Showing posts with label Hak. Show all posts
Showing posts with label Hak. Show all posts

Latest Stories


Falsafah Perlaksanaan Hukum Hudud Dalam Masyarakat
MUKADDIMAH
Saya ingin turut memperkatakan tentang persoalan yg mencabar ini.Walaupun selama ini saya kelihatan dingin terhadap persoalan HUDUD dan QISAS itu, namun selaku umat Islam yg bercita-cita memperjuangkan hukum-hakam ALLAH secara lengkap, saya sebenarnya mempunyai pandangan tersendiri tentang bagaimana mungkin hukum ini dapat dilaksanakan.
Diam tidak bermakna tidak mahu dan tidak tahu. Membisingkan sesuatu kalau bukan pada tempatnya, tidak juga akan membawa hasil yg baik.
Selama ini saya membisu terhadap persoalan ini ialah kerana pada saya, untuk melaksanakan nahi mungkar agar manusia jadi baik, hudud bukanlah langkah pertamanya.
Read More ...

Latest Stories

Kita juga menyaksikan juga betapa mahkamah mengambil pendekatan yang bertentangan dengan semangat keseluruhan perlembagaan apabila ia menafikan hak untuk hadir di mahkamah dalam kes permohonan habeas corpus; sesuatu yang perlembagaan sendiri tidak menyebutnya. Ini semua menyebabkan para peguam kian kritikal terhadap sikap yang tidak jelas dan berubah-ubah sebagaimana yang ditunjukkan oleh mahkamah kita. 
Read More ...

Latest Stories

Salah satu kelemahan yang sering disuarakan berhubung dengan masalah hak hak asasi di Malaysia ialah betapa perlembagaan kita tidak cukup lengkap. Pedembagaan kita dikatakan tidak serba merangkum. Antara yang disebut dalam konteks ini termasuklah apa yang dipanggil sebagai larangan terhadap penderaan, hak untuk hidup dalam persekitaran yang tidak dicemari dan seumpamanya Selain itu Bahagian 2 juga dianggap tidak sempurna kerana ia tidak melindungi peruntukan-peruntukan berkenaan daripada dipinda atau dikurangi kepentingannya oleh Parlimen. 
Read More ...

Latest Stories

Hak Asasi Dalam Perlembagaan Malaysia: Ruang Lingkup dan Masalahnya di bawah dasar dan peraturan yang dibuat oleh pihak polis yang urnunmya boleh dirubah begitu sahaja. Melihat kepada apa yang berlaku kuasa di bawah undang undang ini juga sarna dengan apa yang kelihatan dalarn konteks Akta 1984 tadi.

Meskipun pelbagai alasan dibuat oleh pihak kerajaan dan polis, apa yang berlaku secara urnunmya ialah sekatan terhadap perhirnpunan yang kritikal terhadap kerajaan dan dasar-dasamya. Senario yang sarna juga kelihatan dalarn konteks hak untuk rnenubuhkan persatuan. Hak ini dikawal, antara lain, oleh Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta Pertubuhan 1961 dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Read More ...

Latest Stories

Istilah-istilah seperti hak asasi manusia (human rights) atau kebebasan asasi (fundamental liberties) umwnnya merujuk kepada perkara atau hal yang sama; yakni hak hak yang dianggap asas dan penting dalam perkembangan rohani dan jasmani seseorang manusia. 

Bagaimanapun oleh kerana manusia hidup di bawah tradisi dan kepercayaan yang berbeza maka timbul kepelbagaian dari segi jenis atau ruang lingkup apa yang dikatakan hak-hak asasi itu. Sebab itu apa yang dianggap asasi di Malaysia mungkin tidak dianggap sedemikian di negara-negara yang lain. Meskipun demikian tidak mustahil sekiranya wujud titik pertemuan dari segi perspektif, jenis atau ruang-lingkup hak-hak yang dikatakan asasi itu. Ini kerana manusia mempunyai titik persamaan dalam beberapa hal; baik yang bersifat keperluan jasmani mahu pun rohani.
Read More ...

Latest Stories

Hak asasi atau yang lebih dikenali dengan hak asasi manusia boleh didefinisikan sebagai sekumpulan hak-hak yang dianggap asas dan penting; yang tidak boleh dinafikan: ia dianggap sebagai sesuatu yang mendasar.  Tanpa hak-hak ini manusia mungkin tidak dapat mengembangkan potensi kemanusiaannya. Hak-hak asasi merangkumi segenap aspek; baik jasmani mahupun rohani . Perlu ditegaskan bahawa oleh kerana hak-hak ini dianggap sebagai wujud atau timbul bersama-sama dengan kewujudan manusia, khususnya bagi sesiapa yang mempunyai agama, adalah sesuatu yang dianugerahkan oleh Penciptanya.
Read More ...

Latest Stories

Kebebasan adalah sebahagian daripada hak-hak manusia yang bersifat asasi.   Semua agama, tradisi, negara, tamadun dan perlembagaan mengiktiraf kenyataan ini.  Di Malaysia sebahagian daripada hak-hak tersebut terkanun di dalam Bahagian Dua Perlembagaan Persekutuan.    Bagaimanapun, pada praktiknya tidak semua daripada hak-hak tersebut benar-benar signifikan kerana terdapat sekatan- sekatan yang kelihatan melampau dikenakan.   Ini kerana meskipun sekatan-sekatan tersebut yang dikenakan oleh statut-statut tertentu – dibenarkan oleh perlembagaan, pada hakikatnya undang-undang yang berkenaan telah menafikan hak-hak yang sangat asasi dan penting buat sesebuah demokrasi 1
Read More ...

Latest Stories


Apa itu kebebasan asasi?

Kebebasan asasi adalah hak dan kebebasan yang kita punyai sebagai manusia. Sesetengah kebebasan asasi ini diperuntukan di dalam Perlembagaan. Oleh itu, hak dan kebebasan ini dikatakan ‘dijamin’ dan tidak boleh diambil melainkan Perlembagaan membenarkannya.
Read More ...