemimpin UMNO-BN kerana keterlaluan gembira dengan keputusan pilihan raya kecil dan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak menghitung-hitung bakal keputusan PRU13 walaupun usia parlimen sekarang masih ada dua tahun lagi. Terdapat juga yang bermimpi Kelantan dan Pulau Pinang dalam bahasa Speaking: ‘would fall back into BN’s hands…kedua-dua akan dirampas oleh BN’. Saya UMNO dan mahu BN menang tetapi saya juga seorang realis yakni yang berpegang pada kenyataan di padang; berfikir, bertindak dan berharap berpandu kepada situasi kini: antara cita-cita dengan hakikat. So, get real – menghakikikan (cita-cita) itu sukar sekarang juga dalam PRU13.
Read More ...

Latest Stories

Definisi Fanatik
  • Fanatik atau dalam bahasa arabnya disebut dengan “Ta’ashub” adalah anggapan yang diiringi sikap yang paling benar dan membelanya dengan membabi buta. Benar dan salahnya, wala’ dan bara’nya diukur dan didasarkan keperpihakan pada golongan. Fanatik ini bisa terjadi antar madzhab, kelompok, organisasi, suku atau negara. (Lihat kembali Majalah Al-Furqon hal. 13 edisi 5 Th. 11) -majalah yang dikelola Ustadz Abu Ubaidah (editor)-
  • Adapun madzhab ialah pendapat seseorang mujtahid tentang hukum sesuatu, yaitu pendapat yang digali dari Al-Qur’an dan hadits dengan kekuatan ijtihadnya.
  • Madzhab yang masyhur ada empat:  Madzhab Hanafi (Abu Hanifah rahimahullah), madzhab Maliki (imam Malik rahimahullah), madzhab Syafi’i (imam Syafi’irahimahullah), madzhab Hanbali (imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah)
Read More ...

Latest Stories

Saya selalu teringat akan pesanan Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Katanya, kita mempelajari sejarah, tidak bermakna kita mengkaji kesemua yang berlaku. Kita mengkaji perkara-perkara terpilih.

Demikian jugalah jika kita membicarakan isu semasa. Masalahnya, anak-anak muda kini (tidak semua) kekurangan pengetahuan tentang isu semasa yang terpilih.
Read More ...

Latest Stories

Salam semua,
Entry hari ini ialah berkenaan dengan sex bebas, atau bahasa yang lebih syiok di sebut sebagai free sex. Aku akan tulis entry ni menurut kepala otak aku sendiri dengan mengambil kira statistic dan studies beberapa pihak yang dibuat ke atas issue ini. Syiok woo issue ni, sampai laku surat khabar, hari-hari duk publish kat front page dengan wording yang membuatkan orang ramai terpaku, cewah.
Definition of sex
OK.. kita tengok dulu definition for sex. Mungkin nampak bodoh bila kita ditanya dengan soalan cap ayam seperti ini, apa itu sex?
Read More ...

Latest Stories


Dua dekad kebelakangan ini, konsep 'Keganasan Islam' (Islamic Terror) menjadi topik perbincangan yang hangat. Selepas serangan 11 September yang menjadikan ribuan orang yang tidak bersalah di New York dan Washington sebagai sasaran, konsep ini bangkit semula menjadi agenda antarabangsa.

Sebagai seorang Islam, kita setentunya mengutuk perbuatan ini dan merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Amerika.

Tulisan ini akan menekankan bahawa Islam bukanlah punca kepada segala keganasan malah keganasan tidak ada tempatnya di dalam Islam. Sungguhpun perampas kapal terbang itu disyaki sebagai seorang Islam tetapi itu tidak bermakna jenayah yang dilakukan itu dilabelkan sebagai 'Keganasan Islam'. Begitu juga tidaklah dinamakan 'Keganasan Yahudi' jika penjenayah itu adalah penganut Yahudi serta bukanlah 'Keganasan Kristian' walaupun penjenayah itu Kristian.
Read More ...

Latest Stories


Falsafah Perlaksanaan Hukum Hudud Dalam Masyarakat
MUKADDIMAH
Saya ingin turut memperkatakan tentang persoalan yg mencabar ini.Walaupun selama ini saya kelihatan dingin terhadap persoalan HUDUD dan QISAS itu, namun selaku umat Islam yg bercita-cita memperjuangkan hukum-hakam ALLAH secara lengkap, saya sebenarnya mempunyai pandangan tersendiri tentang bagaimana mungkin hukum ini dapat dilaksanakan.
Diam tidak bermakna tidak mahu dan tidak tahu. Membisingkan sesuatu kalau bukan pada tempatnya, tidak juga akan membawa hasil yg baik.
Selama ini saya membisu terhadap persoalan ini ialah kerana pada saya, untuk melaksanakan nahi mungkar agar manusia jadi baik, hudud bukanlah langkah pertamanya.
Read More ...

Latest Stories

1. Apabila Diberhentikan Polis

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri

Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :

* Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
* Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
* Putih : Polis Simpanan
Read More ...

Latest Stories

Peristiwa ini tidak akan hanya berhenti  di sini sahaja. Seperti yang kita ketahui, banyak peristiwa besar berlaku di Palestin sebelum ini. Ia berlaku sebelum ni. Ia akan terus berlaku tanpa jangkamasa yang tetap. Perkara ini berlaku tanpa ada sebarang gangguan. Dan ia akan berlaku lagi. Hanya Allah sahaja yang tahu perkara ini akan berlaku lagi. Nabi Muhammad berkata, ”pertumpahan darah tidak akan berhenti sehingga kehadiran Imam MAhdi dari anak lelaki keturunanku”. Tidak sehingga kehadiran Imam Mahdi. Ia adalah mustahil untuk dihentikan. 
Read More ...

Latest Stories

Salah satu sifat terpuji seorang Muslim yang beriman kepada ALLAH ialah tidak bertindak menurut pendapat dan prinsip majoriti sebaliknya mengutamakan sesuatu perkara yang dicintai ALLAH dan juga mengikut suara hatinya walau dalam apa keadaan sekalipun. Bagi individu sedemikian, kata-kata juga reaksi manusia lain tidak penting baginya. Seorang Muslim hanya menitikberatkan apa yang ALLAH redha dan matlamat terakhirnya ialah untuk mempamerkan akhlak terbaik sepertimana yang telah digariskan di dalam Al-Quran.
Read More ...

Latest Stories

Pengakuan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad bahawa parti itu “tidak mungkin menubuhkan negara Islam” adalah sebuah kejujuran yang menuntut ramai rakyat berfikir bahawa selama ini perjuangan adalah sia-sia. PAS yang menggunakan platform tersebut bagi meraih sokongan dan membuktikan kerelevanan perjuangannya sejak terpengaruh dengan Ikhwanul Muslimin dan revolusi Islam Iran sudah gagal. (rujuk Utusan Malaysia, 1 Februari 2011).
Read More ...

Latest Stories

Kita juga menyaksikan juga betapa mahkamah mengambil pendekatan yang bertentangan dengan semangat keseluruhan perlembagaan apabila ia menafikan hak untuk hadir di mahkamah dalam kes permohonan habeas corpus; sesuatu yang perlembagaan sendiri tidak menyebutnya. Ini semua menyebabkan para peguam kian kritikal terhadap sikap yang tidak jelas dan berubah-ubah sebagaimana yang ditunjukkan oleh mahkamah kita. 
Read More ...

Latest Stories

Apabila Lee Kuan Yew, menteri kanan dan penasihat  mengeluarkan kenyataan sinis terhadap Islam sebagaimana dilihat sebagai musuh yang perlu bersaing, nampaknya Lee Kuan Yew sekali lagi ingin menimbulkan kekecohan dengan Islam dan pendapatnya kali ini jelas mempunyai hubungan kuat dengan apa yang ditimbulkan oleh islamphobia.
Seharusnya sebagai seorang pemimpin yang sudah berumur dan kesunyian kerana baru sahaja kehilangan isteri, Lee Kuan Yew lebih sedar bahawa dengan mengeluarkan kata-kata sinis akan menyebabkan hormat seseorang akan hilang meskipun beliau pernah mempunyai reputasi baik membangunkan Singapura dari sebuah negara tidak bermaya kepada sebuah negara pulau yang termoden, termaju dan terkuat dalam wilayah Asia.
Read More ...

Latest Stories

Ada yang menyatakan kepada saya bahawa dia bimbang negara ini menjadi negara mullah (clergy state) yang akan melarang kebebasan bersuara seperti yang saya dan beberapa pendakwah lain alami. Kata mereka, apabila kuasa agama mencengkam, ramai yang akan terhalang haknya seperti apa yang berlaku di Eropah sebelum Revolusi Perancis.
Saya jawab, saya tidak bimbang dengan pengaruh Islam terhadap negara, bahkan itulah harapan saya sebagai Muslim. Islam dibina atas keadilan dan rahmat. Apa yang saya bimbang adalah cengkaman sesetengah kelompok bernama agama yang berfikiran sempit, fanatik atau berkepentingan sehingga meminggirkan prinsip-prinsip keadilan seperti yang berlaku di Afghanistan dan Nigeria. Bukan salah Islam, tapi salah guna kuasa.
Read More ...

Latest Stories

JANGAN SALAHKAN MUSUH“Jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah”Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat. Mereka berusaha dengan berbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya.
Read More ...

Latest Stories

AI-Qurtubi ketika mentafsirkan perkataan 'ulilamri' dalam ayat 59 surah Annisa' yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasulnya, dan 'ulilamri' di antara kamu", beliau menyatakan: "Yakni golongan yang memerintah mengikut pendapat Jumhur (bilangan terbesar dikalangan ulama), Abu Hurairah, Ibnu Abbas dan lain-lain" (lihat al-Jaami' Liahkaam al-Quran). Imam Ahmad Bin Hambal berkata: "Sesiapa yang memegang jawatan ketua pemerintah yang mana sebahagian besar umat telah menyokong dan mempersetujuinya, maka ia adalah sah sebagai Ketua Negara.  Ibnu Malik al-Qattan menyebut satu riwayat dari Imam Ahmad katanya: "Sesiapa yang memperolehi kuasa walaupun dengan menggunakan kekuatan Ialu ia berjaya memegang tampuk pemerintahan, maka ia sah sebagai pemerintah umat Islam.  
Read More ...

Latest Stories

Sama ada dipersetujui atau tidak, kemelut politik dalam negara pada masa kini agak meruncing dan membimbangkan orang awam seperti penulis. Setidak-tidaknya itulah pandangan orang awam seperti saya. Betapa tidaknya, kemelut perebutan jawatan dalam UMNO menjadi-jadi, sebuah parti Melayu yang mengakui mewakili masyarakat Melayu Muslim. Apakah ertinya disebalik perebutan itu? Maknanya seolah-olah tidak ada lagi mereka yang benar-benar tertonjol dan berkredibeliti untuk mewarisi kepimpinan. Semuanya merasakan mereka lebih afdhal daripada orang lain.

Read More ...

Latest Stories

TUJUAN HIDUP MANUSIA :

Firman Allah S.W.T : “ Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.”  [Surah Adz-Dzaariyaat : 56]

“Wahai hambaKu, Aku tidak menjadikan kamu agar Aku terhibur dari kesepian, atau untuk membanyakkan bilangan kamu dari kekurangan, atau meminta pertolongan kamu dalam perkara yang Aku lemah, begitu juga bukan dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau menolak kemudharatan. Hanyasanya Aku menjadikan kamu untuk beribadat kepadaKu dan berzikir serta bertasbih kepadaKu setiap pagi dan petang."   [Hadith Qudsi.]
Read More ...

Latest Stories

Hati sedih tidak terkata. Gelora di dada kian membara. Melihat saban hari masyarakat Melayu semakin berpecah belah. Menjadi berkeping-keping buih di tengah lautan samudera. Fizikalnya kelihatan banyak mengunung, tetapi disentuh pecah berderai.

Kita tidak menyedari bahawa betapa parahnya keadaan bangsa kita pada hari ini. Betapa ramai yang memerlukan pembelaan dan pertolongan. Namun, seringkali diketepikan atas tiket politik. Dan betapa jua berjayanya bangsa kita menjadi musuh sesama mereka. Di kiri kanan musuh-musuh kita menunggu masa untuk meratah dan bersorak kegembiraan. Betapa segala kekayaan dikaut oleh orang lain, sedang kita merana di bumi sendiri.

Read More ...

Latest Stories

Demi merealisasikan persatuan Islam di Iran, Imam Khomeini ra memberikan pencerahan kepada masyarakat dan menjelaskan tujuan kaum imperialis Barat dan Timur. Dengan menghidupkan kembali ajaran-ajaran Islam dan memperdalam budaya dan rasa percaya diri masyarakat, Imam Khomeini ra berhasil memperkokoh prinsip-prinsip persatuan di Iran
Read More ...

Latest Stories

Ramai manusia yang tidak tahu siapa diri mereka yang sebenar-benarnya.  Tidak pula kenal siapa yang dinamakan 'manusia politik'yang pandai menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka.  Pemimpin politik dan mereka yang bergelar para intelek dan para bijak pandai yang kononnya mahu membawa perubahan, mahu membawa REFORMASI pun bercakap pasal Islam sedangkan Islam tidak perlu direfomasikan.  Islam sudah sempurna.  Seratus peratus perfect.  Kalau mereka bijak, mereka sesuaikan diri mereka dengan Islam, diri merekalah yang perlu direformasikan.
Read More ...

Latest Stories

Salah satu kelemahan yang sering disuarakan berhubung dengan masalah hak hak asasi di Malaysia ialah betapa perlembagaan kita tidak cukup lengkap. Pedembagaan kita dikatakan tidak serba merangkum. Antara yang disebut dalam konteks ini termasuklah apa yang dipanggil sebagai larangan terhadap penderaan, hak untuk hidup dalam persekitaran yang tidak dicemari dan seumpamanya Selain itu Bahagian 2 juga dianggap tidak sempurna kerana ia tidak melindungi peruntukan-peruntukan berkenaan daripada dipinda atau dikurangi kepentingannya oleh Parlimen. 
Read More ...

Latest Stories

Hak Asasi Dalam Perlembagaan Malaysia: Ruang Lingkup dan Masalahnya di bawah dasar dan peraturan yang dibuat oleh pihak polis yang urnunmya boleh dirubah begitu sahaja. Melihat kepada apa yang berlaku kuasa di bawah undang undang ini juga sarna dengan apa yang kelihatan dalarn konteks Akta 1984 tadi.

Meskipun pelbagai alasan dibuat oleh pihak kerajaan dan polis, apa yang berlaku secara urnunmya ialah sekatan terhadap perhirnpunan yang kritikal terhadap kerajaan dan dasar-dasamya. Senario yang sarna juga kelihatan dalarn konteks hak untuk rnenubuhkan persatuan. Hak ini dikawal, antara lain, oleh Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta Pertubuhan 1961 dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Read More ...

Latest Stories

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. 

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.
Read More ...

Latest Stories

Politik itu kotor” merupakan kenyataan klise. Seringkali kenyataan tersebut dikeluarkan apabila kekecewaan timbul terhadap ahli-ahli politik.

Gelombang perubahan politik negara yang muncul berikutan pilihan raya umum 8 Mac 2008 telah membangkitkan harapan baru rakyat, khususnya di kalangan generasi muda.
Read More ...