Pengantin...utk semua... Pada suatu masa yang ditetapkan... Kita pasti dirisik.. Pertunangan sejak azali.. Di hujung hidup nanti.. Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut.. Hantarannya..sakit dan nazak.. Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis.. Pengantin dimandikan..
Showing posts with label Cetusan. Show all posts
Showing posts with label Cetusan. Show all posts
Latest Stories
Latest Stories
* BERSETUJU benarlah saya dengan kenyataan – sebenarnya keluhan! – Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai penggunaan sepenuhnya media baru oleh pihak pembangkang.
Selasa lalu Menteri Dalam Negeri itu dakwa pembangkang menerusi media baru telah menghasut rakyat ambil bahagian dalam aktiviti menyalahi undang-undang demi keuntungan politik mereka.
Read More ...
Selasa lalu Menteri Dalam Negeri itu dakwa pembangkang menerusi media baru telah menghasut rakyat ambil bahagian dalam aktiviti menyalahi undang-undang demi keuntungan politik mereka.
Latest Stories
Ketika kami berjumpa setahun lalu, Sahak, mentor yang membimbing saya dua tiga hari membuat liputan berita di awal 70-an, ketara macam dahulu juga; lawa, ceria, kalau cakap susah berhenti dan suka berjenaka.
Walaupun sedikit gempal, beliau nampak lebih muda daripada umurnya yang sudah masuk 60; dan dengan ketampanan dan suara yang lunak hasil anugerah Tuhan itu, beliau masih mendapat undangan ke sana sini menjadi MC dan yang berkaitan perhubungan awam.

Puasa hari pertama masih segar dalam ingatan. Ini sudah masuk hari ke 17 Ramadan. Cepatnya masa bergerak!
Khabarnya tiket kereta api ke destinasi penting sudah pun habis. Memang raya sungguh kita.
Latest Stories
APAKAH berbaloi bayar RM100 hanya untuk dua biji kurma dan segelas air suam? Saya ditanyakan soalan ini oleh seorang kawan yang sama-sama berbuka puasa di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur, semalam.
Secara peribadi rasanya amat berbaloi. Sebab hidangan secara bufet itu saya nikmati sepenuhnya.
Read More ...
Secara peribadi rasanya amat berbaloi. Sebab hidangan secara bufet itu saya nikmati sepenuhnya.
Latest Stories
Marilah kita sama-sama berada pada jalan yang benar dengan menjadikan diri kita saorang yang bertaqwa;mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
Politik dalam Islam sama sekali bertentan
Amalan Kufur Demokrasi Menjadi Amalan Umat Islam
gan dengan politik bukan Islam. Politik dalam Islam menjurus kepada matlamat MENCARI KEREDHAAN ALLAH dalam apa jua tindakan kita.
Umat Islam wajib memelihara akidahnya walaupun mereka berada di dalam apa jua sistem politik. Kita boleh namakan apa jugak sistem politik di dunia ini tetapi sebagai seorang yang mengaku Islam wajib berada pada landasan akidah dan syariat yang betul.
Latest Stories
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sahabat sahabatku para penulis blog seMalaysia yang diingati.
Izinkan daku memperingati tuan tuan dan puan puan sekelian termasuk diri saya ini untuk berhenti sejenak dan merenung akan maksud ayat suci Al-Quranul Karim yang saya petik dari Surah Al-Hujurat Ayat ke 12, Juzuk ke 49 yang menyentuh tentang bab 'Ghibah' atau didalam ertikata Bahasa Melayunya membawa kepada maksud 'menggunjingkan' diantara satu sama lain didalam kelompok masyarakat kita.

“Suami kau kacak sangat! Aku rasa aku sudah jatuh hati dengan suami kau Nadine. Tadi dia senyum kat aku. Cair rasanya sekeping hati aku ni. Tahniah Nadine! Pandai kau pilih bakal suami. Senyap-senyap saja kemudian terus kahwin. Kau buat aku dengan Nana terkejut sampai nak pengsan,”ujar Suraya dengan wajah yang sangat bahagia. Mengalahkan muka pengantin perempuan pula. Bukan main berseri-seri lagi wajah Suraya saat ini.
Kacak sangat? Suraya ni mata juling ke?
“Nana kirim salam. Dia tak dapat datang. Kami berdua doa semoga kau hidup bahagia hingga ke akhir hayat bersama suami tersayang,”begitu kata Suraya, teman baiknya. Suraya sudah memeluknya erat, kemudian mengucup kedua belah pipinya.
Latest Stories
Celupar, cabul, cemburu, cincai, cerewet, comot, cuai, dan caci. Lapan perkataan ini memang boleh membuatkan ramai wanita menjadi gerun. Selain gerun, ada juga yang gelabah dan geram. Orang lelaki akan senyum tersengih saja.Ternyata lapan pandangan negatif ini lambang keperibadian Muslimah yang lemah akhlaknya. Cubalah bayangkan kalau perkara-perkara ini ada dalam diri puan-puan. Memang betul, tidak guna berwajah cantik tapi peribadi comot, jika begitu biarlah rupa comot asalkan berperibadi mulia. Namun belum juga tentu yang comot itu juga mulia.
Latest Stories
Dua pandangan yang amat berbeza muncul daripada peristiwa ‘hitam’ hujung minggu di Kuala Lumpur.
Bersih 2.0 telah jelas membuktikan kepada rakyat bahawa terdapat jurang pemisah yang dalam antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Sudah tentu, landskap politik yang berbahagi ini merisaukan; namun, ia petunjuk bahawa wacana awam di Malaysia dinamik - berkembang maju.

Matahari jam dua petang membakar ubun-ubun kepala, jalan raya sesak dengan lalu lintas waktu makan tengah hari. Asap kelabu yang tengit dengan bau diesel, menyanggah rongga pernafasan. Jalan yang satu ini tidak pernah mendapat tempat di hati saya – persis jalan-jalan di metropolis Jakarta sahaja sifatnya.
Cuma ada satu tarikan nafsu yang membikin saya sanggup meredah lautan manusia di Jalan Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman: Nasi Kandar Kudu bin Abdul. Walaupun barisan pelanggan mengalahkan pengagihan makanan percuma oleh kumpulan sukarelawan, Food Not Bomb, saya masih sanggup beratur panjang di bawah suluhan terik matahari.

Angka sebenar tidak dapat dipastikan. Ada yang kata 5,000. Ada pihak yang menganggarkan 10,000 hingga 20,000. Malah, ada mendakwa 100,000. Saya ingat 5,000 terlalu sedikit, tidak masuk akal. 100,000 terlalu berlebih-lebih, juga tidak munasabah. Tidak kira berapa bilangannya, perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, sempat melumpuhkan Kuala Lumpur. Nasib baik ada kawalan polis, dan semua bersurai aman sebelah petang. Kalau tidak, ibu negara mungkin terus mati.
Read More ...
Latest Stories
Assalamualaikum.
Biarkan aku ceritakan pendapat tentang 'bersih' dari sudut pandang jujur seorang rakyat marhaen. Anda tidak akan dapat sumber bacaan secara academia, politik dan journalist dalam entry ini.
Hanyalah pandangan seorang rakyat tentang event Bersih 2.0 yang telah berlangsung pagi tadi dan pandangan ini tidak akan memberikan kelainan kepada perasaan korang terhadap apa yang korang kagum samada kepada Ds Najib, Anwar Ibrahim, TGNA, dan Lim kit siang.
Disclaimer : ini adalah pendapat khusus yang menjurus kepada event Bersih 2.0, jika anda tidak paham dan anda mengamuk di ruangan komen, samada anda skinread entry ini atau anda dipengaruhi oleh sentimen.
Latest Stories
Arus kebangkitan Islam yang melanda dunia ketika initelah mendatangkan beberapa kesan terhadap umat Islam. Di antaranyaialah bangkitnya semangat dan perasaan anti Yahudi dan Barat yangmeluap-luap di kalangan umat Islam, bukan sahaja di Malaysia bahkan diseluruh pelusuk dunia. Apa saja tindak-tanduk atau dasar atau katakatakaum Yahudi dan Barat yang nampak seperti menindas, menghina ataumerugikan umat Islam akan ditentang dan dikecam.
Ini mungkin satu perkembangan yang baik. Ini mungkin menandakan bahawaumat Islam sudah mula cinta pada Islam dan tidak rela lagi melihatIslam itu diapa-apakan. Mungkin juga umat Islam sedunia telah mulamemahami akan maksud ayat:
Maksudnya: “Tidak sekali-kali akan redha kaum Yahudi danNasrani itu kepada engkau (ya Muhammad) selagi engkau tidak ikut carahidup mereka.”(surah Al-Baqarah: 120)
Latest Stories
Selepas Perang Dunia Pertama tamat, Hitler yang menubuhkan parti Nazi juga telah menubuhkan stormtrooper bernama S.A. S.A singkatan dalam bahasa German bermaksud 'brown shirt'. Ketuanya merupakan Captain Ernest Rohm.
S.A ini sering digunakan oleh Hitler sebagai shock troop dalam perang psikologi. Seringkali ianya di arak untuk menunjukkan kekuatan parti Nazi, warlike dan digunakan juga untuk bertempur secara literal dengan penyokong komunis.
Latest Stories
Tetapi, itulah yang disyorkan oleh Dr Rohaya Mohamed. Beliau mahu para isteri sentiasa mentaati suami dan memberi layanan seks seperti pelacur kelas pertama. Ini cara terbaik mengelakkan suami ‘makan luar’.
Latest Stories
Anda kenal Justin Bieber? Penulis sendiri tidak berapa kenal penyanyi muda ini, namun ketika Justin datang mengadakan konsertnya di Malaysia, dianggarkan 17,000 penonton memenuhi stadium Negara.
Konsertnya yang pertama di Malaysia berlangsung pada 21 April yang lalu di Stadium Negara. Fenomena Bieber melanda Malaysia apabila tiket-tiket konsert yang berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 habis dijual. Ribuan peminat khususnya remaja menyaksikan konsert tersebut. Bahkan, peminat Justin Bieber sanggup tiba seawal 3.30 petang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur semata-mata untuk menyaksikan konsertnya yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8.30 malam. Persembahan yang bermula kira-kira pukul 9 malam itu menggamatkan suasana apabila sebilangan besar remaja menjerit-jerit memanggil nama beliau.

Senario politik di Malaysia nampaknya tidak pernah sunyi daripada dilanda kontroversi. Kontroversi yang dicetuskan oleh si pelaku dan dalam konteks ini, pemimpin politik semakin hari semakin menjadi-jadi hinggakan ada yang mula mempertikaikan kebenaran disebalik kesemua kontroversi yang dicetuskan itu.
Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala tanda meluat dan amarah mereka terhadap pergolakan politik negara yang ketika ini bertumpu kepada skandal liwat 1, liwat 2 dan terbaru pula seks video membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur.
Latest Stories
Duduk lagi persidangan politik kedai kopi. Bercakap-cakap sampai dinihari. Perubahan tidak ada lagi, teh dan kopi dihirup cawan demi cawan – harga mungkin naik lagi. Ha..PAS dah tolak ulama kata ahli persidangan itu. Mereka sudah mula melihat politik sebagai keutamaan dan agama sebagai nilai sampingan. Guna agama untuk mendapatkan sokongan Melayu. Ala...sampuk seorang lagi jemaah politik kedai kopi, bila mereka berjubah dan berserban kita kata ortodoks agama, bila yang pakai kot naik kuasa kita kata tolak ulama tapi kalau fikir-fikirkan ahli mereka memilih dan menukar kepimpinan – satu transformasi PAS. Ada yang kata PAS sedang melakukan gerakan pembaharuan kerana kalau mahu memimpin negara PAS kena juga disokong oleh semua rakyat tidak kira kaum. Itu yang sedang mereka lakukan – gerakan pembaharuan dalam PAS. UMNO bila lagi .. |
Latest Stories
Tulisan ini (sekadar yang termampu) bertujuan bagi memastikan mahasiswa jelas dengan apa sepatutnya yang dijadikan pegangan dalam berhadapan dengan isu tersebut. Maka saya seru agar tulisan ini dibaca dengan neraca kebenaran dan penilaian intelektual pemikiran mahasiswa.
[1] Perbuatan mencari-cari dan mendedahkan kesalahan dan keaiban seseorang adalah suatu perkara yang jelas larangannya di dalam al-Quran (Surah al-Hujrat, 49 : 12). Sebarang tindakan tersebut dalam apa jua bentuk mesti dijauhi dan ditentang supaya tidak menjadi budaya dalam masyarakat kita khususnya dikalangan umat Islam.