Isteriku datang membawa secawan teh tarik ketika aku sedang sibuk mengolah “layout”blog kerjayaku yang sudah hampir setahun dengan template yang sama, tiba-tiba terlintas dihatiku untuk bertanya,
Aku: Sayang, disyurga nanti Ayang akan bersama siapa?
Sayang: Alahai Abang, tentulah dengan Abang suami yang Ayang sangat cintai.
Aku: Tetapi adakah Abang dengan Ayang seorang sahaja?
Sayang: Sudah tentulah tidak, Abang juga akan dikelilingi oleh bidadari-bidadari syurga yang cantik jelita.






