Sejak jadi single ni, aku dah kenal ramai perempuan. Yeah, agak menarik juga sebenarnya berkenalan dengan ramai perempuan yang single ni. Dalam banyak-banyak masalah diorang, aku tertarik dengan isu lelaki berkualiti yang kononnya semakin pupus. Heh.. ok, pertama sekali aku outlinekan jenis lelaki yang mereka anggap berkualiti. Ciri-ciri ni adalah kolektif dan bukan berdasarkan daripada input seorang perempuan sahaja.
Latest Stories
Latest Stories
Firman Allah bermaksud: "Dan infakkanlah hartamu pada jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam lembah kebinasaan dengan tanganmu sendiri, dan berbuatlah kebaikan. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." [Al-Baqarah:195]
Ibu bapa hari ini sangat berwaspada dengan kegiatan anak-anak yang tidak bermoral melalui medium internet. Selain majalah-majalah yang memaparkan gambar berunsur negatif, internet adalah jalan alternatif yang mudah untuk memuat turun segala video yang diinginkan. Anak muda yang terdidik dengan sistem alam maya ini didedahkan dengan pelbagai video lucah di internet.
Latest Stories
Ada pemimpin UMNO-BN kerana keterlaluan gembira dengan keputusan pilihan raya kecil dan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak menghitung-hitung bakal keputusan PRU13 walaupun usia parlimen sekarang masih ada dua tahun lagi. Terdapat juga yang bermimpi Kelantan dan Pulau Pinang dalam bahasa Speaking: ‘would fall back into BN’s hands…kedua-dua akan dirampas oleh BN’. Saya UMNO dan mahu BN menang tetapi saya juga seorang realis yakni yang berpegang pada kenyataan di padang; berfikir, bertindak dan berharap berpandu kepada situasi kini: antara cita-cita dengan hakikat. So, get real – menghakikikan (cita-cita) itu sukar sekarang juga dalam PRU13.
Latest Stories
Definisi Fanatik
- Fanatik atau dalam bahasa arabnya disebut dengan “Ta’ashub” adalah anggapan yang diiringi sikap yang paling benar dan membelanya dengan membabi buta. Benar dan salahnya, wala’ dan bara’nya diukur dan didasarkan keperpihakan pada golongan. Fanatik ini bisa terjadi antar madzhab, kelompok, organisasi, suku atau negara. (Lihat kembali Majalah Al-Furqon hal. 13 edisi 5 Th. 11) -majalah yang dikelola Ustadz Abu Ubaidah (editor)-
- Adapun madzhab ialah pendapat seseorang mujtahid tentang hukum sesuatu, yaitu pendapat yang digali dari Al-Qur’an dan hadits dengan kekuatan ijtihadnya.
- Madzhab yang masyhur ada empat: Madzhab Hanafi (Abu Hanifah rahimahullah), madzhab Maliki (imam Malik rahimahullah), madzhab Syafi’i (imam Syafi’irahimahullah), madzhab Hanbali (imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah)
Latest Stories
Saya selalu teringat akan pesanan Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Katanya, kita mempelajari sejarah, tidak bermakna kita mengkaji kesemua yang berlaku. Kita mengkaji perkara-perkara terpilih.
Demikian jugalah jika kita membicarakan isu semasa. Masalahnya, anak-anak muda kini (tidak semua) kekurangan pengetahuan tentang isu semasa yang terpilih.
Latest Stories
Salam semua,
Entry hari ini ialah berkenaan dengan sex bebas, atau bahasa yang lebih syiok di sebut sebagai free sex. Aku akan tulis entry ni menurut kepala otak aku sendiri dengan mengambil kira statistic dan studies beberapa pihak yang dibuat ke atas issue ini. Syiok woo issue ni, sampai laku surat khabar, hari-hari duk publish kat front page dengan wording yang membuatkan orang ramai terpaku, cewah.
Definition of sex
OK.. kita tengok dulu definition for sex. Mungkin nampak bodoh bila kita ditanya dengan soalan cap ayam seperti ini, apa itu sex?
Latest Stories
Dua dekad kebelakangan ini, konsep 'Keganasan Islam' (Islamic Terror) menjadi topik perbincangan yang hangat. Selepas serangan 11 September yang menjadikan ribuan orang yang tidak bersalah di New York dan Washington sebagai sasaran, konsep ini bangkit semula menjadi agenda antarabangsa. Sebagai seorang Islam, kita setentunya mengutuk perbuatan ini dan merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Amerika. Tulisan ini akan menekankan bahawa Islam bukanlah punca kepada segala keganasan malah keganasan tidak ada tempatnya di dalam Islam. Sungguhpun perampas kapal terbang itu disyaki sebagai seorang Islam tetapi itu tidak bermakna jenayah yang dilakukan itu dilabelkan sebagai 'Keganasan Islam'. Begitu juga tidaklah dinamakan 'Keganasan Yahudi' jika penjenayah itu adalah penganut Yahudi serta bukanlah 'Keganasan Kristian' walaupun penjenayah itu Kristian. |
Latest Stories
Falsafah Perlaksanaan Hukum Hudud Dalam Masyarakat
MUKADDIMAH
Saya ingin turut memperkatakan tentang persoalan yg mencabar ini.Walaupun selama ini saya kelihatan dingin terhadap persoalan HUDUD dan QISAS itu, namun selaku umat Islam yg bercita-cita memperjuangkan hukum-hakam ALLAH secara lengkap, saya sebenarnya mempunyai pandangan tersendiri tentang bagaimana mungkin hukum ini dapat dilaksanakan.
Diam tidak bermakna tidak mahu dan tidak tahu. Membisingkan sesuatu kalau bukan pada tempatnya, tidak juga akan membawa hasil yg baik.
Selama ini saya membisu terhadap persoalan ini ialah kerana pada saya, untuk melaksanakan nahi mungkar agar manusia jadi baik, hudud bukanlah langkah pertamanya.
Latest Stories
1. Apabila Diberhentikan Polis
1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri
Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”
1.2 Kad Kuasa Polis
Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.
Lain-lain Warna :
* Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
* Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
* Putih : Polis Simpanan
Latest Stories
Peristiwa ini tidak akan hanya berhenti di sini sahaja. Seperti yang kita ketahui, banyak peristiwa besar berlaku di Palestin sebelum ini. Ia berlaku sebelum ni. Ia akan terus berlaku tanpa jangkamasa yang tetap. Perkara ini berlaku tanpa ada sebarang gangguan. Dan ia akan berlaku lagi. Hanya Allah sahaja yang tahu perkara ini akan berlaku lagi. Nabi Muhammad berkata, ”pertumpahan darah tidak akan berhenti sehingga kehadiran Imam MAhdi dari anak lelaki keturunanku”. Tidak sehingga kehadiran Imam Mahdi. Ia adalah mustahil untuk dihentikan.
Read More ...
Latest Stories
Latest Stories
Pengakuan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad bahawa parti itu “tidak mungkin menubuhkan negara Islam” adalah sebuah kejujuran yang menuntut ramai rakyat berfikir bahawa selama ini perjuangan adalah sia-sia. PAS yang menggunakan platform tersebut bagi meraih sokongan dan membuktikan kerelevanan perjuangannya sejak terpengaruh dengan Ikhwanul Muslimin dan revolusi Islam Iran sudah gagal. (rujuk Utusan Malaysia, 1 Februari 2011).
Latest Stories
Kita juga menyaksikan juga betapa mahkamah mengambil pendekatan yang bertentangan dengan semangat keseluruhan perlembagaan apabila ia menafikan hak untuk hadir di mahkamah dalam kes permohonan habeas corpus; sesuatu yang perlembagaan sendiri tidak menyebutnya. Ini semua menyebabkan para peguam kian kritikal terhadap sikap yang tidak jelas dan berubah-ubah sebagaimana yang ditunjukkan oleh mahkamah kita.
Latest Stories
Apabila Lee Kuan Yew, menteri kanan dan penasihat mengeluarkan kenyataan sinis terhadap Islam sebagaimana dilihat sebagai musuh yang perlu bersaing, nampaknya Lee Kuan Yew sekali lagi ingin menimbulkan kekecohan dengan Islam dan pendapatnya kali ini jelas mempunyai hubungan kuat dengan apa yang ditimbulkan oleh islamphobia.
Seharusnya sebagai seorang pemimpin yang sudah berumur dan kesunyian kerana baru sahaja kehilangan isteri, Lee Kuan Yew lebih sedar bahawa dengan mengeluarkan kata-kata sinis akan menyebabkan hormat seseorang akan hilang meskipun beliau pernah mempunyai reputasi baik membangunkan Singapura dari sebuah negara tidak bermaya kepada sebuah negara pulau yang termoden, termaju dan terkuat dalam wilayah Asia.
Latest Stories
Ada yang menyatakan kepada saya bahawa dia bimbang negara ini menjadi negara mullah (clergy state) yang akan melarang kebebasan bersuara seperti yang saya dan beberapa pendakwah lain alami. Kata mereka, apabila kuasa agama mencengkam, ramai yang akan terhalang haknya seperti apa yang berlaku di Eropah sebelum Revolusi Perancis.
Saya jawab, saya tidak bimbang dengan pengaruh Islam terhadap negara, bahkan itulah harapan saya sebagai Muslim. Islam dibina atas keadilan dan rahmat. Apa yang saya bimbang adalah cengkaman sesetengah kelompok bernama agama yang berfikiran sempit, fanatik atau berkepentingan sehingga meminggirkan prinsip-prinsip keadilan seperti yang berlaku di Afghanistan dan Nigeria. Bukan salah Islam, tapi salah guna kuasa.
Latest Stories
JANGAN SALAHKAN MUSUH“Jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah”Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat. Mereka berusaha dengan berbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya.
Read More ...
Latest Stories
AI-Qurtubi ketika mentafsirkan perkataan 'ulilamri' dalam ayat 59 surah Annisa' yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasulnya, dan 'ulilamri' di antara kamu", beliau menyatakan: "Yakni golongan yang memerintah mengikut pendapat Jumhur (bilangan terbesar dikalangan ulama), Abu Hurairah, Ibnu Abbas dan lain-lain" (lihat al-Jaami' Liahkaam al-Quran). Imam Ahmad Bin Hambal berkata: "Sesiapa yang memegang jawatan ketua pemerintah yang mana sebahagian besar umat telah menyokong dan mempersetujuinya, maka ia adalah sah sebagai Ketua Negara. Ibnu Malik al-Qattan menyebut satu riwayat dari Imam Ahmad katanya: "Sesiapa yang memperolehi kuasa walaupun dengan menggunakan kekuatan Ialu ia berjaya memegang tampuk pemerintahan, maka ia sah sebagai pemerintah umat Islam.
Latest Stories
Sama ada dipersetujui atau tidak, kemelut politik dalam negara pada masa kini agak meruncing dan membimbangkan orang awam seperti penulis. Setidak-tidaknya itulah pandangan orang awam seperti saya. Betapa tidaknya, kemelut perebutan jawatan dalam UMNO menjadi-jadi, sebuah parti Melayu yang mengakui mewakili masyarakat Melayu Muslim. Apakah ertinya disebalik perebutan itu? Maknanya seolah-olah tidak ada lagi mereka yang benar-benar tertonjol dan berkredibeliti untuk mewarisi kepimpinan. Semuanya merasakan mereka lebih afdhal daripada orang lain.
Latest Stories
TUJUAN HIDUP MANUSIA :
Firman Allah S.W.T : “ Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.” [Surah Adz-Dzaariyaat : 56]
“Wahai hambaKu, Aku tidak menjadikan kamu agar Aku terhibur dari kesepian, atau untuk membanyakkan bilangan kamu dari kekurangan, atau meminta pertolongan kamu dalam perkara yang Aku lemah, begitu juga bukan dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau menolak kemudharatan. Hanyasanya Aku menjadikan kamu untuk beribadat kepadaKu dan berzikir serta bertasbih kepadaKu setiap pagi dan petang." [Hadith Qudsi.]
Read More ...
Firman Allah S.W.T : “ Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.” [Surah Adz-Dzaariyaat : 56]
“Wahai hambaKu, Aku tidak menjadikan kamu agar Aku terhibur dari kesepian, atau untuk membanyakkan bilangan kamu dari kekurangan, atau meminta pertolongan kamu dalam perkara yang Aku lemah, begitu juga bukan dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau menolak kemudharatan. Hanyasanya Aku menjadikan kamu untuk beribadat kepadaKu dan berzikir serta bertasbih kepadaKu setiap pagi dan petang." [Hadith Qudsi.]
Latest Stories
Hati sedih tidak terkata. Gelora di dada kian membara. Melihat saban hari masyarakat Melayu semakin berpecah belah. Menjadi berkeping-keping buih di tengah lautan samudera. Fizikalnya kelihatan banyak mengunung, tetapi disentuh pecah berderai.
Kita tidak menyedari bahawa betapa parahnya keadaan bangsa kita pada hari ini. Betapa ramai yang memerlukan pembelaan dan pertolongan. Namun, seringkali diketepikan atas tiket politik. Dan betapa jua berjayanya bangsa kita menjadi musuh sesama mereka. Di kiri kanan musuh-musuh kita menunggu masa untuk meratah dan bersorak kegembiraan. Betapa segala kekayaan dikaut oleh orang lain, sedang kita merana di bumi sendiri.
Read More ...
Kita tidak menyedari bahawa betapa parahnya keadaan bangsa kita pada hari ini. Betapa ramai yang memerlukan pembelaan dan pertolongan. Namun, seringkali diketepikan atas tiket politik. Dan betapa jua berjayanya bangsa kita menjadi musuh sesama mereka. Di kiri kanan musuh-musuh kita menunggu masa untuk meratah dan bersorak kegembiraan. Betapa segala kekayaan dikaut oleh orang lain, sedang kita merana di bumi sendiri.
Latest Stories
Demi merealisasikan persatuan Islam di Iran, Imam Khomeini ra memberikan pencerahan kepada masyarakat dan menjelaskan tujuan kaum imperialis Barat dan Timur. Dengan menghidupkan kembali ajaran-ajaran Islam dan memperdalam budaya dan rasa percaya diri masyarakat, Imam Khomeini ra berhasil memperkokoh prinsip-prinsip persatuan di Iran
Latest Stories
Ramai manusia yang tidak tahu siapa diri mereka yang sebenar-benarnya. Tidak pula kenal siapa yang dinamakan 'manusia politik'yang pandai menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka. Pemimpin politik dan mereka yang bergelar para intelek dan para bijak pandai yang kononnya mahu membawa perubahan, mahu membawa REFORMASI pun bercakap pasal Islam sedangkan Islam tidak perlu direfomasikan. Islam sudah sempurna. Seratus peratus perfect. Kalau mereka bijak, mereka sesuaikan diri mereka dengan Islam, diri merekalah yang perlu direformasikan.
Latest Stories
Salah satu kelemahan yang sering disuarakan berhubung dengan masalah hak hak asasi di Malaysia ialah betapa perlembagaan kita tidak cukup lengkap. Pedembagaan kita dikatakan tidak serba merangkum. Antara yang disebut dalam konteks ini termasuklah apa yang dipanggil sebagai larangan terhadap penderaan, hak untuk hidup dalam persekitaran yang tidak dicemari dan seumpamanya Selain itu Bahagian 2 juga dianggap tidak sempurna kerana ia tidak melindungi peruntukan-peruntukan berkenaan daripada dipinda atau dikurangi kepentingannya oleh Parlimen.
Read More ...
Latest Stories
Hak Asasi Dalam Perlembagaan Malaysia: Ruang Lingkup dan Masalahnya di bawah dasar dan peraturan yang dibuat oleh pihak polis yang urnunmya boleh dirubah begitu sahaja. Melihat kepada apa yang berlaku kuasa di bawah undang undang ini juga sarna dengan apa yang kelihatan dalarn konteks Akta 1984 tadi.
Meskipun pelbagai alasan dibuat oleh pihak kerajaan dan polis, apa yang berlaku secara urnunmya ialah sekatan terhadap perhirnpunan yang kritikal terhadap kerajaan dan dasar-dasamya. Senario yang sarna juga kelihatan dalarn konteks hak untuk rnenubuhkan persatuan. Hak ini dikawal, antara lain, oleh Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta Pertubuhan 1961 dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Latest Stories
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab: نبي Ù…ØÙ…د صلى الله عليه وسلم) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.
Latest Stories
Politik itu kotor” merupakan kenyataan klise. Seringkali kenyataan tersebut dikeluarkan apabila kekecewaan timbul terhadap ahli-ahli politik.
Gelombang perubahan politik negara yang muncul berikutan pilihan raya umum 8 Mac 2008 telah membangkitkan harapan baru rakyat, khususnya di kalangan generasi muda.
Latest Stories
Istilah-istilah seperti hak asasi manusia (human rights) atau kebebasan asasi (fundamental liberties) umwnnya merujuk kepada perkara atau hal yang sama; yakni hak hak yang dianggap asas dan penting dalam perkembangan rohani dan jasmani seseorang manusia.
Bagaimanapun oleh kerana manusia hidup di bawah tradisi dan kepercayaan yang berbeza maka timbul kepelbagaian dari segi jenis atau ruang lingkup apa yang dikatakan hak-hak asasi itu. Sebab itu apa yang dianggap asasi di Malaysia mungkin tidak dianggap sedemikian di negara-negara yang lain. Meskipun demikian tidak mustahil sekiranya wujud titik pertemuan dari segi perspektif, jenis atau ruang-lingkup hak-hak yang dikatakan asasi itu. Ini kerana manusia mempunyai titik persamaan dalam beberapa hal; baik yang bersifat keperluan jasmani mahu pun rohani.
Latest Stories
BABI SUDAH JELAS HARAMNYA. PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
Latest Stories
Kepada Ahli politik Malaysia,
Tolong berhenti mengejar kuasa, menyeru gencatan senjata dan tumpuan pada ekonomi.
Saya tidak menuntut berbicara atas nama seluruh Malaysia, tapi aku punya keyakinan kuat bahawa banyak berkongsi sentimen saya. Hari ini perhatian kami bukan siapa peraturan negara atau ketua kerajaan negara tapi ekonomi yang buruk menjulang.
Read More ...
Tolong berhenti mengejar kuasa, menyeru gencatan senjata dan tumpuan pada ekonomi.
Saya tidak menuntut berbicara atas nama seluruh Malaysia, tapi aku punya keyakinan kuat bahawa banyak berkongsi sentimen saya. Hari ini perhatian kami bukan siapa peraturan negara atau ketua kerajaan negara tapi ekonomi yang buruk menjulang.
Latest Stories
Tidak dapat dinafikan, kecacatan (terdedah atau tersembunyi) sistem pilihanraya kita di bawah pengendalian Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang kebebasannya boleh diragui, memang bukan sesuatu yang baru.
Malah, seawal tahun 1969, Front Socialist yang merupakan gabungan Parti Buruh dan Parti Rakyat Malaysia yang telah dilumpuhkan oleh penindasan ISA, telah memulau pilihanraya umum pada tahun itu.
Latest Stories
Setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya besar yg berlaku di malaysia, rakyathanya ingin mengetahui siapa yg menang siapa yg kalah. parti-parti politik yg bertanding menunggu dgn penuh debaran akan keputusan pilihan raya yg dibuat oleh rakyat dlm pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Rakyat dan parti-parti politik jarang memerhatikan perjalanan pilihanraya, sama ada ia berjalan dgn adil dan saksama.
Latest Stories
"pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas sembahyang. setelah 3 hari berkahwin..
seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang.. pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah sembahyang. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah sembahyang ni"
Read More ...
seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang.. pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah sembahyang. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah sembahyang ni"
Latest Stories
Hak asasi atau yang lebih dikenali dengan hak asasi manusia boleh didefinisikan sebagai sekumpulan hak-hak yang dianggap asas dan penting; yang tidak boleh dinafikan: ia dianggap sebagai sesuatu yang mendasar. Tanpa hak-hak ini manusia mungkin tidak dapat mengembangkan potensi kemanusiaannya. Hak-hak asasi merangkumi segenap aspek; baik jasmani mahupun rohani . Perlu ditegaskan bahawa oleh kerana hak-hak ini dianggap sebagai wujud atau timbul bersama-sama dengan kewujudan manusia, khususnya bagi sesiapa yang mempunyai agama, adalah sesuatu yang dianugerahkan oleh Penciptanya.
Latest Stories
Kebebasan adalah sebahagian daripada hak-hak manusia yang bersifat asasi. Semua agama, tradisi, negara, tamadun dan perlembagaan mengiktiraf kenyataan ini. Di Malaysia sebahagian daripada hak-hak tersebut terkanun di dalam Bahagian Dua Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, pada praktiknya tidak semua daripada hak-hak tersebut benar-benar signifikan kerana terdapat sekatan- sekatan yang kelihatan melampau dikenakan. Ini kerana meskipun sekatan-sekatan tersebut yang dikenakan oleh statut-statut tertentu – dibenarkan oleh perlembagaan, pada hakikatnya undang-undang yang berkenaan telah menafikan hak-hak yang sangat asasi dan penting buat sesebuah demokrasi 1
Latest Stories
Sekurang-kurang 12 Dalil ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World”(Agama dan Pluralisme Dalam Dua Dunia), pada 18 Mac 2010, di London School of Economic (LSE) perlu dinilai semula kerana dibimbangi bercanggah dengan akidah Islam.
Latest Stories
Pendirian Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berdiri di atas paksi yang benar, mereka sentiasa bertindak menyeru/mengajak sekalian umat supaya saling mencintai para saudara seagama-nya, tidak dipertikai siapa dan apa kedudukannya. Mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan saudara-saudaranya seagama, senegara dan para pemimpinnya. Menasihati para pemimpin jika didapati silap, kerana kebaikan pemimpin memberi manfaat kepada seluruh rakyat. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
Read More ...
































